❤ Part 17 ❤

3.6K 268 7
                                    

Hana pov

Telefon bimbit aku yang berada di dlm genggaman aku berdering. Tertera nama Jungkook di layar skrin. Aku tersenyum lebar.

"Akak, suami saya call. Saya jawab panggilan ni kejap ye." Ujar ku sambil tersenyum. Jiae hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis tanda membenarkan aku menjawab panggilan.

"Sayang~~ sayang kat mane? Abang rindu ni~" ujar Jungkook dengan suara manjanya.

"Abang ni, Hana kat rumah jiran la. Baru kejap je kot Hana bagi tinggal abang. Kejap lgi Hana balik, oky?" Balasku tersenyum  melayan karenah Jungkook yang sejak kebelakangan ini asyik nak berkepit saja.

"Oky jangan lama-lama tau sayang. Nanti abang boleh mati sebab tak tahan rindu ni. I love you." Jawab Jungkook lembut.

"Ye abang sayang. I love you too." Jawabku sambil tersenyum lebar lalu menamatkan panggilan.

Jiae tersenyum memandangku.

"Bukan main lagi senyuman awak lepas suami call, untunglaa." Jiae menyakatku.

"Akak pun call la boyfriend akak. Apaa namaa boyfriend akak?" Soalku ingin tahu.

Jiae kelihatan risau.

"Waeyo? Ada yang tak kena ke kak?" Soalku lgi.

"Tak ada apa-apa. Nama teman lelaki akak, erm." Baru saja Jiae ingin melanjutkan ayatnya tiba-tiba anak Jiae menangis.

"Mama, adik sakit kaki. Urut laa kaki adik, kaki adik masuk angin." Rayunya.

"Nak makcik buat ke? Makcik boleh urut tau." Cadangku sambil tersenyum manis memandang Jaemin.

Jaemin pada mulanya kelihatan ragu-ragu tapi dia setuju juga akhirnya selepas puas aku memujuknya.

Hampir 15 minit aku mengurut kaki Jaemin. Jaemin pun dah tidur. Aku meminta diri untuk pulang, kerana sudah 2 jam aku meninggalkan Jungkook, dah banyak kali pun dia call cuma aku balas dgn mesej ringkas saja.

"Terima kasih, Hana. Hana banyak bantu akak. Lain kali singgah la lagi rumah akak, ada juga kawan akak." Ujar Jiae.

"Tak ada masalah la kak, oky. Nanti saya singgah lagi. Akak pun datang la rumah saya ye." Pelawa ku. Jiae angguk.

***

Sampai saja aku di rumah, Jungkook dah bermasam muka tunggu aku depan pintu. Macam tau-tau je aku nak balik.

"Abang, sorry tau. Sayang abang." Aku mencium pipinya.

Jungkook tersenyum.

"Nasib baik kena cium, kalau tak 1 minggu abang merajuk, eh tak 1 saat je nanti abang rindu." Jungkook mencempung aku masuk ke dalam bilik lalu membaringkan aku ke atas katil.

Jungkook mengucup dahiku lembut.

"Dah, pi bersiap. Kita nak keluar dating ni. Tengok wayang." Jungkook tersenyum nakal. Saja nak mengenakan aku la tu.

"Yelah." Balasku ringkas.

Selesai saja bersiap aku masuk ke dalam kereta.

"Kita nak tengok wayang apa, abang?" Soalku sambil memandangnya.

"Abang pun tak tahu, kita tengok je laa apaa yg keluar." balasnya selamba sambil memegang tanganku lalu mengucupnya berulang kali.

"Abang ni, unplanned date ke ni?" Soalku lagi dengan mulut yang muncung.

"Walaupun unplanned date, tak apa la asal kita dating kan? Mulut tu jangan muncung sangat nanti abang cium nnti padan muka." Jungkook menghampiriku.

"Abang jangan nak mengada, Hana dah penat² letak gincu ni." Balasku seraya mencubit kedua pipinya.

Jungkook hanya tersenyum.

***

Jiae pov

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah diketuk berulang kali dengan kuat. Aku dah tahu siapa orngnya.

"Cepatla buka!" Jeritnya. Aku membuka pintu. Jimin terus memelukku.

"Hana, saya rindukan awak." Ujarnya dalam keadaan mabuk.

Hana, Hana, Hana. Perempuan yang menyebabkan layanan Jimin berubah kepada aku. Dari seorang lelaki yang penyayang ke seorang lelaki kaki pukul, kaki mabuk, malah lupakan aku dan anak kandung dia sekali.

Jiran baru sebelah rumah pun nama Hana juga. Adakah mereka org yg sma atau cuma nama je yg sma? Siapa Hana yang cuba rampas Jimin dari aku? Aku takkan biarkan.

Jimin mencium bibirku kasar. Aku cuba menolaknya tetapi gagal.

***

Aku mengesat air mataku yang mengalir di pipi. Sampai bila aku perlu terus hidup macam ni? Aku cuma tempat puaskan nafsu Jimin saja. Setiap kali dia mabuk, dia akan datang ke sini dan puaskan nafsu haiwan dia dengan aku.

Aku mencapai pakaianku lalu masuk ke dalam bilik air.

Author pov

Jimin terbangun dari tidurnya. Dia memegang kepalanya yang pening.

Bunyi air mengalir dalam bilik air. Mesti Jiae tengah mandi. Aku memakai pakaian ku lalu pergi ke bilik Jaemin.

"Jaemin.." Panggilku.

"Papa!" Jaemin memelukku erat.

"bagitau mak awak, saya nak pergi dulu." Balasku dingin.

"Papa jangan pergi! Jaemin rindu papa! Papa makan laa dulu, Jaemin boleh bagi papa susu. Papa nak tak?" Pelawa Jaemin lembut sambil menarik tanganku.

Aku terpaksa akur. Aku duduk di atas kerusi. Jaemin mengambil susu kotak dari peti sejuk lalu menuangkan susu itu ke dalam gelas kaca lalu diberikan padaku.

"Jaemin?" Panggil Jiae. Jiae memandangku sekilas lalu memeluk Jaemin.

"Sayang dah bangun rupanya, nak mama masak apa?" Soal Jiae lembut.

"Apa-apa yang papa makan, Jaemin nak. Papa nak makan apa? mama boleh masak macam-macam tau papa. Sedap sangat masakkan mama." Puji Jaemin. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirku.

"Apa-apa je." Balasku ringkas.

"Saya nak cakap dengan mak awak kejap. Boleh kan?" Soalku pada Jaemin. Jaemin angguk lalu meninggalkan kami berdua.

"Apa yang abang nak cakap?" Soal Jiae lembut, jelas kelihatan bibirnya pecah mungkin akibat aku malam semalam.

Aku memegang leher putihnya yang kini berbekas kemerah-merahan.

Jiae menghentikan tanganku dari memegang lehernya.

"Maafkan aku." ujarku perlahan lalu meninggalkannya.

Sorry lamaa tak update 😂😂 mohon vote yee gaiss 😘

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now