❤ Part 1 ❤

9K 418 33
                                    

Hana pov

Aku mengeluh perlahan. Mentang-mentanglah papa dengan mama pergi bercuti di Bali, tinggal aku berdua je dengan abang Jungkook. Dia ingat dia boleh buli aku sesuka hati?!

Kerja rumah dia berlambak, aku pula yang kena siapkan! Dia sedap hati goyang kaki je tengok TV! Kerja rumah aku pula yang terpaksa tertangguh, langsung tak dapat aku sentuh gara-gara kerja rumah dia!

Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka lalu dihempas dengan kuat membuatkan aku terkejut. Pantas aku toleh ke belakang.

Jeon Jungkook.

"Dah siap ke kerja rumah aku?" Soalnya sambil mendekati aku.

Aku mengetap bibir.

"Tinggal sikit je lagi abang. Abang buatlah yg lain. Saya nak buat kerja rumah saya juga." Aku menjawab perlahan, takut kena tengking dengan abang Jungkook.

Abang Jungkook mendekatkan muka dia  pada muka aku. Aku dapat rasa hembusan nafas dia. Aku cuba jauhkan muka aku daripada berdekatan dgn muka dia, tapi kemudian abang Jungkook dekatkan lagi muka dia. Entah kenapa aku boleh hanyut dalam tatapan mata dia yang bersinar.

"Aku tak kisah! Buat kerja rumah aku sampai siap. Kalau tak siap jangan harap boleh keluar dari bilik ni!" Tengkingan abang Jungkook buat aku terbangun dari hanyut dalam tatapan mata abang Jungkook lalu dia keluar dari bilik aku. Sekali lagi pintu bilik aku dihempas dengan kuat. Kalau mcm ni, rasanya tak sampai setahun, dah hengkang pintu bilik aku nii.

Kehidupan aku ibarat cerita Cinderella. Selalu dibuli oleh kakak tiri eh, maksud aku abang tiri yg jahat. Sebenarnya, abang Jungkook tu taklah teruk sangat.

Cuma hari tu aku tertolak dia ke dlm kolam masa latihan berenang, sampai semua ketawakan dia. Of course dia balas dendam! Selalunya kalau aku sakit, dia kisah juga pasal aku walaupun cara dia tu tersangatlah annoying!

Lagi satu, abang Jungkook dan aku sama umur je. Cuma dia lahir bulan September aku bulan Disember. Aku tak nak pun panggil dia abang. Tapi dah mama dan papa yang suruh, aku ikut je. Lagipun aku dah anggap abg Jungkook tu mcm abg aku sendiri. Yelah, dari umur aku 5 tahun aku jadi anak angkat keluarga Jeon ni, tapi entah kenapa papa tak pernah tukar nama family aku Joon kepada Jeon.

Aku menguap pelan. Dah jam 1:30 pagi. Perut pun mula la berbunyi. Tanda nak makan la tuu.

Aku membuka pintu bilik perlahan. Aku tengok abang Jungkook sedang sibuk tangkap gambar di balkoni rumah guna kamera Nikon dia tu. Kang tergambar hantu, padan muka!

Aku berjalan menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk. Aku cuma mengambil burger cheese dan sekotak susu.

Aku melahap burger cheese dgn selera. Kemudian meneguk air susu sejuk tuu. Lega rasanya. Perut pun tak berbunyi lagi. Aku terus masuk ke dalam bilik. Nak sambung kerja aku tadi.

Aku baru je nak pegang tombol pintu.

"Kau makan burger cheese dan minum susu dlm peti sejuk tu ke?" Soal abang Jungkook dingin. Aku diam.

Jangan-jangan tu burger cheese and his milk ke?? Kalau ye mampuslah aku!

"Ha'ah, yelah. Maaf. Nanti saya ganti. Saya laparlah." Aku menjawab perlahan tanpa memandang wajah abng Jungkook.

"Tu aku punya tau tak?! Lain kali tanya aku dulu!" Ujar abang Jungkook kemudian masuk ke dalam bilik dia.

Isyy! Mesti selalu cari kesalahan aku. Dahlah kerja rumah dia pun aku yang buat. Tak tahu erti bersyukur betul.!

Aku duduk di kerusi meja belajar. Badan aku pun dah lenguh mungkin sebab lama duduk.

Makin lama aku rasa mata aku rasa mcm nak terlelap. Kemudian aku tertidur dalam keadaan duduk di meja belajar.

***

Aku terbangun dari tidur disebabkan pancaran mata hari terkena pada mata aku.

"Woi, bangunlah! Dah jam 8 pagi ni!" Tak lain tak bukan, abang Jungkook,  perosak kebahagian aku.

Aku baru perasan yang semalam aku tertidur di kerusi meja belajar, tapi sekarang kat atas katil aku pula? Abang Jungkook ke yg pindahkan aku? Tak mungkinlah!

"Abang pindahkan saya ke semalam?" Aku menyoal abg Jungkook sambil menggosok mata aku yg masih mengantuk.

Abang Jungkook cuma diam. Langsung tak jawab soalan aku kemudian dia terua keluar dari bilik aku.

"Pergi makan!" Jeritnya dari luar.

Memang sah! Dia yang pindahkan aku! Tapi tak mengaku! Selalu mcm tu,dia tak pernahlah nak mengaku yang dia buat baik dgn aku.

Aku berdiri dari katil lalu mencapai tuala mandi merah jambu aku yang disidai itu lalu masuk ke dalam bilik air.

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now