18

4.3K 118 3
                                    

"Yeay mama dah boleh discharged ." Sorak ika dibuat buat ceria .

Takda siapa yang perasan .

Kesah semalam masih segar dalam ingatan. Baru lepas gaduh, siapa boleh lupa. Lagipun, perempuan ni kisah yang berabad lama pun dia boleh ingat lagi. Hahaha

Puan mariam tertawa kecil melihat telatah anak nya itu . Harini ika bersama ayah nya menjemput puan mariam pulang. Mus takde, dia pergi sekolah.

Jam ditangan dilihat . 10.30 pagi .

"Mama, semalam hakim ws ika . Dia ajak kita sekeluarga dinner dekat rumah dia malam ni ." Ujar ika .

Puan mariam mengangguk perlahan . "In sha Allah . Lepas maghrib kita gerak ."

"Okey maa ."

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>

Loceng pintu ditekan dan salam diberi. Sejurus itu pintu dibuka .

Disebalik pintu terlihat seorang lelaki yang amat ika kenali .

Haha siapa lagi ?

Muhammad saiful hakim lah .

"Wsalam . Jemput masuk semua ." Encik hamzah disalami . Muka sentiasa dimaniskan . Yang pasti tidak dibuat buat .

"Duduk lah dulu . Ibu ada dekat belakang ." Jelas hakim .

Kemudian hakim meminta diri untuk ke belakang .

"Ika pergi tolong diorang nak ." Pesan puan mariam .

Ika bangun dari duduk nya dan berlalu ke belakang .

Mus hanya duduk memerhati langkah ika . Takde rasa nak ikut . Nak buat macam mana diorang gaduh lagi .

Dia akui itu salah dia . Kalau mama dengar apa yang dia cakap semalam , mama mesti terasa . Ika, anak yang paling rapat dengan mama nya . Yelah sama sama perempuan . Mesti lah rasa terkilan dengan percakapan mustaqim semalam .

Dah lah tinggi kan suara . Ye , ika terima kalau itu ajal mama nya . Semua yang hidup pasti akan merasai mati . Tapi tak perlu lah sampai tinggi kan suara . Perempuan hati dah lah lembut , mana boleh kena tengking . Kena sikit mesti nak koyak .

Betul tak kaum hawa ? Hahaha

"Assalamualaikum auntie." Ika berjalan ke arah puan fiza .

"Wsalam . Eh ika ." Tangan auntie fiza disalami . "Ada apa ni ke belakang ?"

Ika tersenyum manis . Lembut betul auntie fiza ni . Patut lah anak dia tak pernah berkasar . Pfft

"Ada apa apa yang ika boleh tolong auntie ?" Soal ika .

Hakim disinki memerhati . Auntie fiza tertawa kecil .

"Alahai ika . Buat susah susah kamu je . Kamu tu dah lah tetamu , duduk je lah kat depan sana ." Jelas auntie fiza sambil mengacau air .

"Takde apa yang menyusahkan lah auntie ." Ika tertawa kecil .

"Ish ika ni . Takpayah nak berauntie auntie lah . Panggil je ibu ." Auntie menepuk bahu ika .

Ika tersenyum malu . Segan lah mak orang lain nak panggil ibu . Hahaha

"O..okay ibu ." Muka ika memerah ."takpe, meh sini ika bawak air kedepan ."

Ika mencapai dulang yang sudah tersedia cawan dan satu jag air . Dibawa dulang itu ke depan .

"Suka betul ibu tengok si ika tu ." Auntie fiza tertawa kecil .

"Hakim pun suka bu ." Tangan sedang leka mengelap pinggan .

Hinggap satu tepukan di bahu . Pap, "jangan nak suka sangat ye. Setakat hanya dimulut je buat apa? Anak dara orang tu . Jadikan sah dulu ." Auntie fiza berlalu ke depan untuk berjumpa puan mariam .

Hakim tersipu malu . Belakang tengkuk diusap . Mak sendiri dah bagi greenlight . Bila nak dapat greenlight dari mak mertua pulak . Eh bakal lah . Hahaha

<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>

Selesai makan malam , seperti biasa para ibu bapa akan mengambil tempat di ruang tamu dan akan memulakan acara throwback lah . Sesi temubual lah . Sembang sembang kosong lah . Macam macam .

Mus dan ika masing masing mendiam kan diri . Awkward dengan antara satu sama lain . Ika mengaku berasa bersalah sebab tampar adik dia kerana dia tak dapat menahan rasa amarah nya .

Ika bangun dan duduk di gazebo luar rumah hakim .

Mus masih menunduk . Memandang karpet dikaki . Menilai corak karpet tu kut . Hahaha

Hakim memandang mus dan ika silih berganti . 'Dah kenapa dua orang beradik ni ?'

Hakim bangun dan menarik mus ke dalam bilik nya . "Kau kenapa mus ?"

Mus terpinga pinga ."kenapa apa ?" Soal nye keliru .

"Kau gaduh dengan kakak kau kan ?" Soal hakim .

Mus terdiam . Cepat betul dia tangkap . Mama dengan ayah pun taktahu lagi .

Mus menggeleng . Menidakkan kebenaran . "Eh , manade kitaorang gaduh ."

Hakim melihat mus . Kening kiri diangkat . Muka seolah olah menanyakan 'serious lah ?'

Mus melarikan pandangan . "Mus , aku memang baru berkawan dengan kakak kau tu . Aku memang baru rapat dengan kau . Aku mungkin anak tunggal . Tapi tak bermaksud aku tak dapat hidu apa yang berlaku sekarang ni antara korang adik beradik ." Jelas hakim duduk disebelah mus .

Mus masih berdiam .

"Apa yang berlaku ? Cerita lah kat aku . Kita sama sama lelaki , tak manis lah bergaduh dengan perempuan, lagi lagi adik beradik kita ." Hakim meneruskan percakapan nya . Lembut .

Mus memandang hakim . Mata nya mula berkaca . "Ni semua salah mus . Kalau mus tak biadap hari tu takde akak mengamuk . Takde nya akak protes taknak cakap dengan mus ."

Hakim tersenyum nipis . Dia dah anggap lelaki depan dia ni macam adik sendiri . Lagipun mus dah besar . Dah 17 tahun . Tak lama lagi spm . Dia kena lah belajar bersikap matang memandangkan dia satu satu nya anak lelaki dalam keluarga tu . Kalau ayah takde , dia lah yang kena jadi wali kakak nya .

"Eh , dah lah . Takpayah menangis . Buruk tahu lelaki menangis . Aku suruh kau bercerita je bukan suruh menangis ." Hakim tertawa kecil .

Air mata diseka . Mus turut tersenyum mendengar hakim berkata begitu .

"Apa kata , kau pergi minta maaf ." Cadang hakim .

Mus menggeleng . "Taknak ah ."

"Apesal ?"

"Takut ."

Hakim mengetuk kepala mus ."kau ni . Dah buat salah takut nak mintak maaf . Ego betul . Bela lah ego kau tu tinggi tinggi . Kakak kau lari nanti baru tahu . Kalau dia tak lari pun , haa biar aku yang bawak lari ." Ngomel hakim . Kalah orang perempuan . Annoying betul lah 😂

Mus ter ketawa mendengar kata kata hakim . Sakai apa hakim ni nak bawak lari anak dara orang . Hahaha

Hakim turut ketawa melihat mus ketawa ."dah dah. Jom ikut aku ."

Dahi mus mengerut . "Pergi mana ?"

"Minta maaf lah ."

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now