❤ Part 20 ❤

3.3K 288 23
                                    

Hana pov

Aku terbangun dari tidur aku lalu memandang di sisi aku.

Tak ada Jungkook.

Aku melangkah keluar dari bilik tidur untuk mencari kelibat Jungkook.

Aku tersenyum apabila melihat Jungkook tengah tidur lena atas sofa, aku melutut depan dia lalu mengusap rambutnya yang halus.

Aku mengerling jam dinding menunjukkan jam 5 pagi.

Mungkin aku tak patut kejutkan dia. Pasal semalam, semalaman aku fikirkan apa kesalaham aku, tapi sampai sekarang aku masih tak ada jawapan. Aku rasa mungkin Jungkook bad mood je kot, nanti pagi dia akan ok la tu.

Aku menarik selimut Jungkook hingga ke paras dada lalu mengucup dahi Jungkook.

Aku masuk mencapai tuala mandi yang tersidai lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selesai saja mandi, aku bersiap, lalu aku segera ke dapur untuk menyediakan sarapan seperti biasa.

Setelah 20 minit lebih berada di dapur memasak, akhirnya siap juga makanan aku. Aku menghidang Samgyetang di atas meja dengan dua pinggan dan dua gelas untuk aku dan Jungkook. Kemudian, aku membuka peti sejuk lalu mengambis jus apel yang berada di dalam peti sejuk lalu menuang ke dalam gelas yang aku keluarkan tadi.

Aku menuju ke arah Jungkook lalu duduk di sampingnya.

"Abang, jom makan. Hana masakkan Samgyetang untuk abang ni. Jom la makan." Ujarku lembut sambil memegang tangannya.

Jungkook masih belum bangun juga. Kali ini, aku menggoncang badannya secara perlahan.

"Sayang, wake up. Dah jam 6 pagi ni." Ujarku sekali lagi dengan nada yang lembut.

Jungkook terbangun dari tidurnya.

"Good morning, my husband." ucapku dengan senyuman.

Jungkook memandangku datar tanpa senyuman yang selalu dilemparkan pada aku apabila dia bangun tidur.Jungkook lalu menurunkan pandangannya pada tangan aku yang memegang tangannya.

"Jangan sentuh aku." Jawabnya dingin sambil menarik tangannya kasar dari pegangan tangan aku.

Aku terkesima, tapi aku cuba untuk endahkan semua tu.

"Abang pergi mandi dulu ye. Lepastu kita makan." Cepat-cepat aku pergi ke dapur semula.

Aku duduk di kerusi ruang makan sementara menunggu Jungkook bersiap. Aku harap dia dah tak marahkan aku lagi. Aku rindu Jungkook yang dulu.

Lepas 15 minit, Jungkook keluar dari bilik lalu duduk di hadapanku.

Aku mengambil sudu lauk (?) lalu mengambil Samgyetang kemudian diletakkan atas pinggam Jungkook. Baru saja aku nak letakkan Samgyetang atas pinggan aku tapi..

"Aku tak makan sama-sama dengan kau, and aku tak nak kau makan semua lauk yang aku beli untuk kau masak dulu. It's means Samgyetang ni kau tak boleh makan, sebab lauk untuk masak Samgyetang ni aku yang beli." Ujarnya dingin.

Aku berdiri dari tempat dudukku.

"Okey." Balasku lembut sambil tersenyum walaupun dalam hati, aku rasa sedh sangat Jungkook layan aku macam ni.

"Pergi iron baju kerja aku sekarang, lepastu siram pokok bunga kat luar, bersihkan rumah ni. Selagi aku tak puas tengok kerja kau. Selagi tu kau tak boleh makan. Faham tak?!" Bentaknya kuat.

Aku angguk sambil menahan air mata dari jatuh ke pipi.

"Yang kau tercegat kat sana buat apa? Pergi la buat kerja kau!" Jerit Jungkook. Aku segera meninggalkan ruang makan.

***

Jimin pov

"Saya nak keluar dulu, bawa Jaemin jalan-jalan. Jomlah ikut sempena hari jadi Jaemin." ujar Jiae.

Aku geleng.

"Aku penat, kau bawa je la Jaemin tu." Balasku acuh tak acuh.

"Umur Jaemin dah 1 tahun 11 bulan dah, masa ni la Jaemin perlukan kasih sayang dari seorang ayah. Tak boleh ke cuma untuk sekali je, abg jadi ayah yang berguna?" Soal Jiae.

"Kau ni dah kenapa? Kau bawa je la anak kau tu!" marahku.

"Anak saya seorang ke? Anak abg juga kan." Balasnya.

"Eh, kalau bukan sebab kau yg goda aku dulu, Jaemin tu takkan wujud la!" Jeritku sekuat hati, geram dengan Jiae.

Jiae terpaku.

"Saya goda abang? 'Saya akan jaga awak selamanya, saya janji akan bertanggungjawab dan kahwini awak lepas saya habis sekolah' kononlah kan. Rupa-rupanya terjumpa Hana, perampas tak guna tu then abg trus la lupa kan?!" Bentaknya.

Aku terkejut, pertama kli Jiae berani lawan aku.

Jiae segera mendukung Jaemin lalu keluar dari rumah.

Aku meraup wajah ku berulangkali. Serabut!!

***

Hana pov

Aku mengesat peluhku selepas selesai membuay semua kerja yang diarah oleh Jungkook.

Perutku mula berbunyi, tanda lapar.

Aku memegang perutku yang sedikit berisi.

"Aku makin gemuk ke?" soalku.

"Dah siap semua kerja kau?" Soal Jungkook yang baru datang.

Aku angguk tanpa menjawab.

"Pergilah makan." Ujarnya dengan nada yang lembut.

Aku tersenyum. Sayang juga dia kat aku.

Aku jalan menuju ke ruang meja makan untuk menjamu Samgyetang.

"Apa?!!" Aku segera mengambil Samgyetang yang dibuang ke sinki (?).

"Kenapa abang buang??" Soalku.

Dahlah aku lapar T.T

"Like I said before, makanan yang terhasil dari lauk yang aku beli. Kau tak boleh makan. From now, kita bukan suami isteri lagi. Kau cuma pembantu rumah aku. Kalau kau nak makan ke or anything use your own money. Aku nak kerja dulu. Muak aku tengok muka kau." Jungkook tersenyum lalu meninggalkan aku.

Aku duduk di kerusi lalu menangis sepuas-puasnya.

××××

Do vote and comments for new chapter guys! 😘

My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now