❤ Part 28 ❤

2.9K 219 30
                                    

Hari ini ialah hari terakhir Hana berada di hospital. Dia sudah mengemaskan semua baju dan barangnya ke dalam beg.

Jungkook yang baru saja masuk ke dalam bilik wad terus mengambil beg Hana.

Hana mengikut Jungkook dari belakang. Sampai saja ke dalam kereta, Jungkook hanya mendiamkan diri.

"Hana rindu kat abang. Tiga hari abang tak lawat Hana. Hana call pun tak jawab." Ujar Hana dengan suara yang mengendur.

Dia keliru. Benarkah Jungkook sudah tidak mencintainya lagi seperti yang dikatakan Jiae?

"Buang masa aku je nak lawat kau. Bagus lagi aku jaga Jiae tu" Balas Jungkook dingin sambil fokus memandu.

Hana terdiam. Hati isteri mana yang tidak terkilan bila suami sendiri lebih mementingkan perempuan lain lagi-lagi bila dia tengah mengandung 2 bulan lebih?

Tiba-tiba perut Hana berbunyi.

"Abang, Hana teringin nak makan gogigui (makanan korea). Jom makan sama-sama." Hana memandang Jungkook menanti jawapan.

Selepas hampir 2 minit mendiamkan diri. Hana memegang tangan Jungkook.

"Abang, please. Baby kita yang nak. " Ujar Hana.

Jungkook mendengus geram.

"Anak kita? Tu bukan anak aku! Tu anak haram kau dengan lelaki pemuas nafsu kau tu!" Jerkah Jungkook.

Nyaris terkeluar air mata Hana bila dijerkah oleh Jungkook.

Ni anak kita, Jungkook. Kenapa awak tak percayakan saya?

Sampai saja di rumah Jungkook terus meninggalkan Hana.

Hana mengambil begnya di bahagian tempat duduk belakang lalu menutup pintu kereta.

"Hana, awak dah balik? Akak masak makan malam ni. Jom makan sama-sama. " ajak Jiae.

Hana hairan. Apa angin dia buat baik dengan aku hari ni?

"Sayang, kenapa masak? Kan perempuan murah ni dah ada. Suruh dia yang masak. " Ujar Jungkook sambil memandang Hana jijik.

Hatinya masih sakit malah bertambah sakit bila Jiae menceritakan tentang hubungan Hana dan Jimin.

"Sayang, biarlah. Jom makan." Jiae menarik tangan Jungkook untuk duduk di sebelahnya.

"Hana tak ada selera nak makan. Nanti je lah." Hana malas hendak melihat kemesraan Jiae dan Jungkook. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

***
One month later -

Hana sedang sibuk di ruang tamu melipat kain  milik dia, Jungkook, Jiae dan Jaemin. Sudah hampir sebulan  Dia diperlakukan seperti orang gaji. Jungkook pula langsung tidak pernah menanyakan kandungannya tapi sibuk menjaga Jiae yang sudah 4 bulan mengandung.

Jiae dan Jungkook yang baru balik dari klinik untuk membuat medical check up untuk kandungan bayi Jiae tersenyum gembira.

"Tak sabar nak tengok muka baby. Mesti comel macam muka sayang kan." Ujar Jungkook sambil memegang tangan Jiae ke arah ruang tamu.

"Hana, kandungan awak macam mna? Sihat?" Soal Jiae berpura-pura kisah.

Hana angguk tanpa memandang Jiae. Dia tahu perempuan itu mhu mencemburukannya.

"Aku nak kau cri kerja. Start sekarang aku takkan bagi kau sikit pun kau duit." Jungkook memandang Hana tajam.

Sakit hatinya bila melihat perut Hana yang mula membesar kerana disangkanya mengandungkan anak Jimin.

Hana angguk perlahan.

"Saya nak keluar rumah kejap." Balas Hana lalu membawa baju-bju itu ke dalam almari.

×××

Hana mengambil udara segar lalu menggigit buah epal merah.

"Dekat mana la aku nak cari kerja?" Monolog Hana sendirian.

Sudah 5 kedai dia bertanya tentang kerja kosong. Tapi mereka menolak sebaik sahaja mendapati yang Hana berbadan dua.

"Macam mana nak cari duit nak beli baju baby, susu , dan kos melahirkan nanti." Hana mengeluh perlahan.

Dia melihat sebuah kedai baju lalu masuk ke dalam kedai itu.

"Maafkan saya, ada kerja kosong tak kat sini?" Soal Hana lembut.

Perempuan yang sibuk mengurus baju-bju itu terhenti.

"Ada, saya perlukan pekerja untuk jadi juruwang saya. Boleh saya tengok resume kamu?" Soal wanita itu.

"Kamu muda lagi. Kenapa tak sambung belajar? " Soalnya.

"Saya nk tapi saya tengah mengandung sekarang ni. Saya akan fikirannya nanti." Jujur Hana.

"Mengandung? Dalam usia yang muda ni? Baiklah. Saya terima." Balas wanita itu lalu masuk ke dalam pejabatnya.

Hana tersenyum gembira.

Akhirnya aku dapat juga kerja.

Hana melihat sekeliling kedai itu. Wanita tadi mesti pemilik kedai ini.

"Aku lupa nak tanya nama bos aku." Cepat-cepat Hana masuk ke dalam pejabat wanita tadi.

"Puan.." panggil Hana.

Wanita tadi segera mengesat air matanya.

"Kenapa?" Soal wanita itu dengan mata yang merah kerana menangis.

"Puan tak apa-apa ke?" Soal Hana risau sambil mendekati wanita yang berada dalam lingkungan 40-an itu.

"Saya okay. Kamu boleh keluar sekarang. " Arah wanita itu dingin.

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now