1

2.5K 133 8
                                    

"Argh, mimpi bende tu lagi" kataku perlahan sambil bangun dari tidur.

"Kenapa semua nak kacau aku? Aku tak tenang kau tahu?" Aku berbicara perlahan , namun aku pasti 'dia' juga sedang mendengar. Baik aku siap cepat-cepat. Hurm.

Aku pegi dapur ingat nak masak tetiba malas pulak. Urm, makan luar jela.

Aku amik kunci kereta, turun lift, pergi tempat parkir, start kereta. Entah kenapa , rasa berat hati nak pergi makan luar. Tapi aku kuatkan jugak. Demi makanan. Sebab lapar and belum sarapan.

-skip-

Di foodcourt

9:00 a.m

"Hai"

Wait.. dia?.. cukup cukup lah aku sengsara selama ni. Kau nak apa lagi. Huh.

"Erm hai" Senyum lah wahai Emilya. Dan keadaan yang awkward.

"Kau camne dah sekarang?" Dia tanya aku?..

"Camni la, hidup lagi" Dah sah sah lah aku hidup lagi. Apa kau ingat apa kau buat kat aku tu aku lupa ke.

Flashback setahun sebelum,

"Eh , guys HAHAHAHA we have a clown standing right here. Wearing um? What is that? OMG" lalu disimbahnya sejenis cecair pekat berwarna kuning iaitu telur.

"Guys, see that? A yellow thing, on her face. Now, birthday party will be the best on this year, or next year maybe? HAHAHA come on guys, clown ni dah tak memghiburkan" selesai dia ber'ucap', dia terus meninggalkan Emilya yang ketika itu dijemput menghadiri sebuah parti harijadi namun yang lain pulak jadi.

"Kenapa semua ni jadi pada aku? Arghh aku benci hidup macam ni. Disimbah telur busuk. Dihina. Dicaci. Dimaki sebab apa? Sebab hodoh" aku mendengus sambil meluahkan apa yang terpendam ,namun tidak terluah kuat. Cukup hanya aku seorang yang mendengarnya.

Amylia Natasha. Huh nama je cantik,perangai hampeh. Amy ni merupakan gadis diva yang terdiva sekali kat sekolah tu. Semua dia ada , duit, wajah, boyfriend, cukup kasih sayang. Nak dibandingkan dengan aku ni. Banyak bezanya. Huh.
Aku nak balik nak bersihkan baju ni. Tunggu kau Amy.

End of Flashback

"Err aku datang ni nak minta maaf, sebab.. err sebab..pasal bende haritu" ..wait , aku salah dengar? Ke..ke memang betul?.. huh papejelah.

"Um?.. aku maafkan" Aku maafkan. Tapi aku tak lupakan benda tu kawan. Tidak sama sekali.

"Betulke? .. wah baiknya kau. Erm kau tinggal ngan sape sekarang? Erm kau kerja apa?" Dia tanya Emilya bertalu talu. And Emilya perasan, selalunya Amy takkan tanya dia sampai camtu sekali. Lagipun, selama ni diorang terserempak je. Takde pulak Amy nak minta maaf.

"Urm?Tinggal sorang je. Kerja? Aku kerja sebagai doktor je. Kebetulan harini takde apa apa emergency kan? So saja makan luar" Amboih Emilya bukan main tadi cakap taknak berborak panjang. Iphone 6 didalam poket aku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Aku mintak izin Amy untuk bercakap sekejap.

"Hah? Urgent? Ya saya datang sekarang" Selesai bercakap. Aku tutup fon. Pandang depan. Amy dah takde. Urm adalah tu kot. Aku tak fikir apa dah. Bangun, pergi tempat parkir,start kereta, aku terus pecut ke hospital di bandar.

Di hospital

"Dr. Emilya"

"Yes?"

"Ni fail mangsa yang diuruskan tadi" sambil memberikan fail tersebut.

"Letak je atas meja. Nanti saya tengok. Terima kasih Nisa" sambil terima kasih kat nurse tu.

Aku rasa macam berat je nak tengok fail tu. Tapi ku gagahkan jua.

Gedebuk! Fail tu jatuh.

Oh tidak.

Flashback

"Ini ke mangsa kemalangan kat simpang tu?" Aku tanya la kat nurse tu. Nurse tu cakap ya. Aku rasa dah tak boleh nak rawat. Muka mangsa tersebut hancur. Masa sampai pun tadi aku tengok , dah siap tutup ngan kain je. Tunggu waris katanya.

Um, takpelah. Allah lebih sayangkan dia. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.

End of flashback

Oh, tidak. Aku cuba untuk bertenang tapi arghh susah. Emilya, cool please, stay cool. Okay, aku ambik balik ,baca balik report tadi yang terjatuh akibat aku ni terkejut sangat. Aku memang tak salah baca. "Nur Amylia Natasya Binti Arsyad, 23 tahun , ditemui mati pada pukul 8:30 pagi tadi. Beliau ditemui mati oleh kanak kanak sekolah yang ternampak sebuah kereta tersadai di tepi jalan. Beliau berkemungkinan terlanggar objek lalu terbabas ke tepi jalan. Dikatakan baru pulang dari Johor kerana menjenguk ayahnya. Beliau tidak mempunyai ibu sejak 2 tahun lepas. Kini menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat.
Khamis, 23 Julai 201X"

Gulp. Aku rasa cuak. Kalau dia ditemui mati pada pukul 8:30 pagi tadi, habis aku berbual ngan sape pukul 9 pagi tadi?.. arghh .. mungkin arwah tak tenang sebab belum mintak maaf kat aku pasal kesalahan dia. Maafkan aku,Amy. Dan aku dah maafkan kau. Setitis airmata jatuh,habis basah pipi aku. Haih. Takpelah ,dia dah pergi. Urm. Baik aku kemas barang barang aku. Eerm dah pukul 1. Aku kena lunch awal ni. Aku amik kunci kereta. Keluar pejabat. Turun lift. Pergi tempat parkir. Start kereta, cari kedai makan yang terdekat.

-skip-

Author note;
-ni my first story so.. idk la kalau cerita ni x seram sangat. Sorryla kalau pening. Vote and comment. =]

TEMAN [C]Where stories live. Discover now