❤ Part 23 ❤

2.9K 205 25
                                    

Author pov

Sejurus sahaja Hana pergi meninggalkan Jungkook dan Jiae. Jungkook pantas menarik tangannya dari genggaman Jiae.

Jiae terpana.

"Ada apa-apa yg salah ke?" soal Jiae hairan.

"Jiae, saya harap awak tak akan terfikir untuk cuba dapatkan hati saya." jelas Jungkook sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya.

Jungkook melihat Hana sedang berada di balkoni bilik tidur.

"Apa yang kau buat malam-malam ni? Cari hantu ke?" soal Jungkook dingin lalu membaringkan diri di atas katil.

"Saya jealous dengan bulan dan bintang tu. Setiap malam, mesti mereka ada je. Tapi sygnya, waktu pagi, tengah hari, petang. Menghilang pula." balas Hana memandang Jungkook sekilas lalu kembali memandang bulan dan bintang.

Jungkook menggigit bibirnya geram. Terasa dengan kata-kata Hana.

"Maksud kau?" soal Jungkook lagi lalu berdiri dan berjalan ke arah balkoni dan berdiri di samping Hana.

"Macam kita. Tak tahulah bila kita nak bahagia sampai ke tua. Mungkin ni la takdir saya, menyedihkan." jawab Hana dengan mata yang berkaca-kaca.

"Kalau kau tak curang, aku takkan layan kau macam ni. Of course, kita dah boleh bahagia sampai ke tua bila kau tak curang.. But you pick the wrong choice then you got this cruel fate. Say goodbye to old Jungkook." Ujar Jungkook lalu kembali baring di atas katil.

"Hana tak curang pun dgn abg! Who told you that?" marah Hana.

Dia sudah berkali-kali menjelaskan pada Jungkook. Tetapi Jungkook langsung tidak mempedulikannya.

"Stop lying." Balas Jungkook lalu melelapkan kedua matanya.

Hana mengambil bantal dan selimutnya lalu baring di atas sofa.

***
Hana melihat Jiae dan Jaemin duduk di tepi kolam mandi lalu duduk bersebelahan dengan Jiae.

"Kak Jiae, saya nak cakap sesuatu yang penting dengan akak." ujar Hana.

"Jaemin, masuk ke dalam rumah jap. Mama nak cakap dengan makcik Hana." Arah Jiae pada anaknya.

"Apa yang awak nak cakap?" soal Jiae tanpa riak wajah yang ceria.

"Kak, saya tak tahulah sama ada benda ni orang lain yang buat atau akak. Tolong jujur dengan saya, bolehkan?" pinta Hana lembut sambil memegang tangan Jiae.

"Apa dia?! Jangan ganggu saya boleh tak?" tengking Jiae membuatkan Hana terkejut.

"Kenapa saya rasa akak yang hasut Jungkook tentang yang kononnya saya curang dengan Jimin?" soal Hana serius.

"Suka hati akulah, aku nak rampas apa yang kau pernah rampas daripada aku dulu!" jawab Jiae lalu pantas berdiri tetapi Hana memegang lengannya.

"Akak! Apa yang saya rampas daripada akak? Saya dah anggap akak macam kakak kandung saya sendiri. Tapi ni yang akak balas?" marah Hana.

"Diam la kau perempuan murah!" jerit Jiae.

"Apa yang bising-bising ni?!" soal Jungkook.

Muncul sahaja Jungkook, Jiae berpura-pura terjatuh dari kolam untuk membuatkan Jungkook menyangka Hana yang menolaknya.

Jiae berpura-pura terkapai-kapai walaupun sebenarnya dia tahu cara untuk berenang.

Jungkook segera terjun ke dalam kolam lalu membawa Jiae naik ke atas.

Jiae berpura-pura batuk.

"Saya tahu yang awak benci saya sbb saya tinggal kat rumah awak, tapi tlglah jgn smpai buat saya mcm ni!" ujar Jiae sambil berpura-pura menangis.

"Kau memang perempuan tak guna! Perempuan yang pndai berlakon macam kau tak bersalah!" Apabila Jiae sudah menuduh Hana bermacam-macam, emosi Hana meledak.

Hana menampar pipi Jiae dengan kuat.

Jiae tiba-tiba rasa pening dan penglihatannya kabur, lalu Jiae tidak sedarkan diri.

Jungkook memandang Hana dengan riak wajah yang kecewa lalu mencempung Jiae ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

Hana melihat tangannya yang baru sahaja menampar pipi Jiae. Tidak percaya dengan apa yang baru saja dia buat.

***

Jungkook memandang Jiae dengan pandangan sayu.

"Maafkan aku, maafkan isteri aku." ujar Jungkook pada Jiae yang masih tidak sedarkan diri terbaring di atas katil wad.

"Encik Jeon, boleh saya bercakap dengan awak?" soal doktor lelaki kepada Jungkook.

Jungkook mengangguk lemah lalu mengikuti doktor itu ke dalam pejabat doktor itu.

"Isteri encik, dia ada emosi yang tidak stabil dan mengalami stress tahap tinggi. Saya nak encik jaga kesihatan isteri encik untuk keselamatan bayi yang dikandung isteri encik." jelas doktor lelaki itu.

Jungkook terkedu apabila doktor itu menggelarkan Jiae sebagai isterinya dan yang lagi mengejutkan Jiae mengandung?

"Doktor, saya tak tahu pun yang dia mengandung. Berapa usia kandungan dia?" soal Jungkook.

"Kandungan tu dalam 12 minggu." jawab doktor itu dengan senyuman.

Jungkook angguk.

Tiba-tiba jururawat perempuan masuk ke dalam pejabat doktor itu.

"Doktor, pesakit dah sedar." ujar jururawat itu.




My Husband Is A Bully ♡ JJK ♡Where stories live. Discover now