❤ Part 30 ❤

2.9K 211 32
                                    

Hana tergesa-gesa membuka pintu butik tempat kerjanya lalu masuk ke dalam pejabat majikannya.

"Puan, maaf saya lambat. Saya betul-betul minta maaf tadi saya ada masalah sikit." Ujar Hana dengan muka bersalah.

"Hmm, baiklah." Balas majikannya singkat.

"Boleh saya tahu? Apa nama puan??" Soal Hana lembut. Dari semalam dia masih belum tahu nama majikannya.

"Nama saya, Joon Somi." Jawab Somi dingin.

"Nampaknya kita dua ada nama keluarga yang sama." Balas Hana sambil tersenyum.

Tapi Somi hanya mendiamkan diri. Hana yang menyedari kedinginan Somi pantas meminta diri untuk bekerja.

Hana mengambil satu-persatu pakaian lalu digantungkan di tempat gantung. Hana mengeluh lalu mengelus perutnya yang mula membesar itu.

"Anak-anak mama, nnti bila masa lunch kita makan eh." Dari tadi pagi dia tidak sempat sarapan kerana Jiae yang banyak kerenah.

Flashback

"Saya tak nak ni! Saya nak makanan yang bergoreng. Saya ni mengandung, awak kena laa faham selera saya!" Jerit Jiae.

Hana hanya mengangguk lalu memasak makanan lain, sudah kali ketiga dia memasak untuk Jiae. Tpi ada saja yang tidak kena di mata Jiae. Bila Hana ingin sarapan, sudah terlmbt kerana sudah masuk waktu kerjanya.

End flashback.

"Pergi la makan dulu, saya tak suka pekerja saya tak bersarapan sebab tak ada tenaga." Hana tersentak. Sejak bila Puan Somi ada di belakangnya?

"Puan, saya..." Puan Somi memegang kedua-dua tangan Hana.

"Saya minta maaf kalau saya dingin dengan kamu selama ni. Saya harap kamu boleh anggap saya sebagai mak kamu." Puan Somi melemparkan senyuman manis kepada Hana.

Hana membalas senyuman Puan Somi.

Pandangan Puan Somi jatuh ke perut Hana yang semakin membesar kerana kandungannya.

"Berapa bulan? Dah besar dah perutku muka ni?" Soal Puan Somi sambal mengusap lembut perut Hana.

"Baru 2 bulan, tpi dah besar kan, Puan? Sebab anak saya kembar." Jelas Hana sambil tersenyum.

"Ohh, Hana panggil saya mama, tak perlu panggil saya puan lagi." Ujar Puan Somi.

Hana angguk perlahan.

×××

Hana membawa plastik berisi makanan yg dibeli tadi untuk dimakan bersama-sama.

Ting tong!

Dia menekan bell.

Sebaik sahaja pintu dibuka Hana terkejut.

"Mama? Papa?" Soal Hana risau.

Tahukan mama dan papa tentang kak Jiae?

Mama menarik tangan Hana lalu membawa Hana duduk di atas sofa menghadap Jungkook dan Jiae.

"Kamu tahu tak apa yang kamu buat ni, Jungkook? Kamu tahu tak?!" Marah Puan Jeon kepada Jungkook.

Jungkook hanya menundukkan pandangannya.

"Aku nak kau keluar dari rumah anak aku ni! Kau perempuan murahan! " Puan Jeon cuba untuk memukul Jiae. Geram hatinya bila dia dan suaminya mahu melawat keadaan Jungkook dan Hana tetapi lain pula yang terjadi bila dia melihat ada perempuan lain di rumah Jungkook dan Hana.

"Jadi macam ni ke selama ni kamu layan, Hana? Macam orang bodoh?!" Kali ini Encik Jeon pula menengking Jungkook.

"Biarla saya keluar daripada rumah ni." Jiae berpura-pura menangis lalu masuk ke dalam bilik dan membawa semua barang-barangnya keluar dan menarik tangan Jaemin.

"Mama, papa, Hana okay jee. Abang Jungkook layan Hana baik-baik je, mama, papa." Bohong Hana. Dia simpati melihat Jungkook ditengking beberapa kali oleh orang tuanya.

"Kau diam, pela*ur!" Jungkook membentak Hana. Sakit hatinya, 

Ini mesti kerja kau kan Hana?! Siaplah kau, nanti!

Buk!!

Satu tumbukan dilayangkan ke wajah Jungkook oleh Encik Jeon.

Jungkook jatuh tersungkur.

"Hana, mari balik kat rumah mama." Puan Jeon memimpin tangan Hana masuk ke dalam kereta.

"Tak ape, mama. Biarla Hana tinggal dengan abang Jungkook. Abang sakit tuu." Risau Hana bila melihat bibir suaminya itu berdarah akibat tumbukkan ayahnya merangkap bapa mertuanya.

Jungkook mendengus geram.

Pura-pura buat baik pula perempuan murah ni!

"Takpayah, tinggal dengan papa dan mama je dulu!" Tegas Encik Jeon. Hana akur lal masuk ke dalam kereta dengan hati yang berat.

×××

Jungkook meletakkan ais di bibirnya. Masih terasa sakit bibirnya.

Dia mengambil gambarnya dan Hana di atas meja di sebelah katilnya lalu mencampak gmbr itu hingga pecah.

Perempuan itu yang patut dipersalahkan kerana curang malah mengandungkan anak orang lain!


My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now