23

4.1K 144 1
                                    

"10! 9! 8!.." kiraan bermula sebaik sahaja jam ditangan menunjukkan 5.27 petang. Terkocoh kocoh para junior berlari berkejaran ke padang.

Ada yang hampir jatuh kerana berlari. Macam biasa, kasut pun ada yang tak sempat nak sarung. Nasib baik takde kaki yang luka. Tapi kali ni takde yang lenggang macam tadi. Hahaha takde dah si hana tu nak memekik.

"Semua sekali, buat barisan ikut kumpulan." Arah aish.

Kelibat hakim dan ikhwan tidak kelihatan. Aish memberi arahan supaya semua memanaskan badan.

"Petang ni kita hanya akan buat aktiviti ringan sahaja. Sebab esok petang kita akan ada aktiviti treasure hunt. Jadi aku harap tiada siapa yang cedera harini. Kalau ada yang cedera, mohon lapor segera." Jelas aish dengan suara lantang. Menarik fokus semua pelajar.

Tiada siapa pun yang berani bersuara. Seusai itu, su datang menghampiri aish. "Semua dah ready." Bisik su. Aish mengangguk menanda kan dia paham.

"Kau explain lah su." Aish ketawa kecil. Su menjeling.

"Okay, permainan kita harini ialah halangan berantai. Maksud nya disini, setiap checkpoint akan ada misi tertentu. Dan setiap ahli wajib sertai nya. Ingat jangan sampai ada yang tercedera." Terang su dengan senyuman di bibir.

Masing masing mula membisik antara satu sama lain. Hairan mungkin.

"Dalam permainan ini terdapat 4 halangan. Yang pertama ialah 'pop-up'. Halangan kedua ialah 'catch me'. Halangan ketiga pula ialah 'puzzle'. Dan halangan terakhir ialah 'terompah gergasi'." Sekali lagi su menjelas kan.

Makin berkerut dahi para junior mendengar nya. Game apa ni ? Selepas diberi penerangan, setiap kumpulan diminta bersedia. 10 minit kemudian, permainan bermula.

Halangan pertama 'pop-up', para peserta dibekalkan sebiji belon dan harus memecahkan belin tersebut dengan cara duduk diatas belon itu. Setelah belon itu pecah, mereka dikehendaki untuk menjawab soalan yang telah tersedia didalam belon itu. Masa diberi hanya 10 minit.

Ada sesetengah pelajar mula merungut. Soalan soalan yang diberikan sungguh mengarut. Takde lah mengarut sangat cuma terlalu umum. Soalan pengetahuan am. Bukan nya semua orang kat sini bijaksana.

Sementara itu tangan ikhwan lincah menangkap gambar para peserta yang sedang bermain. Ada satu ketika kamera nya fokus kepada su yang seronok bersorak. Em.

Beralih kepada halangan kedua iaitu 'catch me'. Para peserta diminta untuk membaling belon ke pasangan masing masing. Setiap kumpulan diwakili 2 orang pemain. Belon yang berisi air tepung itu perlu dibaling secara membelakang dan orang dibelakang itu harus menangkap nya tanpa perlu dipecahkan. Jika pecah, markah akan ditolak.

Em nasib mengkome ler. Hahahahahahahaha.

Halangan ketiga ialah puzzle. Setiap kumpulan harus bekerjasama untuk mencantumkan puzzle yang disediakan. Puzzle tersebut akan terbentuk satu soalan dan mereka harus menjawab nya dengan tepat. Masa yang dibekalkan hanya 10 minit.

Masing masing dah pening kepala. Aktiviti ringan pebenda ni ? Pening nak pasang puzzle ni. Hahaha

Ika yang menjaga checkpoint kedua tadi seronok bermain air. Sesaat itu, dia terpandang hana yang sentiasa berkepit dengan hakim. Timbul satu perasaan yang pelik dalam hati dia.

Tanpa berfikir panjang, cepat cepat dia usir perasaan itu. Lebih baik dia berseronok main air. Lagi bahagia.

Finally halangan terakhir, terompah gergasi yang memuatkan 4 orang. Mwuehehe. 4 orang peserta itu harus berjalan beriringan sehingga ke garisan penamat. Nasib lah kalau ada yang jatuh, kena ulang balik dari garisan permulaan. Kihkih

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now