Epilog

714 48 0
                                    

3 tahun kemudian,

Izzah memandang sepi ke luar jendela kereta. Dia dalam perjalanan hendak ke rumah yang baru dia pindah 2 minggu lalu. Penat? Ya, dia memang penat menguruskan tentang hal syarikat papanya, mamanya dan Emilya.

Izzah tidak tahu sampai bila dia harus begini. Tapi hidup dia dah ada perubahan sedikit demi sedikit. Sekarang, even dia tinggal ngan adik dia Emilya, Emilya sudah menunjukkan perubahan. Dah tak meracau macam dulu dulu lagi. Selama Emilya tinggal dengan Izzah, seminggu sekali mesti Puan Alia melawat Emilya dan Izzah. Dulu memang Emilya merungut taknak jumpa Puan Alia. Tapi sekarang semua dah okey. Cuma, satu benda yang tak selesai lagi. Cincin. Budak lelaki dengan mulut kesan dijahit. Ada kaitan? Maybe. Aku masih ingat tentang hal itu. Aku tak tahu, sejak aku pindah keluar dari rumah lama, dah kurang gangguan dari budak lelaki itu , yang maybe ada kaitan dengan cincin tu. Entahlah, aku tak tahu.

"Cik, dah sampai"

Aku mengangguk lantas keluar dari perut teksi itu. Sesudah nembayar tambang, kereta teksi meluncur laju keluar dari perumahan itu.

Aku memberi salam. Mujurlah Emilya sudah pulang ke rumah. Aku pun tidak membawa kunci rumah tadi.

Pintu pagar dibuka. Terpacul Emilya berdiri terpinga pinga di pintu.

Aku mengangkat kening.

"Emilya ingat akak bawak kunci" Emilya berkata sambil tergelak halus. Kemudiannya dia tinggalkan aku kat luar ni. Hampeh punya Emilya.

Aku jugak yang kunci pintu. Kereta dah hantar bengkel. Hadoi. Malangnya. Hari hari ulang alik dari office dengan teksi. Kadang kadang kalau Emilya tak busy , dia tolong hantarkan. Tapi pagi tadi dia ada hal.

Aku bahagia. Walaupun kadang kadang,Emilya cakap yang aku ada balik awal sebelum ni, tapi sebenarnya aku balik lewat sebab ada projek besar yang aku uruskan. Tapi, aku percaya jin dan iblis memang ada, malah tercatat dalam Al-Quran bahwa iblis berjanji akan menyesatkan semua anak anak Adam. Tak dinafikan semuanya. Aku tersenyum sebelum masuk ke dalam bilik. Sekejap lagi mama datang. Bagusnya semua dah selesai. Emilya pun sudah menunjukkan tanda tanda sudah sembuh.

Alhamdulillah. Mungkin dari kejadian ni, mendekatkan lagi kami sekeluarga kepada-Nya.

TEMAN [C]Where stories live. Discover now