sebelas

2.5K 360 207
                                    

Aku baring di lantai dengan beralaskan toto. Tanganku diletakkan di atas dahi. Sebelahku pula katil milik Yeojung. Dia sudah lena. Kecuali aku yang masih terjaga di dalam kegelapan bilik ini kerana lampu ditutup.

Tadi semasa makan, Yeojung tidak melayan aku langsung. Malahan dia membuat halnya sendiri. Cuma bila di depan omma, dia akan cuba melayan aku dengan baik walaupun masih terasa dinginnya itu. Tidak apa, aku tabah. Pergaduhan ini mungkin tidak lama.

Tiba-tiba tangan kanan Yeojung terjuntai ke bawah betul-betul di depan mukaku. Aku senyum tawar. Tidur masih lagi lasak. Aku duduk dan tangan Yeojung itu aku raih. Aku letakkan tangan dia di atas katil semula dengan berhati-hati agar dia tidak tersedar. Kemudian, aku menyandarkan pipi kanan aku di katil dan wajahnya yang sedang tidur itu aku pandang. Kakiku disilakan dan tanganku diletakkan di kakiku.

"Saya rindukan awak. " ujarku perlahan agar dia tidak tersedar. Aku senyum hambar dan tangan kiriku dinaikkan. Pipinya yang mulus, aku belai lembut. Tidak lekang senyuman di bibirku. Senyuman lembut.

Tanpa aku sedar, pipiku sudah dibasahi dengan airmata. Aku berhenti membelai pipi Yeojung. Aku mula menyandarkan dahiku pada kedua belah tanganku yang disilangkan di atas katil. Disitu, aku cuba menahan esakan sebaik mungkin.

"Yeo, patutkah saya mati sekarang? " bahuku terhinjut akibat menangis. Aku ketao bibir aku supaya esakan tidak keluar dengan kuat. Aku angkat kepalaku dan aku kesat kedua belah mataku. Dadaku tiba-tiba rasa sesak dan sakit. Sampai sukar untuk aku bernafas.

Aku pukul dada aku berkali-kali seraya mula berdiri menjauhi Yeojung. Aku tidak mahu lenanya terganggu akibat aku. Aku berdiri di depan pintu dan dadaku dicengkam. Mungkin akibat terlampau banyak menangis.

Tanpa aku sedar, hidungku mula berdarah.

+++

Usai sahaja mengemas tempat tidurku, aku turun ke bawah untuk bersarapan. Aku lihat Yeojung sedang mengemas sarapan di atas meja. Ibunya pula sudah tiada. Mungkin ke pasar. Aku duduk di meja makan dan pandang dia yang mengemas meja makan dengan pelik.

"Sarapan dah habis ke? Saya tak sarapan lagi. " ujarku. Perutku sudah berbunyi akibat lapar. Yeojung cuma diam dan tidak menghiraukan aku. Dia terusan sahaja mengemas meja makan.

"Kau lambat sangat turun. Sarapan dah habis. Yang lain aku dah buang dalam tong sampah. " jawabnya dingin. Aku tersentak. Dia membelakangi aku kerana sedang giat membasuh pinggan mangkuk.

"Habistu saya nak sarapan apa? " soalku dengan nada sedikit kecewa. Dapat aku dengar Yeojung mendengus kasar seperti dia tidak suka bila aku bersuara.

"Kau ni bising lah! Sarapan je lah benda lain! Tak pun kau pergi je lah sarapan kat luar tu! Aku malas nak masak dah! Pandai-pandai kaulah hidup! " dia tutup paip dan mahu berlalu pergi. Aku berdiri di depan dia dan membuatkan dia terhenti.

"Saya tanya elok-elok, Yeojung. " balasku lembut. Yeojung jeling aku dengan tajam dan dia tolak dada aku supaya menjauhi dia.

"Mampos kau lah. Aku tak suruh kau cakap dengan aku. " bidasnya dan dia terus mendaki anak tangga untuk ke bilik kami berdua. Pintu bilik dia tutup dengan kuat. Aku pula cuma tersenyum hambar.

"Kalau saya boleh mati, sekarang juga saya nak Yeojung. "

+++

Kereta milikku diparkir di halaman rumah Nayeon. Dia menelefonku katanya ada sesuatu yang dia mahu bincangkan dengan aku. Perkara itu penting katanya. Selesai sahaja bersarapan, aku terus ke rumahnya.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now