32

4.4K 134 1
                                    

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير...

Yang lelaki segak bersampin duduk bersila beralaskan karpet yang sedia dibentang.

Manakala yang perempuan cantik berbaju kurung dan berjubah sedang duduk bersimpuh. Ada yang sedang berselfie. Ada juga yang sedang bersembang.

Seketika kemudian....

"Aku terima nikahnya, Nor Atika binti Hamzah dengan mas kahwin nya sebanyak 100 ringgit tunai berserta senaskah al-quran." Jelas suara nya berdebar tetapi cuba disorok.

"Sah ?"

"Sah !"

"Alhamdulillah." Tangan ditadah dan doa dibaca.

Selepas itu, hakim bangun dari duduk nya untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat.

Tiba lah upacara yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Pfft

Upacara pembatalan wudhu'.

Lensa kamera sudah mula fokus pada dua mempelai yang sedang duduk melutut dia atas bantal yang disediakan.

"Okay, pengantin lelaki boleh sarungkan cincin dijari pengantin perempuan." Arah salah seorang juru kamera yang dijemput hadir.

Dengan perasaan gementar, cincin disarungkan ke jari manis pengantin perempuan. Senyum mula merekah dibibir masing masing.

Ibu bapa mula menarik senyum bahagia. Alhamdulillah. Terlaksana juga apa yang dihajatkan. Dalam cara yang baik in sha Allah.

Saat bibir hangat pengantin lelaki menyentuh dahi bersih si pengantin perempuan. Betapa laju degupan jantung yang dapat dia rasai.

Ika melahirkan rasa bersyukur nya di dalam hati. Walupun perkenalan dia dan hakim baru hanya 4 bulan. Tetapi dalam 4 bulan itu, hakim banyak melihat jatuh bangun dia dan masih setia membantu dia.

Walaupun perasaan yang hadir dalam hati masih tidak diyakini tetapi dia tetap yakin dengan perancangan tuhan. Jika sudah tertulis di Luh Mahfuz nama mereka berdua, ika redha.

Dengan izin tuhan, perkenalan yang singkat itu akan membawa mereka ke syurga melalui masjid yang dibina atas rasa cinta kepada-Nya.

<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

"Ya Allah penat nya harini." Ika membaringkan diri nya di atas katil dan masih dalam pakaian yang sama.

Dia memejam matanya. Dia berkira kira mahu tidur sebentar sebelum dia mandi.

Baru 5 minit berlalu, ika sudah pun terlena. Pintu bilik dikuak. Seorang lagi hamba Allah masuk.

Selepas pintu bilik ditutup, dia berjalan ke arah ika yang sedang lena dibuai mimpi. Sampin nya sudah dibuka.

Lengan baju disengseng. Dia memerhati seraut wajah isteri nya yang mulus itu.

SubhanAllah, Kau kurnia kan aku isteri yang cantik wajahnya serta peribadi nya in sha Allah.

Pin dicabut satu persatu dan diletak dia atas meja solek. Veil diletak tepi. Tudung ika dicabut perlahan dan digantung di belakang pintu.

Terpana sebentar hakim melihat wajah isterinya itu. Dia mengusap lembut pipi isterinya. Ika bergerak sedikit kerana terasa seperti tidurnya diganggu.

Hakim tersenyum kecil. Tanpa dia membuang masa, dia bangun dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan badan.

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now