22

4.1K 132 3
                                    

"Perhatian kepada semua pelajar, diminta untuk berkumpul sekarang. Aktiviti akan dijalankan dalam masa 5 minit lagi. Siapa lambat, akan didenda." Jelas hakim melalui mikrofon yang baru dipasang oleh ajk pa sistem.

Apa lagi, berlari berkejaran lah budak budak tu ke tempat yang diminta. Macam macam karenah ada. Ada yang tak sempat pakai kasut.

Melihat beberapa orang pelajar perempuan yang berjalan dengan lenggang nya, "Lenggang kangkung apa lagi ?! Jalan lah laju sikit !" Pekik hana balqis. Ika dan su yang berada disitu memandang hana penuh kejutan.

Omg ! Ini ke hana balqis ? 😱

Tanpa membuang masa, pelajar pelajar perempuan tersebut berlari dengan pantas. Jangan lah bayang kan halilintar pulak.

Setelah semua berkumpul, hakim meminta ikhwan yang memulakan bicara.

"Okay semua. Kenyang makan harini ?" Soal ikhwan.

Kedengaran suara para pelajar menyahut soalan ikhwan.

"Assalamualaikum semua. Nama aku ikhwan, panggil wan je lah. Okay, petang ni kita nak buat aktiviti ice breaking. Aku minta semua orang bentuk kan satu kumpulan dan dalam satu kumpulan tu mesti ada 7-8 orang. Okay gerak !" Arah ikhwan.

Tanpa membuang masa, kumpulan terus dibentuk. Semua sekali ada 15 kumpulan.

"Okay, semua dah duduk dalam group kan ? Aku bagi 15 minit tu korang intro diri masing masing dalam kumpulan. Lantik seorang ketua dan penolong. Tak kesah lah lelaki ke perempuan ke, balun je dan satu lagi, reka korang punya nama kumpulan sekali dengan trademark korang. Okay start." Arah ikhwan sekali lagi.

Mata hakim mengarahkan semua ajk berkumpul. "Aku nak korang jaga setiap kumpulan. Kalau boleh satu kumpulan tu 2 atau 3 orang yang jaga. Pergi sekarang." Arah hakim.

Ika menarik su dan melilau mencari kumpulan yang mereka mahu. Kelihatan satu kumpulan dimana ahli nya 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Ika menarik su ke arah kumpulan tersebut. "Hai." Sapa ika tersenyum manis. Su turut tersenyum.

Masing masing menoleh ke arah ika. Budak budak lelaki dah mula lah dengan muka gatal diorang. Beza setahun je. Apa mahu kesah.

Masing masing melambai pada ika. "Dah dah. Jangan nak gatal sangat. Sambung disscusion tu." Satu suara mencelah.

Semua kepala menoleh. Mata ika membuntang. Yelah selalu nya yang suka menyampuk ni hakim je.

"Eh wan, kau buat apa dekat sini ?" Soal ika. Beza 2 tahun, takde hal lah. Haha

"Cari jodoh." Selamba ikhwan membalas. Su disebelah sudah tertawa kecil.

Ika menjeling. Ditangan ikhwan terdapat sebuah kamera jenama canon. Selain menjadi penolong ketua program, ikhwan juga ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang aktiviti di jalankan.

Tangan cekap menangkap segala aktiviti para pelajar. Mata ika tak lari memandang ikhwan yang sedang fokus bermain dengan kamera nya. Eh kamera kolej. Hahaha

"Takguna lah kau. Main perli pulak." Ika mengambil tempat disebelah salah seorang pelajar perempuan lalu tangan su ditarik untuk turut duduk.

Ikhwan hanya ketawa kecil dan berlalu ke kumpulan lain.

"So gais, nama saya ika. Awak awak semua boleh lah panggil ika je. Takpayah akak pun takpe. Beza setahun je. Takde hal lah." Ika ketawa kecil.

"Hai,saya su. Nak panggil kakak boleh. Taknak pun boleh. Terserah okay." Su mengangkat tangan tanda perkenalan.

"Hai aku aish." Sampuk aish dihujung perkenal su.

Semua mata memandang nya. "Eh sebok nya kau. Blah sana." Su menghalau aish yang datang tak diundang.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now