Part 8

4.2K 450 5
                                    

Kini tinggallah Jimin dan Hyo Mi di meja tersebut . Jimin tidak sedikit pun memandang Hyo Mi . Hyo Mi pula hanya menundukkan kepala . " Chim, saya minta maaf sebab kepala awak luka sebab saya..." kata Hyo Mi memulakan bicara . Hyo Mi menanggalkan rantai di lehernya dan dikeluarkan sebentuk cincin .

Kemudian dia meletakkan cincin tersebut di hadapan Jimin . " Awak boleh lepaskan saya...atau awak boleh cari pengganti lain yang boleh bahagiakan awak. Biar masa menentukan. Awak pasti boleh buat keputusan bila dah besar nanti kan? " ujar Hyo Mi tenang cuba menyembunyikan riak wajahnya.

Jimin berpaling memandang Hyo Mi sebaik sahaja mendengar kata-kata Hyo Mi itu. " Hyo Mi terseksa dengan Chim. Chim selalu layan Hyo Mi dingin. Lagipun Hyo Mi asyik buat Chim cedera...lebih baik Chim cari perempuan lain yang boleh buat Chim senyum sentiasa. " tambah Hyo Mi lagi.

' Maafkan Hyo Mi sebab tipu Chim. Walaupun Chim layan Hyo Mi dingin, Hyo Mi tak pernah rasa terseksa. ' kata hati Hyo Mi. " Lepas ni awak tak perlu tunggu saya untuk pergi dan pulang dari sekolah. Saya boleh jaga diri. Terima kasih sebab selalu hantar saya pulang ke rumah. " ujar Hyo Mi lalu berdiri.

" Saya minta diri dulu. Semoga awak jumpa perempuan yang mampu membahagiakan awak. " kata Hyo Mi dan berlalu pergi. Hyo Mi sanggup meredah hujan semata-mata untuk menyembunyikan tangisannya. Jimin pula hanya memandang Hyo Mi dari tingkap kafe. Sebenarnya dia masih terkejut.

' Salah aku juga selalu layan dia dingin. ' desis hati Jimin mula menyesal. Rakan-rakannya bergegas ke meja mereka semula apabila melihat Hyo Mi keluar dari kafe. " Kenapa dengan Hyo Mi? " soal Taehyung. " Apa jadi antara kau orang? " soal Jungkook. " Kau cakap apa pada Hyo Mi? " soal Jin pula.

Mereka semua memandang Jimin menagih jawapan. Jimin pula sekadar mendiamkan diri. Dia menunjukkan cincin kepunyaan Hyo Mi. " Ni kenapa cincin dia ada pada kau pula? " soal Hoseok pelik. " Dia minta aku lepaskan dia. " balas Jimin. " Maksud kau...ceraikan? " soal Namjoon. Jimin mengangguk lemah.

" Dia suruh aku cari perempuan lain. Sebab dia kata dia bawa malang pada aku. Dan aku selalu layan dia dingin. " luah Jimin. " yela...salah kau juga selalu layan dia dingin. " balas Taehyung selamba membuatkan rakan-rakannya mencerlung tajam pada Taehyung. Taehyung tersengih.

" Betul kata Tae. " ujar Jimin mengiakan kata-kata Taehyung. " Takkan la kau nak ceraikan dia kut? Kau orang masih muda. Kahwin muda. Takkan cerai pun masa muda? Kau orang tak rasa lagi kehidupan sebenar suami isteri. Yela maksud aku, kau orang mana bercinta right? Ambil la peluang ni untuk berbaik semula. " usul Yoongi panjang lebar.

Semua memandang Yoongi. " Aku tak sangka kau bijak dalam hal macam ni bro. " puji Namjoon menepuk bahu Yoongi. Mereka yang lain juga terkejut. " Tapi betul juga cakap Yoongi tu..." bela Jin. " Kau sayang dia kan, Chim? " soal Taehyung. Jimin mengangguk lemah. " Pergi la kejar dia. Hujan ni...takut apa-apa jadi. " ujar Jungkook.

Jimim segera berlari keluar dari kafe. Rakan-rakannya tersenyum lega. " Haihhh lega beb. " ujar Hoseok menghembus nafas lega. Mereka semua tergelak.

[ New Version ] Not Your Fault | Jimin | Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum