14

665 48 1
                                    

Emilya

Mama. Mama.

Aku terjaga dari mimpi yang agak aneh.

Aku teringat pula yang Haqim(Dr. Haq) ada menyatakan yang aku akan pulang bersama Kak Izzah dalam pukul 2 petang. Balik rumah? Duduk sekali dengan Kak Izzah? Nonsense.

Kepala aku sakit. Mungkin kesan dari ubat penenang yang Haqim beri tadi. Mungkin tadi aku meracau kerana berfikir tentang Izzah terlalu banyak? Boleh jadi.

Knock knock

Ketukan di pintu kedengaran. Aku mengambil keputusan untuk terus memejamkan mata.

"Emilya?" Suara perempuan? Yang pasti aku tak pernah dengar sebelum ni. Aku terus memejamkan mata.

"Emilya tidur rupanya. Ni akak nak bawak balik Emilya ke rumah akak"

Aku terkedu. Kak Izzah? Lama tak dengar suaranya. Aku berasa rindu. Aku kemudiannya membuka mata untuk melihat. Tapi, bukan bayangan Izzah, yang kelihatan hanya bayangan Puan Alia, iaitu mama. Aku benci mama. Aku mengahalau perempuan itu keluar dari bilik aku.

"Kau? Kau pergi dari sini. Aku nak Izzah je. Kau keluar!"

"Ni akak Emilya. Ni Izzah. Emilya jangan buat akak macam ni" kemudian perempuan itu menitiskan mata.

Aku menjeling tajam sebelum melepaskan kata kata kasar yang penuh dengan kata kata kesat yang sesuai untuk digambarkan Puan Alia.

Akhirnya perempuan itu keluar. Puas hati aku.

"Hoi budak kau buat apa kat sini?!" Aku tanyakan kepada seorang budak lelaki yang duduk di penjuru bilik aku dengan kesan mulut dijahit.

Tanpa berkata apa apa, budak lelaki tu hilang , lesap.

"Hahahhahahahahaha!" Aku tergelak. Kemudian sekali lagi pintu bilik aku diketuk.

"Izzah?" Aku berlari anak ke arah Kak Izzah dan memeluk dia. Perlahan lahan dia membalas pelukan aku.

"Akak, Emilya nak balik" Aku pura pura merengek.

"Nak balik? Okay jom" Izzah tersenyum melihat Emilya.

-skip- 

Izzah

"Okay, selamat datang ke rumah akak. Jom masuk" Aku membuka pintu dan jelas terpancar di wajah Emilya, kelihatan gembira.

"Wah, cantiknya rumah akak" Kata Emilya sambil duduk di sofa depan TV.

Aku mengunci pintu pagar dan menutup pintu.

"Emilya nak air tak? Akak buatkan" Aku ke dapur untuk membuat air walaupun pertanyaan aku tidak disahut.

Kemudian aku keluar ke ruang tamu dan meletakkan dulang di atas meja. Kelihatan Emilya sudah terlelap.

Aku tersenyum. Penglihatan aku kembali kepada rancangan di televisyen.

Derapan tapak kedengaran di tangga. Aku sudah biasa jadi aku hiraukannya. Kemudian, seseorang mengambil tempat di sebelah kiri aku, tempat Emilya terlelap tadi.

"Aaaaaa" Kata aku separa menjerit.

Emilya duduk di sebelah aku? Bu-bukan ke di-dia te-terlelap tadi?

Aku mengurut dada perlahan.

"Emilya pergi mana tadi?" Aku bertanya.

"Emilya kan dah cakap yang Emilya naik atas nak mandi. Akak tak dengar ke?" Jawabnya sambil menghirup air di hadapannya.

Kadang aku tengok Emilya ni bukannya macam orang gila pun. Macam waras lagi pun ada.

Aku mengangguk lantas mengalihkan penglihatan aku pada skrin televisyen.

-skip-

Hari hariku dengan Emilya. Sungguh perit. Rumit. Kadang kadang aku terpaksa ambil cuti untuk menjaga Emilya yang kadang kadang meracau tak tentu hala. Tapi lepas aku panggil ustaz datang rumah, ustaz tu suruh kitorang pindah. Aku masih tertanya kenapa. Ustaz tu cakap yang rumah ni banyak gangguan. Mungkin sebab tu Emilya selalu meracau tak tentu hala.

Tapi semuanya dah okey rasanya. Minggu depan kitorang pindah. Mujurlah papa tolong carikan rumah untuk kitorang.

TEMAN [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ