❤ Part 24 ❤

3K 223 29
                                    

Author pov

Hana duduk sambil memeluk kedua kakinya. Terasa kosong bila suami sendiri lebih percayakan perempuan lain.

"Apa perlu aku buat?" Air mata Hana mula menitis di pipinya.

Telefon bimbit Hana berdering, tapi Hana langsung tidak memandang telefon bimbitnya hinggalah deringan itu berhenti.

Tapi sekali lagi telefon bimbitnya berdering.

Pantas Hana mencapai telefon bimbitnya lalu mnjawab panggilan.

"Apa yang awak nak?!" marah Hana.

"Hana? Saya ni Jimin. Kenapa ni? Awak okey tak?" soal Jimin berkali-kali kerana merisaukan Hana.

Air mata Hana mula mengalir deras. Dia tiada sesiapa lagi untuk mengadu. Mama dan papa? Hana tidak mahu ibu dan bapa mertuanya memarahi Jungkook.

"Hana, kalau ada apa-apa yang tak kena. Bagitau saya, saya sudi dengar." pujuk Jimin.

Hana mula menceritakan tentang Jungkook dan Jiae dari mula sampai akhir.

Jimin menggengam penumbuk. Jika ada Jungkook di hadapannya, pasti sudah lama dia berikan penumbuk pada Jungkook.

Apa motif Jiae sebenarnya? Kenapa dia buat macam tu dengan Hana?

Hati Jimin mula bertanya. Hatinya gusar bercampur marah bila Hana diperlakukan seperti itu.

"Hana, keluar dari rumah tu? Awak tinggal kat rumah makcik saya? Makcik saya tu baik tau. Dia ibarat ibu kedua saya." cadang Jimin.

Hana terdiam sejenak.

Perlu ke aku pindah? Aku akan rindukan Jungkook.

Tatkala terpandangkan bingkai gambar besar yang tergantung di dinding, gambar Hana dan Jungkook berpelukkan, Hana teru menolak pelawaan Jimin.

Aku terlalu sayangkan Jungkook, sampaikan aku langsung tak perasan aku terluka.

"Okey, tapi kalau ada apa-apa yang tak okey. Bagitau saya cepat-cepat. Sekarang ni, saya kat Amerika. Saya terpaksa duduk kat sini seminggu sebab saya perlu uruskan syarikat ayah saya kat Amerika ni." jelas Jimin.

Jika diikutkan hatinya, pasti sekarang juga dia sudah berangkat untuk berjumpa Hana.

"Tak apa, Jimin. Saya nak buat sesuatu dulu. Annyeong." balas Hana lalu mematikan panggilan.

Jimin meletakkan telefon bimbitnya di atas dadanya.

"Hana, saya sangat-sangat cintakan awak. Maafkan saya, semua ni sebab saya." Terlalu berat bibir Jimin untuk mengatakan kepada Hana tentang perkara sebenar antara dia dan Jiae. Kerana dia, Hana yang menjadi mangsa.

***

"Jungkook, Betul ke saya mengandung?" soal Jiae gembira sambil memegang perutnya yang sudah sedikit membesar.

Jungkook mengangguk, dia turut tumpang gembira. Tiba-tiba doa teringatkan Hana.

Kan bagus kalau Hana yang mengandung.

Dia buntu. Tidak tahu mana yang perlu dia percayakan.

Dia masih sayangkan Hana. Tak pernah sedikit pun hilang perasaan cintanya pada Hana.

"Jiae, saya ke luar kejap." ujar Jungkook.

Jiae mengangguk perlahan.

Jungkook mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghantar mesej kepada Hana.

[Jangan keluar rumah, masak terus]

Kalau diikutkan kata hatinya, mahu saja dia menelefon Hana.

Aku rindukan, Hana.

Hanya timbul di hati tapi tidak di bibir.

***

Jungkook mencempung Jiae masuk ke dalam rumah lalu meletakkan Jiae ke atas katilnya. Lalu Jungkook keluar dari bilik Jiae untuk mencari kelibat isterinya.

Jungkook ternampak telefon bimbit Hana di atas sofa ruang tamu. Mesej yang dihantarnya tadi langsung tidak dibaca.

Kemanakah Hana?

Jungkook memeriksa 'call logs' Hana.

Hatinya mula panas apabila melihat nama 'Jimin' tertera di skrin telefon Hana.

maksudnya, tadi Jimin menelefon Hana.

Jungkook menggigit bibirnya geram.

"Abang dah balik?" soal Hana sambil tersenyum dengan mata yang sembab.

"Kau dari mana hah?!!" tengking Jungkook.

Nyaris buatkan plastik yang berisi jjamyeong di tangan Hana terjatuh.

"Tadi Hana beli jjamyeong. Hana teringin nak makan. Hana ada belikan untuk abang dengan kak Jiae sekali. Abang nak makan? Hana letakkan dalam pinggan?" Hana masih mengukirkan senyuman di bibirnya walaupun hatinya terluka dengan sikap Jungkook.

"Beli jjamyeong atau jumpa boyfriend kau tu?" sindir Jungkook sambil melemparkan wajah bengis kepada Hana.

Hana pantas menggelengkan kepalanya.

"Abang, apa yang abang cakap ni? Yang ada pun ex boyfriend Hana la kat depan Hana kan?" gurau Hana sambil ketawa perlahan.

Jungkook geram.

Ex boyfriend? Maksudnya dia dah tak cintakan aku!

Duga Jungkook.

Sebenarnya Hana bermaksud yang dulu Jungkook teman lelakinya kini menjadi suaminya bukan lagi teman lelaki.

Jungkook melanggar bahu Hana kuat hingga menyebabkan Hana terjatuh.

"Sakit." adu Hana sambil memegang perutnya.

Hana menguatkan dirinya untuk berdiri lalu mengusap perutnya perlahan.

"Maafkan, mama sayang." ujar Hana perlahan sambil air matanya berjatuhan ke pipi mulusnya.

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now