12

4.6K 124 2
                                    

"Alhamdulillah . Puan mariam menunjukkan pengembangan yang baik . Nadi beliau sudah mula stabil . Hasil berkat doa cik sekeluarga ." Jelas doktor sambil tersenyum .

Puas dengan kerja yang dilakukan sebagai doktor .

"Alhamdulillah ya Allah . Terima kasih doktor ." Mata ika berair .

"Sama sama . Ini kan kerja saya sebagai seorang doktor . In sha Allah , tak lama lagi puan mariam akan sedar . Saya minta diri dulu ye ?" Doktor berlalu pergi .

Ika tersenyum gembira . Kalau ikutkan mahu saja dia sujud syukur disitu .

Su yang baru keluar dari tandas terus dipeluk ika .

Dengan suara yang bergetar,

"Su ! ." Pelukan semakin erat .

"Hei , kenapa ni ?" Belakang ika diusap lembut .

Ika terus menangis di pelukan su .

"Mama is getting better !" Ika mengesat air mata nya setelah meleraikan pelukan .

"Alhamdulillah . Berkat doa kau ika ." Su kembali memeluk ika .

Mereka berpelukan . Tanpa sedar kehadiran orang orang yang memerhati .

Mus berdehem .

"Apa yang seronok sangat anak ayah ni ?" Suara encik hamzah bertanya lemah .

"Ayah !" Ika terus melangkah mendapatkan ayah nya . "Doktor kata mama makin sembuh ."

Ika memeluk ayah nya . Erat .

"Alhamdulillah .. Syukur ya Allah ." Tumpah sekali lagi air mata jantan encik hamzah .

Setelah meleraikan pelukan , encik hamzah pergi mendapatkan isteri nya yang masih belum sedar .

"Alhamdulillah sayang . Awak makin sembuh . Keep fighting honey ." Encik hamzah mencium dahi isteri nya .

Kasih yang disalurkan melalui ciuman di dahi tersebut hangat dirasai puan mariam walaupun dia masih belum sedar .

Hakim memandang ika yang tersenyum riang .

"See what i've told you . Kuasa doa tu hebat ." Hakim mengenyit mata .

"Terlampau hebat melangkaui pemikiran manusia ." Ika menekup pipi nya .

Segan dek perbuatan hakim sebentar tadi .

"Ee apa ni . Nak bercinta pergi dekat luar sana ." Tegur mus .

Suara mus memecahkan suasana .

Terdengar gelak tawa encik hamzah . Ika tersenyum malu .

Hakim mengusap tengkuk nya . Malu kerana perbuatan nya ditangkap oleh mus .

Gila tak malu main kenyit kenyit mata . Hahaha

Tanpa disedari senyum manis terukir dibibir ika . Hakim memerhati tanpa ditangkap perbuatan nya .

Hati nya tenang melihat senyuman ika yang mula memekar .

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>

TOK TOK

Pintu wad puan mariam dibuka .

Kelihatan seorang jejaka datang membawa sebakul buah buahan menghampiri katil puan mariam .

"Assalamualaikum ika ."

Sapa satu suara .

Ika menoleh . Mata nya membuntang .

"Macam mana kau boleh sampai sini ?" Soal ika terkejut .

Lelaki tersebut ketawa perlahan .

"Taknak jemput aku duduk dulu ke ? Apa jenis kawan lah kau ni ?" Sengaja mengusik ika .

"Eh . Haa duduk lah ." Ika terus bangun dari duduk nya .

Lelaki tersebut tersenyum lalu duduk di sofa yang memang disediakan oleh pihak hospital untuk bilik persendirian .

"Su mana ?" Soal lelaki itu .

"Keluar beli makanan ." Jawab ika . Mata tak lepas dari memandang lelaki itu .

"Kau sorang je kat sini ?" Lelaki itu menyoal lagi .

Ika mengangguk . Mata masih merenung lelaki tersebut .

"Ika .." suara lelaki itu meleret .

Ika tersentak .

"Kau dah kenapa tenung aku macam nak makan aku ?" Lelaki itu ketawa kecil .

"Macam mana kau boleh sampai sini ?" Soalan dibalas soalan .

Tersengih lelaki itu mendengar soalan ika .

"Well , kita satu campus kan . Aku cari kau tak jumpa . Aku pun apa lagi . Call lah su . And after that you should know what happend until i'm here ." Jelas lelaki itu .

"You're so unbelieveble lah aish ." Ika tersenyum .

"Well you know me . Ni aku nak tanya ." Lelaki itu atau sebenarnya dikenali sebagai aish membetulkan posisi .

Ika mengangkat kening tanda untuk menyuruh aish meneruskan biacara nya .

"Kita dah lama berkawan . But why i didn't even know about your mom ? Kenapa kau tak bagitahu aku ?" Soal aish memandang mata ika yang bewarna hazel .

Ika terdiam . Rasa bersalah mula menyelubungi .

"Tak . Bukan aku taknak bagitahu . Cuma aku taknak lah benda ni tersebar or else ." Ika menunduk .

Aish terdiam , cuba mencerna jawapan ika . "Aku tak pernah penting ke dalam hidup kau sampai kau tak boleh cerita dekat aku ?"

Ika bermain jejari nya . Rasa bersalah dengan lelaki tersebut .

"Aish , aku tak bermak-"

"Ika , aku dah balik ." Su mencelah .

Dan diekori hakim dibelakang nya .

"Hakim ?" Aish memandang ika meminta kepastian .

"Look , i can explain okay ." Ika merasa sebak .

Aish terdiam . "Aku rasa takde apa yang perlu di terang kan . Sampaikan salam aku dekat auntie dengan uncle ." Aish bangun dari duduk nya .

"Oh dengan mus jugak ." Sambung nya lagi .

"Aku gerak dulu bro ." Aish menepuk bahu hakim lalu pergi dari situ .

Ika kaku . Tak mampu untuk berbuat apa apa .

Tanpa disedari , air mata nya mengalir .

Dengan pantas air mata diseka . Ika bangun lalu berjalan ke arah pintu .

"Sorry . Aku keluar jap . Kau makan lah dulu ye su ." Ika terus berjalan keluar .

Belum sempat hakim berkata apa apa , ika hilang dari bayangan .

"Awak kenal lelaki tu su ?" Soal hakim .

Su mengangguk . "Aish . Siapa tak kenal dia . Anak tengku dekat kampus kita ."

Su diam .

"And....bestfriend ika since kecik ."

Hakim terkedu .

'Bestfriend ?' Desis hati kecil hakim .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now