+ 5

4.3K 569 196
                                    

" Hingga kini aku menanti
Mengapa sikit pun engkau tidak mengerti "

+++

Harini hari sukan. Aku masuk acara sukan lari harini. Sebelum acara aku mula, aku dengan beberapa pelari yang lain bersiap sedia dekat bilik salinan.

Ada macam-macam wakil rumah sukan dalam tu. Aku wakil rumah biru manakala Irene wakil rumah merah. Ya, Irene pun tercalon dalam acara lari 400m ni.

Irene tengah sibuk ikat rambut dia dengan kemas. Nampak lawa. Aku ni pulak macam ikat tak ikat je. Serius selekeh. Buat malu je. Aku meluru ke arah locker aku dan aku buka.

Ubat tahan sakit.

Aku capai ubat tahan sakit dari dalam locker aku tu dan aku telan 2 biji sekaligus. Nak lari kan? Mestilah kena kuat.

"Yow! "

Aku kerling ke tepi. Geng BTS. Aku terus simpan ubat aku tu dalam locker supaya tak kantoi dan ukirkan senyuman. Mereka semua meluru ke arah Irene dan bukannya aku. Aku sedikit terasa.

"Hei awek. " sapa seseorang disebelahku. Aku menoleh.

V.

Dia orang pertama yang datang kat aku. Aku tersenyum.

"Hei pakwe. " balasku dan aku tergelak kecil.

"Dah makan ubat? "Soalnya dengan nada dikawal. Aku angguk.

"Pelari 400m bahagian perempuan sila bersiap sedia di tempat larian sekarang. Larian akan dimulakan tak lama lagi. "

Bergema satu sekolah dengan suara pengumuman itu. Aku lantas meneguk sedikit air dan mengikat ketat tali kasut milikku.

"Fighting Irene! " laung semua kumpulan BTS. Aku hanya diam.

"Fighting Hanbyul. " kata V sambil menepuk bahuku. Aku tersentak.

"Gomawo V. " aku rasa sedikit sebak.

"Hanbyul, fighting untuk nanti. " kata Jungkook sekilas dan terus berlalu pergi sambil memeluk erat pinggang Irene.

Sekurang - kurangnya, dia wish kat aku jugak kan?

+++

"Ke garisan. Sedia. Mula! "

Pittt!!!

Aku terus lari mengelilingi padang apabila bunyi wisel ditiup. Sedang aku berlari di lorong aku, tiba-tiba Irene termasuk lorong aku dan tanpa sengaja aku terlanggar tubuhnya dan kami berdua serentak terjatuh.

"Adoi. " aduku dan dia serentak.

Kami terjatuh bersama di lorong aku. Cikgu-cikgu lain meluru ke arah kami berdua dengan risau.

"Irene! " laung seseorang.

Jungkook dan BTS meluru ke arah Irene dahulu. Sekali lagi, aku diendahkan.

Aku tatap lututku yang berdarah dan sikuku yang turut berdarah. Argh! Pedih!

"Hanbyul-ah, gwenchana? " sapa V padaku sambil melutut di depanku.

Lagi sekali, dia seorang sahaja yang datang kat aku. Aku terharu dan mengukirkan satu senyuman.

"Gwenchana. " jawabku.

"Yah Hanbyul! Asal kau langgar Irene hah?! " marah Jungkook padaku dan dia tenung tajam wajah aku. Aku tergamam.

"Ntah kau ni. Pandai lari ke tak? " sampuk Suga dengan nada tenang tapi cukup untuk buat aku terasa.

"Kau tengok sekarang ni, habis kotor baju dia. " celah Jimin.

Namjoon dan Jin hanya mengangguk sementara Hoseok merenung aku tajam.

"Kau tu kena lah sedar sikit. Irene ni bukannya macam kau. Dia ni lebih perempuan dari kau. Kau tak payah nak ajar dia macam mana cara kau hidup selama ni. " sindir Jungkook dengan nada perlahan sambil membelek wajah Irene.

Semua orang risau pasal dia. Semua orang backup dia.

"Jaga sikit mulut korang. " bidas V dengan nada terkawal.

Oh ya, V backup aku. Aku genggam lengan V dan menggeleng.

"Gwenchana. " balasku.

"Hah baguslah tu, dua-dua main backup memasing. " sindir Jungkook lagi. Aku ketap bibir.

"Penat aku cakap dengan kau. Cakap beribu kali pun bukan nak sedar diri. "

Aku tahan marah dengan semua BTS.

"Hah okay semua salah aku. Kau backup lah dia ya. Jangan risau lah wei. Aku ni kan sampah korang je kan? Time susah meh cari aku balik. Yelah, sampah kan boleh kitar semula. " balasku dengan geram dan terus aku dan V berlalu pergi sambil aku ditolong oleh V.

"Jungkook, kau melampau. " tegur Jin. Jungkook ketap bibir.

"Oppa, kenapa oppa cakap macam tu dengan Hanbyul? Irene yang salah. Bukan dia. Oppa kena mintak maaf dengan dia. "

Aku pandang Irene yang sedang tenung aku tu. Perasaan bersalah mula berselubung kat diri aku pada Hanbyul.

"Korang pun kena mintak maaf kat Hanbyul. "

Semua BTS mengangguk faham.

"Takpelah Hanbyul, aku sentiasa ada dengan kau. Okay? " V usap perlahan belakang badan aku sambil bantu aku berjalan.

Lepas aku dan V pergi, dari tadi aku tak berhenti menangis.

Disebabkan manusia bernama, Jeon Jungkook.

- To ne continued -

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now