39

4.7K 119 0
                                    

"Doktor macam mana keadaan isteri saya ?" Soal encik hamzah penuh kerisauan. Doktor Sarah yang bertugas merawat puan mariam tersenyum manis.

"Alhamdulillah encik, takde yang serious. Puan mariam kelihatan stress dan otak nya mengalami sedikit kejutan. Selebihnya, puan mariam baik baik sahaja. Puan mariam perlukan rehat, pastikan dia dapat rehat yang mencukupi ye ? Itu sahaja, saya mintak diri dulu ye." Doktor sarah berlalu pergi setelah memberi penjelasana kepada encik hamzah.

"Alhamdulillah...." encik hamzah meraup wajahnya. Sungguh dia bersyukur. "Ayah..." ika memanggil.

Encik hamzah memalingkan wajah memandang anak perempuan nya itu. Pandangan yang susah ditafsir. "Apa yang dah berlaku ika ? What have you done ?" Lembut tutur bicara encik hamzah menyoal.

"Ayah, ika.. ika minta maaf. Ika takde niat ayah. Ika tak sangka akan jadi macam ni. Ika minta maaf." Bergetar suaranya berselang tangisan yang terhambur. Hakim memeluk bahu isterinya. Mengusap bahu ika, cuba menenangkan ika yang kesedihan itu.

"Ayah, ayah balik lah rehat. Biar hakim dengan ika yang jaga mama kat sini. Nanti apa apa, hakim maklumkan ye ?" Hakim cuba memujuk mertuanya. Cuba untuk meleraikan keadaan yang kelihatan sedikit tegang itu.

Encik hamzah mengangguk sedikit. Mus yang baru datang dari rumah kawan nya itu membawa ayahnya pulang selepas hakim dan ika menyalami encik hamzah.

Ika berpaling dan menghamburkan tangis nya. Sedaya upaya ditahan supaya tiada bunyi esak yang keluar. Hakim yang berada disebelah ika itu memeluknya. Membenamkan wajah ika kedadanya. Membenarkan ika melepaskan segala keperitan disitu.

Because he is her husband afterall.
____________________________________

"Feeling better ?" Botol mineral disua ke ika. Hakim mengambil tempat disebelah ika sambil meneguk air mineralnya.

Ika mengambil botol itu tetapi tidak diminum pun. Jauh dia termenung. Mengenangkan kejadian 5 jam yang lalu yang berlaku dirumahnya.

Matanya tertala pada kakinya yang berbalut itu.

Sakit.

Tapi sakit lagi hatinya mengenangkan keadaan puan mariam yang ditahan wad itu akibat perbuatannya sendiri.

She never expect it would be this worst.

"Ika, minumlah. And keep yourself calm. Saya ada dekat sini." Hakim mengusap kepala ika. Menghapus segala menungnya. "Saya ada dekat sini kalau awak nak cerita dekat saya apa yang berlaku. Tapi saya takkan paksa awak untuk bercerita kalau awak taknak. Take your time. Everything will be fine. Okay sayang ?" Kepala ika yang beralas tudung itu dikucup lembut oleh hakim.

Mata mula terasa panas. Terasa seperti mahu bergenang semula. Dia semakin menunduk. Tangan kanan nya memegang tangan kiri hakim. Menggenggam tangan kiri hakim menandakan memerlukan kekuatan.

Hakim yang berdiam disitu mula terasa genggaman tangan ika yang semakin dieratkan. "Everything will be fine. Shhh shhhh. I'm here." Kepala ika dibawa lentok kebahunya. Dia cuba memujuk bidadari nya itu. Kepala ika diusap lembut menandakan meminta dia supaya bertenang.

Mata dipejam supaya tiada setitis air mata pun keluar. Gigih dia menahan. Usapan tangan hakim membuatnya tenang. Lama lama, dia seperti anak kecil yang sedang dibuai mimpi. Tanpa dia sedar, dia sudah lena dibahu hakim.

Hakim menoleh memandang wajah polos ika. "Goodnight, princess." Dahi ika dikucup sekilas.

Hospital yang berkeadaan bingit 3 jam yang lalu kini sudah senyap. Seolah olah memberi laluan untuk ika bertenang. Seolah olah memahami keadaan anak gadis itu. Lampu semakin malap, membenarkan para pesakit untuk berehat dengan keadaan yang tenang tanpa cahaya yang terlalu terang.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now