❤ Part 22 ❤

3.1K 216 63
                                    

Jiae pov

Aku pantas mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan aku lalu menangkap beberapa gambar Hana bersama Jimin. Selepas menangkap gambar mereka,aku memasukkan kembali telefon bimbit aku dalam beg tangan aku semula.

Geram!

"Kak Jiae?" sapa Hana apabila dia ternampak aku.

"eh, Hana? Baru akak perasan. Buat apa kat sini dengan Jimin?" soalku pura-pura bertanya.

"Hana lapar, saya bawa dia makan." balas Jimin.

"kurang ke makanan dekat rumah awak, Hana? sampai nak makan kat luar ni?" perliku sambil tersenyum sinis.

makin muak pula aku melihat Jimin dan Hana. Tidak kah Jimin rasakan betapa peritnya hati aku bila dia lebih kisah orang lain daripada aku?

"Yang awak nak sibuk kenapa?" ujar Jimin lagi.

Aku buat muka selamba.

"kesian sangat suami awak, Hana." sindirku lalu menarik tangan Jaemin yang tengah bermain di taman permainan.

Jimin gigit bibir, geram denganku.

Selepas meninggalkan Hana dan Jimin. Aku mengesat air mata yang mula jatuh ke pipi.

author pov

"Kenapa kak Jiae macam tu?" soal Hana risau.

"dia tengah pms la tu." balas Jimin.

"ke awak gaduh dengan kak Jiae?" duga Hana.

"Mana ada la, jangan cakap macam tu." balas Jimin.

"Saya nak call suami saya dulu, saya belum bagitau dia yang saya keluar dengan awak kejap." ucap Hana seraya mengambil Iphone 6s dari poketnya.

Hana menelefon Jungkook beberapa kali, tapi tidak dijawab Jungkook.

"kenapa?" soal Jimin lembut.

"dia sibuk kot, saya tak nak kacaulah." jawab Hana perlahan.

***

Author pov

Jungkook mengambil beberapa fail di dalam laci mejanya.

"Perlu ke aku call dia balik? Aku rindu dia" monolog Jungkook.

Jungkook meraup rambutnya. Stress!

"Seulah, saya nak keluar." ujar Jungkook pada personal assistant nya.

"tapi encik ada tetamu. dia kata penting sangat." jawab seulah.

"haissh, yelah. suruh dia masuk kat pejabat saya." Jawab Jungkook malas, lalu masuk kembali ke pejabatnya.

Jungkook memghempaskam tubuhnya ke sofa empuk.

"Jiae?" soal Jungkook apabila melihat Jiae datang bersama Jaemin ke pejabatnya.

"Kenapa ni?" Jungkook menarik tangan Jiae mendekatinya.

"saya tak sanggup, mcm ni." balas Jiae sambil menangis teresak-esak.

"seulah, ambil Jaemin kejap. Jaga dia. I and his mother nak discuss something." arah Jungkook.Seulah datang lalu membawa Jaemin.

"sebenarnya,Hana dan Jimin dah rancang untuk hancurkan hidup saya." jawab Jiae.

"jap, saya tak faham. kenapa mereka nak hancurkan hidup awak?" soal Jungkook keliru.

Inilah masa yang sesuai untuk aku hasut Jungkook!

"Sebenarnya, Jimin dan Hana masih bersama sejak awak berkahwin lagi, dan saya sebenarnya, kekasih Jimin, bkn kakak ipar dia. abg dia tak pernah wujud pun. jaemin, dia ank Jimin. Selama ni Jimin layan kami mcm sampah sbb Hana yang hasut Jimin." bohong Jiae.

"Awak ada bukti ke yang Hana buat mcm tu?" Soal Jungkook. dia tidak menyangka isterinya berbuat demikian.

Jiae mengambil telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar-gambar Hana dan Jimin makan aiskrim bersama.

"tadi mereka dating, lepastu Hana maki saya sbb dia ckp saya ni perempuan murahan." sekali lagi Jiae berbohong kepada Jungkook.

jungkook mengenggam penumbuk.

"Awak boleh tidur kat rumah saya. Saya tak nak Jimin sakiti awak dan pasal Hana, jgn risau saya akan perhatikan dia." pelawa Jungkook simpati dengan kisah palsu Jiae.

"Baiklah, saya akan kemaskan semua barang saya. Terima kasih sangat-sangat sbb awak sanggup tolong saya." Jiae memegang kedua tangan Jungkook sambil tersenyum kemenangan.

***

Hana pov

"Jimin, terima kasih sbb bawa saya jalan-jalan hari ni. Terubat juga hati saya yg tadinya sedih." ujar ku sambil tersenyum manis kepada Jimin.

"perkara kecil je. klau awak sedih, call je saya.Hari ni, saya kena balik ke rumah parents saya. Take care." balas Jimin lalu pergi.

Aku membuka pintu rumahnya.

Sedap bau masakkan, Jungkook masak ke? Tak mungkin, suami aku mna pndai masak!

"Abang?" aku berjalan menuju ke arah dapur.

"Hye Hana." sapa Jiae sambil tersenyum sinis.

"Apa akak buat kat sini? Mana suami saya?" soal ku.

"Mulai sekarang, Jiae dan Jaemin akan tinggal kat sini. Tak kira la kau suka atau tak." ujar Jungkook yang tiba-tiba datang dri blkg.

"Hana cuma nak tau kenapa kak Jiae tinggal kat sni, itu je. Hana tak kisah pun klau kak Jiae nak tinggal kat sini." jawab ku jujur.

Entah kenapa, aku rasa kak Jiae macam dh berubah.

***
The next day ~

Hana pov

Aku menuang minuman ke dalam cawan lalu menghidang makanan dan minuman di atas meja makan.

"Kak Jiae, marila makan." ajakku sambil tersenyum.

Jiae hanya mendiamkan diri lalu duduk di kerusi. kemudian, Jungkook dan Jaemin pula datang.

"Awak nak pergi mana-mana ke lepas ni?" soal Jungkook pada Jiae.

Aku hanya memerhati, rsa mcm aku pula org luar.

"Saya malas nak keluar. Saya pening sikit ni. Biar je saya kat rumah. Boleh tak awak bawa keluar Jaemin sekali?" soal Jiae.

"Okey. Awak tak nak pergi hospital ke?" Jungkook meminum minumannya.

Jiae geleng sambil tersenyum.

"Terima kasih sbb tolong saya." Jiae memegang tangan Jungkook dihadapanku.

Aku menghentak meja lalu meninggalkan mereka berdua.





My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now