17

4.2K 124 1
                                    

Rabu , 8.04 pagi .

Ika berjalan menuju wad mama nya selepas menghantar mus ke sekolah .

Naik skuter yang ada di rumah . Skuter lama sebelum ada kereta . Bila ika tiada di rumah , mus yang menaiki skuter itu ke sekolah .

Tapi harini sebab kereta ika ada dekat rumah sewa . Jadi dia ambil keputusan untuk hantar adik dia ke sekolah supaya dia boleh naik skuter tu .

*flashback

"Akak , jangan lupa pukul 10.30 nanti . Cikgu nak jumpa ." Mus mencabut helmet nya lalu diserahkan kepada ika .

"In sha Allah . Akak nak pergi hospital dulu. Jumpa mama dengan ayah ." Helmet disambut .

"Okay , hati hati ." Tangan ika disalam . Banyak mata mata memerhati .

Sebab mus hensem kut . Em kakak cantik boleh lah . Hahaha

*end of flashback

"Assalamualaikum . Maaa , ayah ." Ika menolak pintu .

"Wsalam ." Jawab encik hamzah . "Haa awal kamu harini ."

"Oh . Haa tadi hantar mus . Terus lah ika kemari ." Ika duduk disebelah ayah nya .

"Macam mana makan malam semalam ? Ada progress ?" Usik ayah sambil membaca surat khabar .

Merah muka ika ."ee apa ayah ni . Takde apa apa progress . Kami pergi makan malam je lah ." Ika melontar pandangan keluar tingkap .

Pecah ketawa encik hamzah . Ika mencebik .

"Mama mana ayah ?" Soal ika .

Encik hamzah menjuih kan bibir nya menunjukkan ke arah tandas . Ika mengangguk memahami .

Pintu tandas dibuka,"eh ika . Bila sampai ?" Soal puan mariam.

Ika tersenyum ."baru je ma ."

Puan mariam mengambil tempat di atas katil .

"Macam mana makan malam semalam ? Seronok ?" Usik puan mariam .

Ya Allah . Ika meraup muka . Mama dengan ayah ni dah kenapa ? Pakat tanya soalan yang sama ke macam mana ?

"Maaaa . Kami pergi makan je maaa ." Ika menarik muncung .

Puan mariam dan encik hamzah sama ketawa . "Mama tanya je . Mama tak cakap apa apa pun ."

Makin panjang muncung ika ditarik . Runsing dibuat nya . Makan malam je kut . Kenapa semua orang macam ni ? Ya Allah .

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

Pintu bilik dibuka . Terjenguk kepala ika kedalam .

"Masuk je lah ." Ika ditolak .

"Meja cikgu suzana ada dekat hujung sana ." Mus melangkah dibelakang .

Mus berjalan ke meja cikgu suzana dan di ikuti ika di belakang .

"Assalamualaikum cikgu ." Tegur mus .

Cikgu suzana mengangkat muka memandang mus dan ika, "wsalam . Jemput duduk puan ."

"Err cikgu , ni kakak saya ." Mus berdiri sementara ika duduk .

"Maafkan saya ." Cikgu suzana terawa kecil .

Ika tersenyum lalu mengangguk .

"Tujuan saya panggil cik sebab nak cakap pasal prestasi mustaqim di kelas . Saya dapati guru guru yang mengajar di kelas mustaqim banyak mengadu pada saya . Mereka menyatakan bahawa dia sering hilang tumpuan di kelas . Pernah haritu dia tidak masuk ke dalam kelas ." Cikgu suzana berdehem .

Ika mengangguk memahami .

"Maaflah saya menyibuk , tapi cik sekeluarga ada masalah keluarga ke sehingga menganggu tumpuan mustaqim di sekolah ?" Cikgu suzana bertanya lembut .

Ika tersenyum nipis . Nafas ditarik perlahan lalu dihembus . Seolah olah dia mengeluh .

"Saya minya maaf cikgu . Baru baru ni mama kami masuk hospital . Dan disahkan menghidapi kanser . Seminggu mama tak sedarkan diri . Alhamdulillah baru semalam dia sedar . Mungkin sebab ini lah cikgu ." Jelas ika .

Mus menunduk kan wajah . Rasa bersalah , sedih , bengang semua ada .

Cikgu suzana mengangguk . "Saya minta maaf . Saya taktahu ."

"Eh takpe cikgu ." Ika memberi senyuman manis .

Bukan tak pernah cikgu suzana menyoal mus tentang perkara ini , pernah . Namun setiap kali ditanya , selalu saja melarikan diri . Kena ugut telefon mak ayah baru hendak memanggil ika ke sekolah . Nasib baik cikgu suzana tidak menggantung nya .

Selepas pertemuan itu , cikgu suzana mengambil keputusan untuk memaafkan mustaqim .

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Kenapa kau macam ni mus ?" Soal ika sambil menghirup air sirap yang dibeli di kantin sekolah mus .

"Aku risau kak . 24 jam kepala otak ni takboleh nak berhenti fikir apa yang akan terjadi dekat mama ." Mus meletakkan kepala nya diatas meja .

Sebak . Itu apa yang ika rasa . Dia paham perasaan seorang anak terhadap seorang ibu yang sakit .

Sakit yang boleh membawa maut .

Diusap lembut kepala mus .

"Kau jangan macam ni mus . Mama dah selamat . Kau janganlah fikir bukan bukan ." Lembut ika berbicara .

Mus mengangkat kepala .

"Selamat ? Selamat kau cakap kak ?! Penyakit tu ada dalam badan mama lagi dan kau cakap mama selamat ?" Suara mus ditinggi kan .

Ika terdiam . Terasa dengan nada adik nya . Tidak pernah pernah mus meninggi kan suara kepada nya .

Nasib baik kantin lenggang dan semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas masing masing .

Ika menunduk . "Jangan lah pernah putus doa mus . Allah akan tolong kita kan ?" Suara direndah kan .

Mus merengus kasar .

"Itu je lah yang kau tahu kan kak ? Doa doa doa . Kak , kau ingat dengan doa je mama tu akan hidup lama ke ? Mama tu tetap akan ma-"

PANG .

Hangat . Pipi terasa kebas . Ika menampar pipi adik nya .

"Kau memang adik tak guna lah mus !" Ika menjerit lalu beredar dari kantin .

Mus terdiam . Berpinar otak nya selepas ditampar oleh ika .

'Ya Allah , kenapa dengan aku ni ?' Mus meraup muka .

Menyesali apa yang baru diperkatakan namun tiada daya untuk mengejar kakak nya . Ya dia tahu dia salah . Dan dia sendiri taktahu macam mana nak hadap kakak dia lepas ni .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now