8

869 91 3
                                    

" ..bilalah semua ni nak berakhir.

-skip-

"Aduhh!"

Suara Nana. Aku terbangun dari tidur aku lepas makan tadi. Kenapa dengan Nana tu? Aku pun gerak dapur. Nampak Hana tengah rawat Nana. Katanya kena minyak panas tadi, nak masak cekodok.

Aku pun, ouh. Aku dahaga, so aku ingat nak bukak fridge , mana tahu tetiba ada air sejuk. Tapi Nana cakap jangan bukak pastu bagi aku secawan air. Tahu tahu je aku dahaga.

Hana dah pergi ruang tamu. Nana pun dah nak gerak ruang tamu. Aku sorang je dalam dapur.

Dah siap minum apa semua, aku letak gelas tu dalam sinki. Aku tak tahu lah kenapa, maybe bayangan aku je kut, aku ternampak rambut manusia dalam lubang sinki tu. Ofc la terkejut do. Tapi aku gosok mata aku, pastu rambut tu dah takde. Fuh, imagination aku je tu.

Aku keluar ke ruang tamu , nampak benda tu bertenggek atas tv , tersengih sengih macamlah senyuman dia tu cantik sangat , muka kerepot, huh aku terus berlalu ke bilik aku.

Bunyi ketukan di pintu dah buat aku sedar pastu seketika kemudian Hana masuk. Hana duduk sebelah aku pastu macam nak cakap something je.

"Memang pun Hana nak cakap something. Ni, akak nampak kan atas tv tu? Benda tu asyik bertenggek atas tv tu. Hm anyway, kenapa akak tak bukak pintu bilik ketiga tu?" Okay Hana. Aku nak cerita ni.

Hana mengangguk.

"Dulu, akak nak bukak pintu tu masa mula mula akak duduk dengan Puan Mia. Puan Mia tak kasi akak bukak pintu tu. And I dont know why. Sampailah satu hari tu, akak nak pergi tanya dia, haritu jugaklah dia meninggal dunia. Akak tak sempat tanya" aku cerita la kat Hana ni memandangkan dia pun terer halau hantu ni un.

"Ouh, haish. Hana mana terer la kak. Hm kalau Hana nak bukak pintu tu boleh?"

"Ouh boleh" aku tersenyum sambil berjalan ke laci untuk ambik kunci pintu tu.

"Nah" aku bagi kunci tu kat Hana. Hana suruh teman dia. Aku ikut je la. Walaupun hakikatnya di dalam lemah. Ceh.

"Assalamualaikum" Hana bagi salam kat bilik ni. Okay itu pelik. Dan bertambah pelik bila ada orang menjawab salam tu. Aku tengok belakang aku, ofc terkejut, Nana tetiba menyorok belakang aku. Then siapa dalam bilik tu? OMG.

Perlahan-lahan pintu tu terbuka. Aku kaku. Nana beku. Hana kedu.

Guess apa kitorang nampak?

Aku nampak aku, Nana and Hana digantung di siling bilik tersebut. Padahal kami masih disini sambil terkedu dengan apa yang berlaku. Kemudian , mayat 'kami' yang digantung, melihat kami dengan mata mereka yang masih boleh bergerak, tangan mereka yang perlahan-lahan naik ke atas untuk membuka ikatan pada leher mereka. Lalu , Hana yang berada di hadapan sekali, diterkam oleh mereka di depan mata aku. Kemudian Nana, dan akhirnya aku sendiri tidak dapat melihat semuanya. Segalanya kabur. Last aku dengar ialah, jeritan serta bisikan suara halus yang aku dengar semasa bercerita kepada Nana. Semuanya menjadi gelap.

***

Ak..aku kat mana ni. Fikirku bila tersedar. Ouh, dekat hospital. Wait , mana Hana and Nana.

Kemudian nurse masuk untuk memeriksa kadar nadi aku.

"Nurse,mana lagi dua orang yang ditemui bersama saya ye?" Tanpa segan silu aku bertanya. Anyway siapa nak segan right?

"Maafkan saya, tetapi dua orang telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital" Nurse tersebut berlalu meninggalkan aku yang dah nampak macam separuh gila atas katil putih tu.

TEMAN [C]Where stories live. Discover now