❤ Part 6 ❤

4.7K 419 4
                                    

Jungkook pov

Aku hanya memerhatikan tingkah Hana yang dari tadi nampak tidak senang duduk.

"Kau dah kenapa?" Soalku dingin sambil memandang tepat ke anak mata Hana.

Hana pantas mengalihkan pandangannya, malu la tu.

"Tak ada apa-apa." Jawabnya perlahan lalu meneguk secawan air susu.

"Baik kau bagitau aku sekarang, kalau tak.." Ugutku sambil tersenyum nakal.

Hana membesarkan matanya

"Kalau tak apa?" Soal Hana, hairan. Dia memang lembab betul la.

"Do you want to be my wife?" Sengaja aku usik Hana, yalah dia dah lah tak suka jadi isteri aku. Bila mama dan papa dah rancang kalau nampak kami bergaduh lagi, memang kami berdua akan berkahwin, dia terus takut mengelak daripada bergaduh dengan aku lagi.

"Of course no! Kita kan adik beradik, mana boleh.." Jawab Hana pucat.

"Why not? Kau boleh jadi mama kepada anak-anak aku nanti. Lepastu aku nak ada anak 10. Mampu ke kau nak 'layan' aku?" Kali ni aku usik Hana lebih-lebih sikit.

Pipi Hana mula merona merah.

"Ehh! Tak nak! Oppa cari laa perempuan lain!!" Jawab Hana lalu cepat-cepat meninggalkan aku.

Tapi aku halang dengan memegang lengan Hana.

"Sebelum kau pergi, kau mesti bayar dulu! Kau fikir aku nak belanja kau ke?! Aku tunggu kat luar!" Jerkah ku membuatkan Hana hampir menangis.

Bila aku sedar dengan perbuatan aku, cepat-cepat aku lepaskan pegangan tangan aku pada lengan Hana. Aku tahu,yang aku dah lukakan hati dia.

"Okay." Jawab Hana perlahan dengan wajah yang tertunduk. Aku tahu mata dia sekarang ni tengah berkaca-kaca menahan air mata dari jatuh ke pipi.

Hana segera meninggalkan ku lalu pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar.

Lepas 5 minit aku tunggu, Hana muncul.

"Dah ke?" Soal ku cuba bermesra untuk memujuk Hana.

"Dah." Jawabnya ringkas tanpa memandangku.

"Biar aku pegang barang-barang ni." Ujar ku sambil mengambil semua barang-barang yang aku suruh Hana pegang.

Hana tersenyum manis.

"Terima kasih oppa." Jawab Hana dengan senyuman yang manis masih terukir di bibir.

"Aku buat nii bukan sebab aku kesiankan kat kau, aku cuma mungkin hari ni mood aku baik kot sampai nak tolong kau." Ujarku lalu melajukan langkah meninggalkan Hana di belakang.

Hana terkoncoh-koncoh mengejar aku dari belakang.

***

"Hah, dah balik pun bakal pengantin baru nii. Macam mana tadi?" Soal papa sambil duduk membaca surat khabar.

"Bakal pengantin baru? Papa cakap kalau kami gaduh je papa nak kahwinkan kami. Apa kes pula Hana tiba-tiba bakal jadi calon isteri Jungkook oppa??" Soal Hana bertubi-tubi tak puas hati.

Heh. Kenapa aku rasa macam tak nak memberontak ni? Aku setuju ke untuk berkahwin dengan Hana si budak nerd?

"Papa dengan mama dah bercadang nak kahwinkan kamu berdua selepas exam akhir kamu. So get ready. " Ujar mama pula.

"Mama, papa! Hana tak setuju! Kenapa mesti Hana? Selama nii papa tak tukarkan nama keluarga Hana sebab nak kahwinkan Hana dengan Jungkook oppa ke??!" Marah Hana dengan mata yang berkaca-kaca.

Simpati pula aku dengan Hana. Mesti dia benci sangat dengan aku sampai tak nak kahwin dengan aku.

"Hana! Jangan cabar papa!" Bentak papa.

Hana menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berlari masuk ke dalam biliknya.

"Hana." Aku baru saja nak mengejar Hana tapi mama menghalang.

"Biarkan dia, Jungkook. Ada baiknya dia tenangkan diri dia." Ujar mama.

"Tapi betul ke apa yang Hana cakap mama? Memang dari kecil lagi niat papa dengan mama nak kahwinkan Hana dengan Jungkook? " Soalku pula, aku tertanya-tanya nak tahu kebenarannya.

"Yaa, sebenarnya papa dulu ada janji dengan papa kandung Hana yang nak kahwinkan kamu berdua kalau papa ada anak lelaki, dan tu kamu." Terang papa tegas lalu meninggalkan aku dan mama di ruang tamu.

Aku kaku. Tak percaya dengan apa yang dikatakan papa. Hana, dia bakal menjadi isteri aku? The nerd girl?!!

"Jungkook nak masuk bilik dulu." Pintaku. Mama mengangguk perlahan memberi izin.

***

Kalau nak ada sambungan, do vote oky, baru saya sambung 😄💕


My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now