2

8.4K 205 4
                                    

Ika membontoti langkah puan mariam yang dari tadi tidak habis lagi mencari barang dapur di pasaraya giant .

"Mama cari apa lagi ?" Soal ika sambil menolak troli di sebelah puan mariam .

"Mama ingat nak buat salad buah , sos thousand island mama dah ambil tadi . Mama tak pasti nak ambil buah apa . Ika ada cadangan ?" Terang puan mariam lalu memberhentikan langkah nya kemudian memandang ika .

Ika berfikiran panjang .

"Apa kata mama ambil epal merah , baby tomato , tembikai merah . Oh tembikai susu pun sedap jugak . Ha , cukup lah tu ." Cadang ika .

Puan mariam mengangguk, "Ika tolong ambil kan baby tomato dan epal merah ye ? Mama nak pergi ambil tembikai merah dengan tembikan susu ." lalu pergi mendapatkan buah buah tersebut .

Ika segera berjalan pergi mendapat epal merah dan baby tomato . 'Ala baby tomato tinggal dua pack je . Kena cepat ni .'

Dengan pantas , tangan ika mencapai baby tomato yang ada disitu . Niat nya memang hendak mengambil 1 pack sahaja .

Sebaik sahaja memegang pack tersebut , ada pula tangan lain yang cuba mengambil nya .

"Maaf tapi saya yang ambil dulu ." Jelas ika sambil cuba menarik baby tomato tersebut tanpa menoleh .

Tangan itu tetap degil ingin mengambil pack yang sama dengan ika . Ika dengan rasa tidak puas hati menoleh memandang empunya tangan tersebut .

Mata nya membulat . Automatik , tangan nya terlepas baby tomato tersebut .

"Hai ika . Fokus betul ambil baby tomato ni sampai tak perasan pun aku kat sini ." Hakim tersenyum manis .

'What on earth is happening here ? Macam mana mamat ni boleh ada dekat sini ?' Ika hanya membalas senyuman hakim dengan acuh tak acuh lalu mengambil pack baby tomato yang terakhir yang berada di rak .

'Malas aku nak layan dia ni .' Ika beredar pergi untuk mengambil epal merah pula . Tanpa ika sedari , hakim mengikut nya .

"Memang selalu shopping sini ke ika ?" Ika menoleh . 'Ee , dia ni . Nak apa lagi ?' Ika menggeleng .

"Oh ." Sepatah hakim membalas . Orang dah taknak layan , buat apa kita lebih lebih ye dok .

"Hakim , awak buat apa dekat sini ? Saya ajak awak teman saya beli barang dapur . Yang awak merayap ni kenapa ?"

Serentak hakim dan ika menoleh . 'Oh dia mai dengan kak hana rupanya .' Hana memandang ika .

"Eh ika ? Ika buat apa kat sini ? Shopping jugak ke ?" Soal hana lembut sambil tersenyum manis .

"Hai kak hana . Haah , teman mama beli barang dapur ." ika membalas senyuman hana .

Biasalah panggil akak . Senior beza 2 tahun . Tapi dengan lelaki , jangan harap dia nak ber abang .

Hana mengangguk . "Okelah akak , saya gerak dulu . Bye ." Ika melambai tangan pada hana dan berlalu meninggal kan hana dengan hakim .

<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>

"Mama , mama beli barang dapur banyak banyak ni nak buat apa ? Ada orang nak datang rumah ke ?" Soal ika sambil meneguk air masak buat hilang dahaga .

Puan mariam ketawa kecil . "Haah . Kawan ayah dan mama nak datang malam ni . Kawan kami since sekolah menengah ."

Ika mengangguk . Oh yelah , mama dengan ayah pun bercinta sejak sekolah menengah tapi ayah tua 3 tahun . Lepas je keluar keputusan spm , ayah terus ajak mama kahwin . Keluarga masing masing setuju . Sebab tu mama masih muda . Hoho .

"Ma , ika naik dulu eh . Mengantuk lah ." Ika mencium pipi mama nya dan berjalan ke arah tangga .

"Jangan lupa solat zohor dulu . Lepas asar turun , tolong mama masak ." Laung puan mariam dari dapur .

"Okay ma ." Jerit ika malas . Penat sangat lah tu .

<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>

Selesai solat zohor , ika baring di atas katil nya . 'Empuk nya .'

Ika memejam mata nya . Belum sempat dia lena , pintu bilik nya dibuka .

'Siapa pulak yang kacau ni ?' Ika bangun dari pembaringan nya .

"Kak , kau cuti sampai bila ?" Soal mustaqim sambil berdiri di pintu bilik .

'Ya Allah budak ni .' Ika mendengus geram . "Kau ni mus , macam tak boleh tanya nanti . Akak ngantuk ni ." Jawab ika malas . Kemudian baring semula .

"Masha Allah , orang tua ni . Tidur aje kerja nya . Cepat lah kak , jawab lah ." Mus berjalan ke arah katil kakak nya dan duduk disebelah kakak nya yang sedang baring .

Sambil mata terpejam , "Ahad ni akak balik lah . Kenapa ?"

"Oh , teman mus keluar boleh tak sabtu ni ? Mus nak cari barang sikit ." Soal mus .

"Ha yelah yelah . Cerita dua hari lagi , kau tanya sekarang mus . Kacau akak tidur betul lah . Dah dah keluar ." Jawab ika acuh tak acuh lalu menolak adik nya .

"Thanks akak . Dedaaa ." Balas mus sambil berjalan keluar bilik . Selepas pintu ditutup .

Ika sudah pun lena dibuai mimpi .
_______________

So far macam mana guys ? 😛

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now