❤ Part 29 ❤

3.5K 251 63
                                    

Hana segera keluar daripada pejabat wanita itu.

Mungkin ada masalah peribadi.

Duga Hana.

***

Selepas saja pulang kerja, Hana terus ke klinik untuk medical check up.

"Puan, saya minta maaf sangat -sangat." Ujar doktor wanita yang bernama Han Mina.

Hana risau

"Kenapa??" Soal Hana perlahan.

"Sebenarnya kandungan puan ni kembar. Maaf sebab kami tak bagitahu awal-awal. Ada kesalahan sikit dekat maklumat kandungan, puan ni." Jawab doktor itu.

Hana tersenyum gembira.

"Tak apalah, doktor. Saya faham." Balas Hana.

- skip -

Jungkook memandang Hana yang sedang sibuk melihat laporan kandungannya di ruang tamu. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir Hana.

Aku rindu. Hmm, aku masih cintakan dia?

Monolog hati Jungkook.

"Kau buat apa?" Soal Jungkook sambil memerhatikan kertas-kertas yang dipegang Hana.

"Abang, Hana ada surprise untuk abang." Ujar Hana sambil tersenyum dia mengambil gambar usg lalu diletakkan di atas tapak tangan Jungkook.

"Apa ni?" Soal Jungkook datar.

"Tengoklah dulu." Hana memegang tangan Jungkook lembut

"Kembar. Anak kau kembar ke?" Soal Jungkook masih dengan muka yang datar.

Hana angguk.

"Ha'ah, Hana tak sangka. Nanti abang akan ada empat anak tau. Anak kak Jiae, dan anak Hana." Hana tersenyum kelat. Dia kena kongsikan kebahagiaannya dengan Jiae.

Jungkook jadi geram bila mengingatkan Hana dan Jimin yang tidur atas satu katil.

Jungkook mengoyakkan gambar usg itu.

"Abang! Apa abang buat ni?!" Marah Hana.

"Dah pandai tinggikan suara kat aku? Well done!" Jungkook masuk ke dalam biliknya  meninggalkan Hana sendirian di ruang tamu.

Mata Hana mula berkaca-kaca. Dia mengutip satu gambar usg yang telah terkoyak dua akibat Jungkook.

Kenapa Jungkook tak pernah percaya yang itu anaknya?  Dia rindukan Jungkook yang dulu.

Jungkook menumbuk cermin yang berada di dalam biliknya. Geram, benci, sedih dan sayang?

Aku masih cintakan dia tapi aku benci dengan apa yang dia dah buat. Aku nak dia rasa kesedihan aku.

Jungkook mengesat air matanya yang jatuh di pipi.

Pintu bilik dibuka, Jungkook memalingkan wajahnya.

"Abang, kenapa menangis ni?" Hana memeluk tubuh sasa suaminya.

Hatinya ikut sedih bila melihat suaminya menangis.

"Lepaskan aku!" Jungkook menolak Hana kasar.

"Bagitahu Hana dulu, kenapa abang menangis?" Soal Hana lembut sambil cuba mendekati Jungkook.

"Sebab kau la, bodoh!" Jungkook menarik kedua bahu Hana menghadapnya.

"Aku benci kau! Dengan anak haram kau ni! Aku tak bahagia sebab kau! Aku rasa nak mati sebab kau! Kau perempuan murahan! " Jungkook memegang dagu isterinya kasar hingga menyebabkan Hana mengadu  kesakitan.

Hati Hana benar - benar terluka. Air matanya mengalir deras mengalir ke pipi mulusnya.

"Menangis air mata darah sekalipun aku takkan pernah cintakan kau balik! Kau ni memang sesuai jadi pel***r!" Jungkook menolak Hana hingga Hana jatuh ke lantai.

Hana cepat-cepat keluar dari bilik ke dapur.

"Sebab aku, dia tak bahagia. ." Hana merenung gambar mereka berdua yang digantung di ruang dapur.

Hana mengesat air matanya perlahan. Dia mengerling sekilas jam dinding. Dah jam lapan malam.

Aku perlu siapkan makan malam.

Hana mengeluarkan semua bahan-bahan untuk memasak makan malam.

Jiae dan Jaemin yang baru balik terus meluru ke dapur.

"Kau masak apa?" Soal Jiae kasar.

"Entahlah, mungkin saya masak nasi goreng kimchi saja." Jawab Hana malas.

"Jungkook kat mana?" Soal lagi Jiae.

"Dalam bilik." Balas Hana ringkas.

Jiae meninggalkan Hana dan Jaemin  bersendirian di dapur.

"Jaemin dah makan tak?" Soal Hana lembut.

Dia benci kepada Jiae tapi dia tidak benci kepada Jaemin kerana Jaemin hanyalah seorang budak yang tidak bersalah. Semenjak berpindah masuk ke sini, budak itu lebih banyak mendiamkan diri.

Jaemin geleng.

Hana tersenyum.

"Makcik ada beli burger tadi masa makcik balik dari kerja. Jaemin nak?" Hana mengeluarkan burger telur dari peti sejuk lalu diserahkan kepada Jaemin.

Jaemin tersenyum.

"Terima kasih, makcik." Ujar Jaemin lalu menjamah burger telur itu dengan selera.

Jungkook yang baru keluar bersama Jiae duduk bertentangan Jaemin.

Hana menghidangkan nasi goreng kimchi yang masih panas dimasaknya tadi di atas meja.

Dia melihat Jungkook sekilas. Hatinya masih risau dengan keadaan Jungkook.

Jungkook hanya menjelingnya lalu memandang Jiae.

Hana duduk di sebelah Jaemin. Baru saja dia hendak meletakkan nasi goreng kimchi ke atas pinggan Jungkook. Jiae menepis tangannya.

"Biar saya saja yang buat. Nanti Jungkook tak ada selera pula nak makan." Sindir Jiae.

Hana mengalah. Sepanjang makan bersama, bila Hana bawa berbual saja pasti tidak ada seorang pun yang menganggapnya ada kecuali Jaemin. Dia rasa seperti terpinggir.

"Hana, dah kenyang. " hilang terus selera Hana bila melihat Jiae menyuap nasi ke dalam mulut Jungkook.

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now