5

1K 97 7
                                    

"Erm penatnya.." okay ini serius penat. Semalam makan bukannya kenyang. Hish, harini kul 2 ada orang datang erm.. Nana sibuk ke eh? Aku tanya dia lah. Aku keluar dari bilik aku. Aku ketuk pintu bilik Nana.

Aku masuk lepas Nana cakap boleh masuk.

"Yes? Akak nak apa? "

"Nana busy ke harini? Kalau Nana busy takpelah"

"Tak busy mana rasanya. Anyway Nana balik nak makan tengah hari nanti"

" Oh ya plus , sedap betul ketam masak lemak semalam kak. Akak buat ke?"

Gulp.

"Oh tak , itu kawan akak yang kasi. Dia yang masak. Sedap ke? Akak tak try lagi" Jelas aku sambil tertawa dikit.

"Lah , yeke.. sorry kak Nana tak tahu pulak.. ingatkan akak yang masak.. sorry tau hehe"

" takpe, anyway Nana masakkan boleh makanan tengah hari boleh? Sebab akak nak ke hospi , and plus masak untuk tiga orang ye, byee " aku keluar terus dari biliknya.

Hmph, aku siap siap dulu lah. Nak ke hospi pulak pasni.

Nana

Gulp. Masak??!! Untuk tiga orang pulak tu.. haduhh camne ni? Baru pukul 7 pagi.. hmph.. aku pergi butik dulu lah.

Gang!!

Amboih Kak Emilya keluar sampai hempas pintu fuh ganas jugak hahahahahha tapi aku gelak dalam hati jelah. Erm , aku gi mandi dululah.

Aku jalan laju2 konon ada orang kejar sebab seronok buat macam tu hahahha tetiba sampai pintu bilik yang ketiga aku rasa tangan aku kena tarik sampai aku terjatuh depan pintu bilik tu. Aku hairan lah dengan pintu tu, ini dah kali ke berapa kali dah aku jatuh depan bilik ni. Tapi aku nekad, aku nak bukak pintu bilik ni.

Aku baru je nak pegang tiba tiba aku terdengar orang jerit kat aku jangan bukak. Aku pusing. Gulp.

"Eh akak tak pergi lagi ke?"

"Akak baru nak pegi ni. Oh ya, Nana jangan bukak pintu tu ya"

Kak Emilya pun pergi tapi kali ni tak hempas pintu.

Wait. Akuje ke dengar ada orang hempas pintu tadi? Arghh rumah ni merumitkan aku. Baik aku gi mandi

Aduh, takde angin takde ribut tiba tiba aku tersadung? Aku rasa ada tangan sejuk sentuh kaki aku. Aku tengok kaki aku , ada satu tangan yang macam dah reput dan ada ulat, macam mayat reput. Aku terkedu sebelum tangan tu terus merangkak ke arah aku. Aku terus terkedu sehinggalah aku tak nampak apa apa. Semuanya nampak gelap. Kabur.

Emilya

Erm , dah pukul 10 pagi. Memandangkan semua dah settle, aku balik lah. Nak cek Nana. Aku keluar dari hospi and terus ke kereta.

Kereta aku terus meluncur laju keluar dari area parkir hospi.

-skip-

"Nana.. Oo Nana?" Aku masuk rumah lepas kunci pagar tutup pintu segala bagai tu.

"Kat dapur ni"

Aku dengar suara tu kat dapur. Tapi macam lain macam je suara dia. Aku gerak dapur sebab macam sedap je Nana masak.

"Sedapnya bau.. pandai Nana masak"

"Hehe ,biasa je"

Aku tengok masakan Nana. Nampak sedap , dia masak ketam masak lemak, sud daging, ayam pedas, siakap tiga rasa.

Wait. Sejak bila peti ais kita penuh dengan lauk?

"Nana beli lauk ke pagi tadi?"

"Haah, Nana masuk bilik dululah ya"

Pelik. Ye, sangat pelik.

Nana asyik tertunduk sejak dari tadi. Selalunya dia yang akan bising. Ada masalah ke ek? Hmm.Rambut dia kan pendek? Macam mana boleh panjang sampai ke siku? Kalau ye pun panjang tu kenapa pulak dia lepas rambut dia terurai je? Tutup muka pulak tu. Ah pening je. Aku tutup makanan tu dengan saji pastu aku masuk bilik. Bilik Nana tutup.

1:00 p.m.

Um, aku tengok jam dah pukul 1 tengah hari. Baik aku kemas bilik tu.

Aku bangun keluar dari bilik. Aku tengok bilik Nana still tutup.

Takpelah , aku berjalan ke pintu bilik ketiga tu. Bilik tu macam ada something wrong sejak pertama kali lagi aku pindah. Puan Mia tak kasi aku bukak pintu ni sejak aku pindah dulu. Tapi aku ikutkan je cakap dia sebab dia owner rumah ni. Haritu aku nak tanya dah, tapi dia meninggal dunia. Inalillah. Tak sempat aku nak tanya. And now aku nak bukak.

Aku baru je nak pegang tombol. Ada orang berbisik 'jangan bukak pintu ni' Aku pusing belakang. Takde orang. Aku just nampak Nana tengah duduk kaku kat atas kerusi. Dengan gaya yang sama, rambut terurai, dan menunduk.

Aku hiraukan Nana yang 'baru' tu and terus bukak pintu bilik ketiga tu.

Aku bukak and aku nampak lembaga hitam sedang duduk atas katil dengan gaya yang sama macam Nana tadi. Aku berpaling ke arah Nana yang mata dia sangat kelihatan yang menunjukkan Nana sedang tersenyum. Bila aku pandang depan je. Aku terkejut bila nampak lembaga tu depan mata aku. Aku nampak mata dia yang merah, kulitnya yang dah rapuh dah mengelupas , atas mukanya ada ulat, dan kelihatan seperti mayat reput.

Aku panik lalu terus membuka suis lampu bilik tu. Alhamdulillah, lembaga tu dah hilang. Setapak je lagi aku nak masuk bilik tu, aku terdengar hilai tawa seseorang yang agak nyaring. Aku pusing ke arah Nana , Nana sedang terbaring di atas sofa dengan kesan dicekik. Aku kaku. Hilai tawa sebentar tadi kedengaran lagi. Kali ni aku tak sanggup duduk di rumah tu lagi. Aku amik segala barang keperluan aku and kunci kereta, terus keluar dari rumah tu. Tak sanggup dah rasanya.

Aku nak ke mana sekarang ni pun aku tak tahu. Aku ikut je kereta aku nak kemana. Kereta aku terhenti dekat cerun gunung. A..ak..ak..aku rasa, ni jalan yang terbaik. Aku memejam mata seketika, dengar suara berbisik suruh aku terjun, aku terpukau dek kerana suaranya yang merdu dan lembut. Aku bersedia, namun tak sempat aku melangkah, ada tangan yang menarik aku. Orang itu adalah seorang wanita yang lengkap bertudung hitam dan berjubah putih.

"Nak, fikirkan masa depanmu nak.. pulanglah ke rumahmu , itu hanya mainan syaitan yang ingin menyesatkan anak anak Adam" lantas wanita itu menghilangkan diri selepas berkata kata hal yang agak deep bagi aku. Lantas aku masuk ke dalam kereta dan kereta aku terus meluncur laju ke arah rumah aku.

Sesampainya aku kat rumah, aku terus masuk rumah. Aku dah tak nampak Nana yang dicekik. Tapi aku hiraukan keadaan tadi lalu terus mengambil wuduk dan mendirikan solat.

Author note
-sorry kalau korang macam tak paham je dengan jalan cerita ni.
Vote eh? Sebab saya dah ade banyak silent readers hm.

TEMAN [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن