Part 18

2.8K 259 1
                                    

" Awak...kita nak pergi mana ni? " soal Hyo Mi sambil memandang Jimin menagih jawapan. Selepas habis sekolah, mereka terus pulang ke rumah. Jimin menyuruh Hyo Mi mandi dan menukar pakaian sebelum dibawa keluar menaiki teksi. Tidak tahu hendak ke mana. Jimin pula asyik tersenyum sahaja. Naik geram juga Hyo Mi dibuatnya. Akhirnya Hyo Mi mendiamkan diri.

Teksi yang kami naiki akhirnya sampai di hadapan sebuah butik. Jimin membayar tambang teksi dan memaksa Hyo Mi mengikuti langkah. " Chim..." panggil Hyo Mi. Jimin masih tidak mengendahkan panggilan Hyo Mi. Langkah kami terhenti sebaik sahaja masuk ke dalam butik yang mewah.

Seorang wanita pertengahan umur sebaya Pn. Park datang menghampiri mereka berdua. " Hai auntie! " sapa Jimin mesra. " Hai Jimin...dah besar dah kamu ya. Hensem! " balas Pn. Lee tersenyum mesra. Jimin sekadar tersengih. Hyo Mi menahan tawa melihat Jimin tergedik-gedik macam kucing parsi.

" Ouh ya auntie...meet my other half. " ujar Jimin. Pn. Lee tersenyum memandang Hyo Mi. " You are so gorgeous. " puji Pn. Lee lalu memeluk Hyo Mi. Hyo Mi membalas pelukan tersebut. Jimin sekadar tersenyum. " Jom. Jimin nak cepat kan? Kita pilih baju. " ujar Pn. Lee lalu menarik tangan Hyo Mi supaya mengikuti langkahnya.

Hyo Mi mengerut dahi sambil memandang Jimin meminta jawapan. " Auntie datang tak malam nanti? " soal Jimin mengambil tempat di sebelah Hyo Mi di sofa empuk yang disediakan sementara Pn. Lee mencari baju di rak. " Auntie pergi. Tapi tu la...kena tunggu uncle kamu tu. Jadi lambat sikit. " balas Pn. Lee. Jimin sekadar mengangguk.

" Dear, jom try baju ni. " ujar Pn. Lee. Hyo Mi akur. " Chim, nanti try baju yang pembantu auntie bagi nanti. " arah Pn. Lee. Jimin sekadar mengangguk. Hyo Mi ditolak lembut ke dalam bilik persalinan. " Auntie, baju ni siapa punya? " soal Hyo Mi lurus. " Pakai je dear. " balas Pn. Lee lembut. Hyo Mi akur lalu segera menukar pakaian. Tidak mahu Pn. Lee menunggu lama di luar.

Sebaik sahaja pakaian ditukar, Hyo Mi keluar dari bilik persalinan. Pn. Lee terpegun melihat Hyo Mi yang cantik dengan dress labuh berlengan panjang berwarna peach. " Wow. Hyo Mi nampak sangat menawan! Jimin pasti terpegun bila dia tengok Hyo Mi nanti. " puji Pn. Lee bersama usikan di hujung ayat.

Tangan Hyo Mi ditarik ke tempat duduknya tadi. Jimin juga sudah lengkap bersut. Dia sedang membetulkan tali lehernya di hadapan cermin besar. Sedang Jimin membetulkan tali lehernya, matanya terpaku apabila melihat pantulan seorang perempuan cantik melalui cermin.

Jimin segera menoleh. Dia melangkah mendekati Hyo Mi yang sedang berdiri di sisi Pn. Lee. Hyo Mi tertunduk malu memandang renungan Jimin. " You look wonderful, dear. " puji Jimin tersenyum. " And you look handsome. " puji Hyo Mi malu-malu. Senyuman Jimin makin melebar apabila mendengar pujian Hyo Mi.

" Halah halah sweet couple ni....nak romantik depan auntie buat apa..." usik Pn. Lee acah meluat. Jimin tersengih manakala Hyo Mi tersenyum malu. " Jom auntie make over sikit rambut. " ujar Pn. Lee mula menarik tangan Hyo Mi menuju ke bilik dandan. " Auntie! Chim nak natural beauty! " Hyo Mi tersenyum mendengar jeritan Jimin di belakang. " Auntie nak make up Hyo Mi macam hantu! " balas Pn. Lee bergurau membuat Hyo Mi ketawa kecil.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now