13

661 48 1
                                    

Izzah

7:45 a.m
Aku ,masih lagi tak boleh lupa keadaan Emilya semalam. Dr. Haq selalunya akan memberitahu keadaan Emilya dari masa ke semasa. Aku tak tahan tengok adik aku macam tu.


Aku mencapai towel dan lupakan kejadian semalam, sementara menuju ke bilik mandi.

Flashback

Izzah duduk di meja belakang sambil menikmati makanan yang dipesannya sebentar tadi.

Selesai makan, Izzah hanya duduk termenung sambil menghabiskan airnya.

Alaa, siapa pulak yang call niDesis hatinya ketika mendapat panggilan.

++OTP++

"Siapa?"

"Dr. Haq, saya nak bagitahu yang harini adik awak meracau kuat sangat, jadi saya bagi ubat penenang. Itu sahaja, tiada perkembangan. Maafkan saya"

"Ouh, terima kasih Haq" kata Izzah.

++End of OTP++

Izzah end call lalu bersedia untuk meninggalkan cafe tersebut dan menuju ke parkir untuk pulang.

Izzah memasuki perut kereta dan keluar dari area itu.

End of  Flashback

Selesai mandi, aku bersiap nak ke pejabat papa.

Aku menilik diri di cermin dan berpuas jati dengan penampilan aku. Kemudian penglihatan aku tertancap pada cincin di atas meja, aku tersenyum sebelum menyarungkannya ke jari manis aku.

Complete.

-skip-

8:00 a.m

Aku ketuk pintu pejabat papa.

"Masuk"

Aku kemudiannya mengambil tempat di hadapan papa tanpa disuruh. Biadap? Sudah biasa begitu.

"Izzah? Kan cuti lagi.. kenapa?"

"Papa dah tahu tentang Emilya?"

"Kenapa? Izzah dah jumpa ke?" Jelas di wajah papanya, bimbang.

"Sudah, tapi Emilya masuk wad mental sebab tekanan yang dikenakan ke atas dia"

"Astaghfirullahalazim, ni.. ni semua mesti salah papa" Papa memang begini. Sikap rendah hatinya.

Aku kemudiannya menggeleng perlahan dan tersenyum.

Aku kemudiannya meminta diri untuk keluar setelah menjelaskan semuanya kat papa. Harap papa faham situasi ni.

-skip-

Dr. Haq

Aku ke wad Emilya untuk berbicara sesuatu dengannya.

Aku mengetuk pintu bilik wad Emilya dan mendekati Emilya perlahan lahan.

Emilya sedang duduk di lantai, mengira sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti.

"Emilya sihat harini?" Tanyaku mesra.

"Eh, Haqim.. saya sihat je harini. Mari, duduk atas ni" Kemudian Emilya bangun dan duduk di atas katilnya. Cukup muat untuk dua orang duduk bersebelahan.

"Iyalah" Aku mengangguk seraya itu, aku tersenyum. 

"Haqim nak tanya Emilya sikit boleh tak?"

Emilya tersenyum dan mengangguk.

"Emilya, kalau Haqim tanya ni, jangan marah. Em, siapa yang buat Emilya macam ni?"

"Saya tak tahu. Selama ni, even Puan Mia dah meninggal dunia, saya sedar saya hidup sesorang. Tapi ada benda yang selalu kacau saya. Saya seakan dah biasa dengan kehadiran dia sampaikan saya terikut ikutkan dia. Macam tadi, saya kena kira lipas mati. Awak nampak kan?"

Aku menggeleng perlahan kemudian keluar dari bilik itu. Sayang, muka cantik, dia baik, tapi terlalu sunyi. Emilya pula kelihatan bercakap dengan seseorang sebelum aku keluar.

Aku kena bagitahu Izzah pulak harini.

Izzah

Kenapa, Emilya sampaikan begitu sekali keadaan dia.

Aku memandang sayu kearah cincin di jari manisku. Entah kenapa, aku menarik keluar cincin dari jari manis aku dan membalingnya keluar tingkap kereta dan sedia untuk memarkirkan kereta di halaman rumah aku.

-skip-

Cermin di hadapanku , aku pandang lama. Kemudiannya aku tersedar dari lamunan apabila jam telah menunjukkan angka 5.

Sekejap je masa berlalu. Aku rasa, ingin membawa pulang Emilya tinggal bersama aku. Esok aku akan bincang dengan Dr. Haq. Kemudian aku ke dapur untuk mencari sesuatu mengalas perut aku dahulu sebelum makan malam.

-skip-

8:15 p.m
Burp. Fuh, kenyangnya. Aku mencapai towel dan bersegera ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi, aku membaringkan tubuh aku di atas katil. Segarnya terasa sekali.

Aku memandang ke arah penjuru gelap didalam bilik aku.

Oh tidak.

Aku menarik selimut sehinga ke paras dada dan cuba pura pura tidur. Aku nampak, seorang budak lelaki dalam lingkungan 4-5 tahun sedang memandang sepi ke arah aku dengan kesan jahitan di mulut, dengan matanya hitam sepenuhnya. Itu sangat menyeramkan. Sehinggakan aku tidak tahu masa bila aku tertidur. 

TEMAN [C]Where stories live. Discover now