10

852 88 2
                                    

Aku tengok pada jam dinding. Masih lagi pukul 8. Apa yang aku nak buat? Kemudian mata aku tertancap pada kotak kecil yang diberikan oleh polis pada semalam. Aku lantas mencapai kotak tersebut dan mengangkat kunci rumah milik Emilya. Boleh ke ek aku pergi rumah dia? Boleh kut? I guess? Takpelah pergi je lah kejap. Hmm.

-skip-

Okay. Sudah siap. Now kita grak lu pape jangan roger.(makin merepek pulak author kesayangan readers ni. Eh?hahahahhaserentak itu fon aku berbunyi menandakan panggilan masuk. Its unknown number. Sape pulak yang call aku pagi pagi ni. Dengan kemalasan yang penuh , aku menjawab panggilan tersebut.

+OTP+

"Ya, siapa disana? Ini Izzah"

"Saya Dr.Haq. Saya yang mengawasi adik awak, Emilya. Awak sibuk tak? Kalau tak sibuk boleh tak saya nak tanya awak tentang Emilya?"

"Ouh okay. Saya datang sekarang"

"Okay. Nanti saya mesej awak tempatnya"

"Baik"

+End OTP+

Hasrat aku hendak ke rumah Emilya terbantut. Tapi aku kena datang jugak jumpa Hak? Kahak? Papejela nama doktor tu.

Ting

Ouh , mesej masuk.

"Cafe Mak Jemah Hot, sebelah kedai kopi Pak Pandir, Sungai Biru"(wth apa aku merepek ni :'p

" Coming~~"

Kemudian aku bersiap siap untuk pergi ke Cafe tersebut.

Di Cafe Mak Jemah Hot

"Dr. Haq?"

"Tak , adik salah orang ni"

Ceit. Aku pun terus berlalu ke meja kosong. Ni dah masuk keberapa kali dah aku salah orang. Dalam hidup ni, tak boleh ke kalau tak ada saat yang memalukan? Huuh keluhku perlahan. Aku memesan Orange Juice.

Ting

Mesej masuk? Aku terus ke peti mesej. Ouh , Dr. Haq.

Ceit , baru nak tanya aku kat mana. Aku dah lama sampai. Bodo.

Aku pun dengan malasnya. Type, saya pakai baju kaler biru laut with shawl hitam and cardigan.

"Izzah?" Suara dari belakang sumpah buat aku terkejut do. Memang Cafe ni dah kena curse ke? Haih.

"Dr. Haq? Sila duduk" Tu dia. Fake smile dah keluar naa. Dia mengangguk and dia pun mengambil seat di depan aku.

"Ceritakan tentang Emilya?" Wow. Serius gila muka. Hensem pun ada gak. Eh , apa ni. Haih, dah dah Izzah. Relax.

"Alkisah, Emilya Nazreen seorang kanak kanak periang , comel dan peramah gila. Sepanjang dia hidup dalam keluarga kami. Mama kami layan dia dan saya tak sama rata. Mama layan dia kureng. Tapi saya lebih. Kalau saya merajuk dengan dia. Mama akan pukul dia atau jerkah kat dia. Masa itu saya tak tahu lagi sebab still kecik. Sampai lah Emilya dah besar, mama kami pun layan dingin je kat dia. Saya tak tahu apa salah Emilya sampai mama saya buat macam tu sekali. Sampailah mama halau dia keluar dari rumah. Mama memang dah benci gila kat Emilya sebab salah faham. Salah saya jugak se..sebab sa..saya t..tak backup di..dia..."

Aku mula nak menitiskan airmata. Dr. Haq mengangguk tanda mengerti.

"Nak teruskan?"

Aku mengangguk.

"Masa tu Emilya sebenarnya bukannya yang gedik gedik dengan Muaz, boyfriend saya. Tapi , rupanya Muaz yang mengacau Emilya dulu. Tapi mama tak tahu jadi dia halau dan dia malu ada anak macam Emilya. Lebih kurang dalam 4-5 tahun dah Emilya tinggalkan kami. Tapi saya tak tahu, sejak Muaz minta maaf dan beritahu tentang perkara tu. Saya..saya rasa bersalah sangat dekat Emilya. Lebih kurang setahun lalu Muaz bagitahu saya. Tapi semenjak ni saya betul betul nak cari Emilya balik. Selama ni Emilya memang tinggal sesorang. Dan kurang kasih sayang dari mama and papa. Dia dulu tinggal dengan pengasuh dia, Puan Mia. Tapi Puan Mia dah..dah tak..takde"

Aku ceritakan semua tentang Emilya. Dari kecil sampai laa nii. Aku masih lagi teresak esak cerita. Kemudian Dr. Haq tenangkan aku. Legalah jugak ada doc sem kat sini. Eh?

"Saya bagitahu masalah yang dialami oleh Emily ya? Baiklah. Emilya mengalami sakit mental yang disebabkan tekanan perasaan dan kurang disayangi. Dari itu lah dia menganggap yang dia mempunyai teman yang selama ini hanya muncul di depan mata dia. Disebabkan itulah juga, dia berkemungkinan sudah lama hidup seorang diri sehinggakan dia sanggup membunuh Hana dan Nana, iaitu housemate dia. Berdasarkan cerita Emilya, dia kata dia hanya menurut kata temannya selama ini untuk membunuh Hana dan Nana. Begitu juga dengan Inspktr. Qairah dan Sarah, iaitu dua orang polis yang mati di tangan Emilya. Emilya terdengar suara orang berbisik dan dia menurut. Jika tidak , dia akan ditinggalkan oleh temannya. Masa saya interview dia haritu, saya cuma nampak yang dia ketakutan, setelah menyedarkan dia yang semua orang ada untuk dia, barulah dia sudi menceritakan semua ini. Jadi saya harus meminta kebenaran dari pewaris untuk menempatkan Emilya di wad Hospital Embun Hijau" Terang Dr. Haq panjang.

Aku mengangguk lantas lelaki ini mengeluarkan borang pendaftaran pesakit. kakak cuba buat yang terbaik Emilya, desisku dalam hati.

-skip-

______________________

Author note;
-First , vote and comment
-Second sorry untuk chap yang tertangguh untuk beberapa hari ya? Huehue.
-huehue, chap ni paling pendek antara kesemuanya, tapi disebabkan author dah promise nak buat sampai 15 chap. Huehue.

TEMAN [C]Where stories live. Discover now