❤ Part 31 ❤

3.6K 261 106
                                    

Gaiss dengar lagu dkt atas  tuu sambil baca ni okyy 😂

Hana menatap gambarnya dan Jungkook yang tersenyum lebar di dalam telefon bimbit.

Tik

Air matanya menitis di skrin telefonnya.

Dia rindukan Jungkook yang dulu. Hana mengusap lembut perutnya. Masih segar di ingatannya layanan Jungkook sebelum munculnya Jiae.

Flashback ~

"Sayang buat apa? Abang rindu tauu." Jungkook memeluk pinggang ramping Hana.

"Abang ni, buat kejut Hana je. Hana tengah tengok pemandangan bulan ni. Nampak cantik." Balas Hana lalu membalikkan badannya menghadap Jungkook.

Cup!

Jungkook mengucup bibirnya lembut.

"Sayang, abang tak sabar nak jadi papa. Bila sayang boleh bagi abang baby? Kalau boleh abang nak banyak-banyak, boleh tak sayang?" Soal Jungkook lembut sambil memegang kedua pipi mulus Hana.

"Tengah usaha laa ni." Jawab Hana sambil tersenyum lalu memegang kedua tangan Jungkook yang memegang pipinya.

"Nanti kalau kita dah ada baby, abang janji akan jaga sayang sepenuh hati abang." Jungkook mengeratkan pelukannya.

End of flashback ~

"Hana mengandungkan anak abang ni. Kenapa abang tak pernah percaya Hana? Mana janji abang yang dulu?" Monolog Hana sendirian. Semakin deras air matanya mengalir.

Hana belum bersedia untuk memberitahu mengenai kandungannya pada kedua ibu bapa Jungkook. Biarlah dia seorang saja yang tahu.

"Hana, jom makan. Mama dah masak." Panggil Puan Jeon sambil tersenyum.

Dia simpati terhadap Hana. Kenapa Jungkook sanggup berbuat demikian? Bukankah dulu Jungkook sudah mencintai Hana?

Hana mengangguk perlahan sambil membalas senyuman Puan Jeon.

Hana duduk di hadapan Puan Jeon dan Encik Jeon.

"Mama, papa. Hana nak bagitahu sesuatu. " ujar Hana dengan suara yang perlahan.

"Apa dia?" Soal Encik Jeon.

"Tak ada apa-apalah." Hana tidak sanggup memberi tahu keinginannya.

×××

"Apa lagi kau nak? Jangan ganggu Hana lagi, aku dah tak nak bersekongkol dengan kau!" Marah Jimin.

Jiae mengeluh geram.

"Kau tak nak dapatkan Hana ke? Kau ni pengecut la!" Jiae menghentak meja.

"Kau diam! Aku dah malas dengan semua ni. Aku memang cintakan dia, tapi kalau dia tak cintakan aku. Aku takkan paksa. Aku dah sedar, aku salah besar dengan dia. Aku nak bersihkan semua salah faham ni dengan Jungkook. Kau kena ikut." Jimin menarik tangan Jiae kasar untuk masuk ke dalam kereta.

"Lepas la tak guna!" Jiae cuba menepis tangan Jimin tapi apalah kudratnya untuk menghalang Jimin yang bertubuh sasa.

Tiba-tiba terbit akal jahatnya.

"Auhh sakit, perut aku." Jiae berpura-pura mengadu tentang perutnya.

Jimin berhenti menarik Jiae.

"Kenapa? Jom pergi hospital ." Soal Jimin risau dengan keadaan Jiae.

Jiae mengangguk setuju.

×××

"Saya rasa kandungan puan tak ada apa-apa masalah. Mungkin puan stress?" Soal doktor yang duduk bertentangan Jiae dan Jimin.

Mengandung?!

Jimin memandang Jiae dengan mata yang tajam.

"Jangan stress, puan. Nanti kalau stress puan terlalu tinggi akan ada kesan yang buruk pada kandungan puan dan dapatkan rehat yang secukupnya . Itu sajala, nanti boleh ambil ubat di kaunter. " ujar doktor itu sambil tersenyum.

Jiae membalas senyuman doktor itu lalu keluar.

"Kau mengandung anak siapa?!" Marah Jimin tapi suaranya diperlahankan kerana mereka berada di hospital.

"Aku mengandung anak kau la!" Balas Jiae.

"Kau lagi pentingkan Hana tu daripada anak kau sendiri!" Jiae merancang untuk mempergunakan Jimin kerana dia tahu Jimin pasti risaukan kandungannya apabila mendapat tahu anak yang dikandungnya adalah anak Jimin.

"Aku.. Aku minta maaf." Balas Jimin sambil memeluk Jiae.

"Aku mengandung anak kau, dan kau masih pilih Hana? Kau tahu tak selama ni dia yang cuba gugurkan anak kau ni?" Bohong Jiae.

"Mari mulakan hidup baru, aku janji aku akan lindungi kau daripada Hana." Balas Jimin. Dia sudah tidak terfikir lagi untuk membersihkan salah faham ini sebaik saja mendapat tahu yang Jiae mengandung.

Jiae tersenyum sinis. Rancangannya sudah menjadi, Jimin sudah masuk ke dalam perangkapnya.

×××

Hana masuk ke dalam butik. Kelihatan Puan Somi memandangnya sambil tersenyum.

"Kamu dah makan ke?" Soal Puan Somi prihatin.

Hana mengangguk sambil tersenyum.

"Baiklah, mama nak masuk ke pejabat dulu." Ujar Puan Somi.

"Okay."balas Hana.

Baru saja Hana hendak duduk di kerusi berdekatan kaunter, Jungkook meluru masuk dan menarik tangan Hana kasar.

"Abang?" Soal Hana.

Jungkook mengetatkan cengkaman tangannya membuatkan Hana merintih kesakitan.

Jungkook menolak Hana kasar ke lantai.

"Abang dah makan ke? Kenapa abang datang sini?" Soal Hana bertalu-talu.

"Kau yang rancang semua tu kan? Kau panggil mama dan papa! Sebab nak marahkan aku!" Tengking Jungkook.

"Tak, abang. Hana pun tak tahu yang mama dan papa nak datang." Hana cuba meraih tangan Jungkook tapi pantas Jungkook menepis tangan Hana.

"Kita cerai, aku dah tak sanggup lagi nak hidup dengan perempuan murahan macam kau, aku menyesal cintakan kau!" Jerit Jungkook geram. Jiwanya kacau, berperang dengan ego dan hatinya.

"Abang jangan, Hana cintakan abang. Abang, abang.." Hana meraih tangan Jungkook lalu membawa tangan Jungkook ke perutnya.

"Hana mengandung anak kita abang, abang cakap abang nak jaga Hana sepenuh hati abang kan? Jagala Hana, kalau abang tak cintakan Hana pun jangan ceraikan Hana. Hana cintakan abang sangat-sangat." Hana memeluk Jungkook erat. Hatinya hancur.

Sedang dia berbadan dua, Jungkook hendak menceraikannya? Macam mana dengan anak-anaknya hidup tanpa ayah di sisi?

Sekali lagi Jungkook menolak Hana kasar.

"Nanti aku hantar fail cerai." Jungkook meninggalkan Hana. Sendirian.

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now