42

7.3K 166 39
                                    

Wajah pucat itu termenung di atas katil ditemani cahaya bulan yang menembusi tingkap jernih hospital. Jauh dia termenung. Entah apa yang difikirkan nya.

Esok.

Penentu bagi dia. Segala nya akan berubah selepas hari esok. Hari yang akan menentukan samada dia masih layak untuk meminjam segala anugerah Tuhan ini atau Tuhan lebih menyayangi nya.

Takut ?

Perasaanya sendiri bercampur. Tidak pasti mahu takut atau tidak tetapi dia berjaya mengekalkan riak wajah yang biasa menunjukkan dia tenang untuk menjalani hari esok. Dalam hati nya ? Hanya tuhan yang tahu betapa dia mengharapkan satu keajaiban itu berlaku walaupun dia sendiri pernah berputus asa untuk meneruskan hidup.

Segala galanya itu pernah menghancurkan secebis harapanya untuk meneruskan hidup. Dia hilang sinar nya. Dia tidak berani untuk meletakkan harapan yang tinggi kerana jika dia jatuh, sakitnyaTuhan saja yang tahu kerana segala perasaan dan kesakitan itu hadir atas kerana izin Tuhan sendiri.

Jika dia diberikan peluang untuk bernafas lagi, kali ini dia tekad untuk membuka cerita baru dalam buku kehidupan nya. Semua orang berhak ke atas peluang kedua, begitu juga dia. Doa tidak pernah putus setelah sinarnya kembali. Sinar yang dikembalikan oleh seorang hamba Allah yang pernah ditolak dari hidupnya.

"Nana ? Masih belum tidur ? Risaukan esok ye ?" Sapa puan kamariah, mak kepada hana.

Hana menoleh. Dia memandang wajah tua itu dengan penuh sayu. Rasa sebak itu hadir setelah wajah tua itu tersenyum manis walaupun senyuman itu tampak lemah. Tetapi senyuman itulah yang dari dulu sehingga sekarang tidak pernah putus memberi dia semangat untuk sentiasa kuat.

"Taklah mak. Nana takboleh tidur." Senyuman dibalas senyuman. Puan kamariah duduk disebelah hana. Katil yang besar itu boleh memuatkan dua orang wanita yang kuat itu. Sentiasa tersenyum walaupun ujian melanda. Kerana mereka yakin, Tuhan beri ujian kerana Tuhan sayang. 

Hana menarik tangan maknya untuk membaringkan diri disebelahnya. Hana memeluknya maknya lalu membenamkan wajahnya ke dalam dakapan seorang ibu itu. Betapa hangatnya pelukan itu sehingga terbit sebutir air mata yang jernih dihujung matanya.

Hati mak abah pasti sedang remuk kerana satu satunya anak gadis mereka terpaksa menghadapi ujian seberat ini. Ibubapa mana yang suka tengok anak sakit ? :')

"Mak....."

".......sentiasa doakan anak mak.........." getar suara ditahan. Tidak mahu menangis dihadapan anaknya itu. "Mak sentiasa mintak dekat Tuhan....."

".....untuk jaga anak anak mak yang jauh dari pandangan mak." Air mata bergenang.

Hana sudah memejamkan matanya. Sedih mendengarkan kata kata seorang ibu itu. Allah, beri aku kekuatan. Beri mak abah kekuatan.

"Nana pun sentiasa doakan mak." Dakapan makin dieratkan menandakan bahawasanya dia tidak langsung mahu berpisah dari maknya.

Kepala hana diusap lembut kemudian dikucup perlahan tetapi lama. "Nana anak yang baik. Tuhan sayangkan anak yang baik. Nana jangan pernah berhenti berharap pada Tuhan ye nak ?" air mata yang ditahan itu akhirny mengalir tanpa dipaksa. 

Hatinya semakin hiba mengenangkan anaknya yang sakit itu tetapi dia tidak tahu dari awal. Allah, jika diberi peluang biarlah aku yang merasa sakit anak ku ini. 

"Mak...." 

Nafas ditarik sedalam dalamnya. Cuba kumpulkan segala kekuatan yang ada. Cuba untuk menjadi tenang seperti selalu.

"Mak doakan nana berjaya tempuh segalanya esok ye ? Nana masih nak peluk mak abah. Maafkan nana ye mak........" Halus tangisan mula kedengaran ditelinga puan kamariah. 

Ya Allah kuatkan anak ku untuk tempuhi segala yang mendatang pada hari esok dan seterusnya.

"In sha Allah sentiasa nana." 

Malam itu, hana tidur dalam dakapan mak yang dirindui nya. Mak yang sentiasa menjadi penguatnya. Mak yang sentiasa kuat untuknya. Mak yang sentiasa ada bersama dia. Mak yang merupakan segala galanya bagi dia.

Perbualan itu tanpa sengaja didengari oleh doktor alif. Mata nye berair tetapi empangan air matanya masih belum pecah. Sedaya upaya menahan sebak. Dia pergi sambil mengelap air matanya.

Ya Allah, permudahkan segalanya esok.

_____________________________________________________________________

"Awak, harini kan harinya ?" soal ika.

Hakim memandang ika. Dia mengangguk lemah. Kawan baiknya akan melalui pembedahan. Hati nya gusar.

Ika yang perasan akan kegusaran diwajah suaminya itu memegan erat tangan suaminya. "In sha Allah, Allah permudahkan semuanya." Secebis senyuman sebagai penguat hati suaminya itu.

Hari itu merupakan hari yang paling sunyi di rumah mereka. Kerana dengan secebis harapan mereka berdoa kepada Tuhan supaya Hana selamat. 

Masih menanti berita dari orang tua hana. Hakim duduk termenung. Dia risaukan hana kerana dia lebih kenal hana itu bagaimana. Dia pernah melihat hana hampir hilang nyawa kerana putus harapan. 

Hanya doa sahaja yang dia mampu kirimkan.

"Awak, kita makan dulu ? Nanti awak masuk angin." Pujuk ika. Sayu melihat suaminya itu.

Hakim mengangguk. Dia berjalan ke meja makan. Segala makan sudah terhidang kemudian ika mencedok lauk ke dalam pinggan hakim.

Setelah doa dibaca, hakim mula makan tetapi sangat perlahan berbanding hari biasa.

"Awak...." Tangan kiri hakim dipegang.

"Tuhan tu Maha Mendengar, Maha Adil, Maha Pengasih. Dia dengar doa hamba-Nya yang bersungguh berdoa kepada Dia. Ujian ni berat. Saya tahu. Tapi Hana mampu tersenyum sedangkan dia dihimpit ujian yang cukup hebat untuk dia. Why not you ? You have to be strong for her. Everything is going to be alright. Makanlah, kumpul tenaga awak. Jumpa hana dengan senyuman. Buktikan awak tu mampu jadi penguat dia. She must be proud of you. Saya pun. Bangga punya suami yang cukup kuat untuk mengahadapi pelbagai ujian hidup ni. Izinkan saya jadi penguat awak diwaktu lemah awak. Okay sayang ?" Ika masih tersenyum. Dia menahan sebak. 

Hakim menahan empangan air matanya mengalir. Orang kata depan rezeki tak elok menangis. Dia membawa tangan kanan ika ke pipinya. "Awak sentiasa menjadi penguat saya sayang." Dia senyum dengan penuh sayu.

Dia bersyukur mempunyai seorang isteri yang cukup hebat. Sentiasa bersikap positif. Sentiasa menguatkan dia yang sering jatuh kelemahan.

Allah, 

betapa indahnya anugerah Kau ini. Semoga kasih sayang kami ini sentiasa bertaut antara satu sama lain. Hingga ke syurga. 

In sha Allah.

_____________________________________________________________

Hai KORANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG !

Hahahahahahahahahahahahaha. What should i do next ? Adakah pembedahan berjaya dilakukan ? Atau sebaliknya ?

Jahat tak saya kalau saya matikan watak hana ? HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Auww kamonnn. Semua nak happy endingkan ? psst let wait and see.

Sorry for the short update. Mata sis masuk habuk terok masa menulis ni. Feeling lebih 😂 taktahu lah korang macam mana kan.

Sorry jugak for the late update. Sis busy gila gila gila, aicewah kelam kan ? Sorry guys, teruskan membaca okay. Tak lama dah ni. Nak ke penghujungnya dah.

STAY TUNED AND ILOVEYOU GUYSSSS ❤❤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now