12

697 54 6
                                    

Izzah

8:00 a.m

Fuh. Segarnya bila air terjun mula mencurahi badan aku. Sumpah best. Tambah tambah dengan suhu pagi ni. Teringat pulak lagu tu.

Bangun pagi,
Gosok gigi,
Cuci muka,
Pakai baju,
Makan roti,
Minum susu,
Pergi sekolah,
Senang hati,.

Aku menyanyi perlahan sehingga part makan roti, sebab aku tengah gosok gigi kut, takkan nak nyanyi. Kemudian, kedengaran suara anak kecil menyambung ayat selepasnya. Meremang aku. Aku siap siap cepat and keluar dari bathroom.

Aku sudah siap pakai baju, kemudian terasa hendak baring atas katil sambil meneliti cincin kat atas meja sebelah katil.

Cantik. Ada nama dekat cincin tu, hm.. tapi tak jelas sangat. Takpelah, aku simpan dulu nanti kalau tuan dia datang aku bagi lah. Laparnya. Pergi masak bukan ada bahan pun. Makan biskut dengan air teh je pun dah cukup lah.

Kat dapur, aku ambik mug and biskut. Buat air, kacau kacau, done. Terasa nak tengok TV pulak. Aku mencapai remote and tekan butang on.

Tukar. Tukar. Tukar. Ceh, takde cerita best ke? Aku baru je nak tekan butang off pastu keluar cerita vampire. Wow, my fav.

-skip-

Urgh. Dah habis dah? Kata aku bila tengok mug dah kosong. Ha eloklah tu, vampire pun dah nak habis? Argh, bosan betul pagi pagi ni tak tahu nak buat apa.

Lagi tiga hari, cuti aku dah habis. Ah, aku kena selesaikan semua ni secepat mungkin. Aku termenung sekejap. Haa, aku tahu apa nak buat. Aku tersenyum penuh makna.

-skip-

Aku tengok jam. Pukul 9:15 a.m dah. Jauh jugak kan tempat ni kan? Aku membuka kunci pintu pagar. Kreeett! Lama dah tak bukak, thats why berbunyi. Aku melangkah setapak ke dalam rumah yang sudah tidak didiami itu. Aku melihat di setiap sudut di dalam rumah, banyak tempat ada kesan darah. Aku masuk ke bilik pertama, mata aku meliar memerhatikan susunan dan keadaan bilik tu. Aku tak puas hati, aku mencari lagi bahan bahan kenangan aku dan dia di dalam laci. Tiada. Aku teruskan mencari di dalam almari. Takde jugak. Aku teruskan mencari di bawah katil, tangan aku terpegang sesuatu yang sejuk, berbalut, berbungkus. Tak pasti itu apa, aku menarik keluar tangan aku, jelas kelihatan kotak berbungkus, tapi kenapa sejuknya lain dari yang aku pegang tadi? Itu aku tak tahu. Aku hiraukan lalu membuka bungkusan tersebut.

No one's

'Pebenda lah ni' desis hati Izzah. Perasaan ingin tahu Izzah membuak buak, jadi Izzah bukak kotak yang dia capai dari bawah katil tu. Perlahan lahan, airmata Izzah mengalir deras selepas terjumpa barang kenangan dia dengan Emilya.

Tanpa banyak soal, dia terus meninggalkan bilik Emilya dengan airmata yang bercucuran jatuh, Izzah bawak sekali kotak itu. Nak tunjuk kat Puan Alia mungkin.

Izzah

Aku , tak sangka Emilya simpan gambar ni. Aku mengetuk stereng kereta aku sebelum keluar dan tunjukkan semua ni dekat mama. Puas.

Aku mengetuk pintu rumah mama. Kelihatan orang gaji aku, Ina membuka pintu sambil terjerit jerit nama mama.

"Izzah"

Mama terkejut yang aku balik? Aku taknak tinggal dalam rumah ni. Aku tinggalkan kotak tu depan pintu dan mula meninggalkan perkarangan rumah. Nampak dari side mirror, mama seperti kecewa dengan sikap aku. Maafkan Izzah ma, mama yang paksa Izzah. Aku hiraukan perasaan aku, keraskan hati macam batu. Aku letih, lapar. Ouh, patutlah dah pukul 10:05 a.m. Dah alang alang kat luar ni, gi makan luar je lah. Hm, aku bergerak ke cafe terdekat.

-skip-

Aku parkir kereta. Aku keluar dari perut kereta. Hm, aku mencari tempat kosong, haa tu dia. Aku duduk kat meja kat belakang tunggu waiter datang.

-skip-

Dr.Haq

Aku pergj menjenguk Emilya di wad. Sudah beberapa kali Emilya cuba menyeksakan diri dia. Kesian kadang kadang aku tengok Emilya, terima tekanan yang hebat dari keluarga dia.

Hari ni, aku tak sure la apa yang Emilya akan buat. Aku terus bergerak ke wad Emilya.

No one's

Emilya terjerit jerit di wad dengan harapan orang terdengar jeritan dia. Apa yang dia nampak bukanlah apa yang dia nak nampak. Emilya terlihat sesuatu di siling saat dia baru bangun. Emilya terlihat wajah Puan Alia, lantas mencapai benda berdekatan untuk dilempar ke arah bayangan tersebut.

Satu ketukan kedengaran. Lalu bayangan tersebut hilang. Kelihatan Dr.Haq terpacul di pintu wad Emilya.

Kelihatan wajah Emilya yang ketakutan dan meracau tidak tentu arah, akhirnya Dr. Haq menyuntik ubat penenang supaya Emilya kembali bertenang.

Seketika selepas itu, Emilya mula menunjukkan tanda tanda yang ia sudah bertenang. Dr. Haq melepaskan keluhan berat sebelum meninggalkan bilik tersebut.

TEMAN [C]Where stories live. Discover now