Part 4

4.7K 448 7
                                    

" Eomma, Hyo Mi balik dulu ya..." pinta Hyo Mi lalu memeluk Pn. Park. " Tak nak tidur sini ke? " soal En. Park. Hyo Mi sekadar tersenyum seraya menggeleng. " Hyo Mi pun bukan orang luar...is----" belum sempat Pn. Park menghabiskan ayatnya, Jimin memotong terlebih dahulu.

" Eomma, dah lewat ni. Chim kena hantar Hyo Mi. " potong Jimin sambil memandang jam di tangannya. En. dan Pn. Park mengeluh perlahan melihat sikap anaknya. " Arasseo...jaga diri baik-baik eung? " ujar Pn. Park. Hyo Mi mengangguk. Dia mengekori Jimin yang sudah keluar dari rumah.

" Hyo Mi, jalan sebelah saya. " arah Jimin. Hyo Mi akur dan berjalan beriringan dengan Jimin. " Gomawo sebab bagi saya ubat tu...saya dah sapu ubat tu kat lebam. Jadi awak tak perlu rasa bersalah lagi. " ujar Jimin. " Sama-sama..." balas Hyo Mi perlahan.

Suasana kekok di antara mereka. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di hadapan sebuah rumah. " Selamat malam, Hyo Mi. " ucap Jimin. Terkeli-kelip mata Hyo Mi mendengarnya. Selama ini Jimin akan terus pulang sebaik sahaja sampai di rumahnya.

Tapi kali ini berbeza pula. Walaupun Hyo Mi sudah pun masuk ke dalam rumah, Jimin masih setia menanti. " S-selamat malam, Jimin. Hati-hati balik..." balas Hyo Mi. Sempat dia selitkan pesanan buat Jimin. Jimin sekadar tersenyum sambil melambai tangan.

Hyo Mi segera menutup pintu. Dia bersandar pada pintu sambil memegang dadanya. Jantungnya berdegup amat kencang. Buat pertama kalinya Jimin mengukir senyum buatnya. Hyo Mi tersenyum sendirian.

[ Pagi ]

Hyo Mi berjalan menuju ke rumah Jimin . Dari jauh dia sudah dapat melihat Jimin melakukan tabiat biasanya iaitu menyandarkan badan di tembok rumah dengan tangan dimasukkan ke dalam poket sambil merenung kasutnya.

Hyo Mi mempercepatkan langkah sehingga berada betul-betul di hadapan Jimin . Tidak mahu buat Jimin tertunggu-tunggu lagi. Jimin mengangkat kepala lalu tersenyum manis pada Hyo Mi . Jantung Hyo Mi mula berdegup laju sekali lagi. Ini kali kedua dia melihat senyuman Jimin.

Kenapa Jimin banyak tersenyum padanya sejak malam tadi? " Kaja . " ajak Jimin dan mula berjalan . Hyo Mi mengangguk lalu mengekori langkah Jimin dari belakang. Hyo Mi berhenti melangkah apabila Jimin berhenti berjalan. Jimin berpaling ke belakang memandang Hyo Mi.

Hyo Mi mengerut dahi pelik dan penuh tanda tanya. " Wae Jimin-ssi? " tanya Hyo Mi risau. Jimin memegang tangan Hyo Mi membuatkan Hyo Mi terkaku. Dia memandang tangan Jimin yang memegang tangannya dan kemudian memandang Jimin meminta jawapan. Pelik.

Jimin menarik Hyo Mi supaya berdiri di sebelahnya. " Lepas ni, jalan sebelah saya. Arasseo? " kata Jimin. Hyo Mi terkejut tapi dia tetap mengangguk walaupun lambat. " Jom jalan. " ujar Jimin dengan nada ceria. " one more thing, panggil saya Chim mulai sekarang. Jangan panggil Jimin lagi. Okay? " ujar Jimin.

Hyo Mi terkedu lagi. Kenapa perangai Jimin amat pelik hari ini? Panggil ' Chim ' ? Panggilan itu hanya boleh digunakan oleh teman rapat dan ibu bapanya sahaja. Dia tidak suka orang lain menggunakan panggilan itu termasuk peminatnya. " Arasseo? " tanya Jimin menyedarkan Hyo Mi daripada lamunan.

Hyo Mi mengangguk. " Aigoo kyeopta..." puji Jimin sambil mengusap lembut kepala Hyo Mi. Hyo Mi hanya kaku. " Jom sambung jalan...." ajak Jimin menarik Hyo Mi berjalan.

Ketika di lintasan belang , Hyo Mi melintas terlebih dahulu sementara Jimin mengikat tali kasutnya . Jimin memandang ke kanan apabila mendengar deruman sebuah motosikal yang sangat laju. Motosikal tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti atau memperlahankan kelajuannya.

Jimin memandang Hyo Mi yang masih tidak perasan akan hal tersebut . Dia segera berlari ke arah Hyo Mi dan menarik Hyo Mi ke bahu jalan. Kejadian pantas dan mengejut itu membuatkan mereka terjatuh di bahu jalan. Motosikal tadi sudah pun melepasi mereka tanpa berhenti .

Hyo Mi yang jatuh terbaring bersama Jimin segera bangun . Jimin juga bangun dan membetulkan baju dan seluarnya . Dia memeriksa Hyo Mi jika ada kecederaan berlaku . " Gwaenchana? " soal Jimin risau. " Hyo Mi okay. Chim okay tak ? " tanya Hyo Mi turut risau. Jimin segera menyorokkan tangan kirinya ke belakang.

" Chim okay . Jom masuk sekolah . " tipu Jimin sambil tersenyum. Jimin masuk ke dalam perkarangan sekolah setelah Hyo Mi berjalan terlebih dahulu. Jimin menghantar Hyo Mi sehingga ke kelasnya. Dia tidak kisah dengan mata-mata yang memerhati mereka. Ada yang memuji, tapi rata-ratanya hanya mengutuk dan tidak berpuas hati.

" Chim sure ke okay? " soal Hyo Mi apabila melihat muka Jimin berkerut-kerut seperti menahan sakit. Jimin tersenyum seraya mengangguk. " I'm okay. Belajar rajin-rajin, eung? " balas Jimin sempat berpesan pada Hyo Mi. Hyo Mi mengangguk faham. Jimin mula berjalan ke kelasnya.

Semua rakan baiknya sudah berada di dalam kelas ketika dia masuk ke dalam kelas. Jimin meletakkan beg sekolahnya di kerusi dan berlalu keluar semula. Rakan-rakannya hanya memandang pelik melihat Jimin seperti menahan sakit. Tidak menunggu lama, rakan-rakannya segera mengekori Jimin.

Jimin masuk ke tandas lalu ke sinki. Lengan baju sekolahnya dilipat sehingga ke siku. Dia menjerit kecil cuba menahan pedih apabila lukanya terkena air. Tapi dia terpaksa sebab takut dijangkiti kuman. " Aduhhh...." rintih Jimin perlahan. Terasa ingin menangis pula.

" Weyh Chim! Kau kenapa ni?! "

Jimin berpaling memandang pintu tandas sebelum beralih memandang lukanya semula. " Jom kita orang bawa pergi bilik kesihatan! " usul Jungkook cemas. Rakan-rakannya membantu Jimin berjalan ke bilik kesihatan. Riak wajah mereka usah dikata. Risau kalah suami menunggu isteri bersalin. Hahahaha

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Where stories live. Discover now