9

4.9K 138 1
                                    

Sedang asyik memandu sambil mendengar radio . Tiba tiba ika memberhenti kan kereta nya ditepi jalan .

"Aduh . Time macam ni lah nak buat hal nya ." Ika mengetuk kuat stereng kereta nya .

Su yang sedang lena terjaga dek ketukan ika tadi .

"Awat hang ni ika ?" Su menggosok mata nya .

"Su , kereta buat hal . Takmau hidup dah ." Ika memandang su yang sedang mengeliat .

"Kau tak servis kereta ke sebelum balik ni ?" Soal su dengan muka baru bangun tidur .

"Hehe." Ika menggeleng perlahan sambil tersengih sumbing .

"Ikaaaaa . Kau ni pun satu . Aku sekeh kepala tu jakgi . Dah tahu nak balik , awat lah tak servis ." Bebel su . Eh ngomel su . Hahaha

Ika menutup telinga nya lalu keluar dari kereta . Su mengekori langkah ika dan berdiri di sebelah ika .

"Ala . Kau ni . Bebel je kerja . Kalau kau bebel panjang panjang pun bukan kereta dapat hidup balik ." Giliran ika pula mengomel .

"Habis tu kita nak buat macam mana ni ? Aku manade no mekanik ." Jelas su .

Ika mengeluarkan telefon nya . Cuba mencari contact yang boleh dihubungi nya untuk mendapatkan bantuan .

Cari punya cari . Ika terjumpa nama hakim . Hahaha nampak tak permainan dia . 😛

Ika mendail no hakim

Truttt trutttt ..

Truttt trutttt ..

Truttt trutttt ..

"No yang anda dail tidak dap-" kedengaran suara operator yang menjawab .

"Aduh . Dandan ni lah tak angkat call nya ." Ika menutup panggilan tersebut .

"Kau call siapa ?" Soal su .

"Hakim ." Sepatah ika menjawab kemudian telefon nya berbunyi .

Ika mengangkat panggilan tersebut .

"Hello assalamualaikum . Yes gojes . What can i do for you ?" Soal hakim dalam talian .

Ika mencebik . Walaupun hakim tak nampak tapi su nampak .

"Wsalam . Banyak lah hang . Ni aku nak tanya , hang busy dok ?" Soal ika .

"Ala ika . Mintak jelah tolong dia . Kau nak tersangkut kat sini berapa lama lagi ? Lagipun dah malam ni ." Su menyelit .

"Minta tolong apa ? Tersangkut ? Kau kat mana ni ika ? Kau okey tak ? Kau kat mana ? Tunggu aku datang ." Hakim menembak ika dengan bermacam macam soalan .

"Eh . Hak-" belum sempat ika menghabiskan ayat nya hakim sudah pun meletak kan panggilan nya .

"Aku tak habis cakap lagi dia terus letak ? Pebenda lah ." Dalam masa yang sama ika menghantar location ke hakim melalui ws .

"Apehal ?" Soal su .

"Takdak pa . Sat lagi kau punya life saver mai ." Ika menutup telefon nya . Lalu masuk kedalam kereta .

Selepas setengah jam menunggu , hakim pun sampai .

"Ika . Kau oke tak ? Ada luka sana sini tak ?" Hakim berlari anak ke arah ika .

Ika terpinga pinga . Su sudah menahan ketawa .

"Yang luka bukan ika . Ni ha kereta ika ." Su mengetuk kereta ika .

Hakim menahan malu . "Aku ingat kau excident."

"Gila . Aku excident dah tak sempat nak call hang . Hahahaha sakai ." Ika ketawa terbahak bahak .

Su turut ketawa .

"Eh diam lah . Ha apehal call aku ? Kau nak pergi mana ni ? Kenapa dengan kereta kau ?" Hakim merengus geram .

"Hang kata aku gelabah . Hang berganda lagi gelabah . Satu satu boleh ? Aku call ni nak mintak tolong . Kereta aku takmau hidup . Aku otw nak balik rumah mak aku ." Jelas ika

"Oh . Bukan nak cakap awal awal ." Hakim berjalan ke arah kereta .

Ika mencebik . 'Eh aku nak cakap dia yang tak bagi peluang . Tak guna betul .'

Ika mengekori hakim . Hakim membuka bonet kereta . Kemudian dia memeriksa setiap bahagian .

"Em , starter kau problem lah ika ." Hakim menggaru kepala yang tak gatal .

"Habistu macam mana ?" Ika mula tak senang duduk .

"Hantar bengkel lah . Apa lagi ." Hakim mengeluarkan telefon nya kemudian berlalu pergi .

"Macam mana aku nak balik kalau kereta masuk bengkel ." Ika mengomel .

"Sabar lah ika . Kira baik lah abang hakim mai tolong ." Ujar su yang dari tadi berdiam diri .

"Yela ." Ika menunduk . Kaki nya bermain dengan batu di atas jalan .

Seketika kemudian hakim datang berlari anak .

"Kejap lagi kawan aku datang amek kereta ni . Dia mekanik . Sekarang ni biar aku hantar kau balik ." Hakim menyimpan telefon nya kedalam poket seluar .

Ika mengajuk . Entah mengapa dia berasa geram dengan hakim .

Melihat ika dan su yang tercegat disitu,

"Ha , tunggu apa lagi ? Masuk lah kereta ." Hakim mengarah dengan suara mendatar .

"Ish . Kalau tak ikhlas tak payah tolong lah ." Ika ngomel sambil berjalan ke arah kereta hakim .

'Eh eh . Kita pulak yang kena .' Desis hati kecil hakim .

<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>

Suasana dalam kereta sunyi . Kalau ada burung berkicauan dalam kereta tu konfem burung tu lagi bising . Hahahaha over gila .

Tanpa disedari , su sudah pun terlelap di belakang . Penat sangat lah tu . Sampai kat semua tempat boleh tidur . Kahkah .

"Tak pernah pernah kau senyap dalam kereta aku ." Hakim memulakan bicara .

"Hello . Excuse me . Aku baru naik kereta hang dua kali . Gaya cakap macam aku dah naik 10 kali ." Ika mencebik .

Hakim tersenyum melihat ika . 'Susah betul perempuan ni . Haduh .'

Tiba tiba telefon ika berdering .

"Hello assalamualaikum ma ." Ika menjawab pangggilan tersebut .

"Wsalam kak . Ni aku mus ." Lama ika mendengar pemanggil tersebut berbicara . Telefon nya jatuh dari genggaman .

Air mata yang dari tadi ditahan akhir nya gugur .

"Ha..hak...hakim . Bawak aku pe...pergi hospital please . Mama...mama masuk hospital ." Ika mengenggam erat lengan baju hakim .

Hakim terkesima melihat ika menangis . Ini kali kedua dia melihat ika menangis . Dan tangisan kali ini lebih menyedihkan berbanding yang pertama .

Hati hakim terasa sakit melihat ika menangis sebegitu . Tanpa membuang masa hakim terus memecut ke hospital .

Hakim melihat ika tidak senang duduk . Menangis tanpa henti . Berkali kali dipujuk oleh su yang sudah terjaga .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now