enam

2.7K 372 186
                                    

"Yeojung, dengar ni. Saya nak menyanyi! " ucap Taehyung dengan girang. Gitarnya dipegang dan dia tidak lepas tersenyum. Beria-ia mahu menyanyi di depan aku.

"Ya saya dengar ni. Haa nyanyilah. "  aku duduk bersila di depannya di atas katil dan menunggu petikam gitar darinya. Dia petik gitar dengan dendangan yang cukup merdu.

"If you, if you, ajik neomu neujji anhassdamyeon, uri dasi doragal suneun eopseulkka, if you, if you, neodo nawa hati himdeuldamyeon, uri jogeum swipge gal suneun eopseulkka, isseul ttae jalhal geol geuraesseo. "  nyanyinya. Belum sempat dia nak teruskan nyanyian, aku terus pegang tangan dia dan menyebabkan dia terhenti mahu memetik gitar.

"Waeyo? " dia pandang aku dengan riak polos. Pelik kenapa aku menghentikan kelakuan dia. Aku gigit bawah bibir dan geleng perlahan.

"Janganlah nyanyi lagu ni. " ujarku dengan nada perlahan. Taehyung angkat kening kanan dia. "Kenapa? "

"Lagu ni sedihlah. Lagu ni macam kita nak berpisah je. Saya tak suka. Nyanyilah lagu happy-happy sikit. " cebikku. Taehyung tergelak kecil. Dia usap kepala aku dengan sengihan dia.

"Aigoo, sayang saya ni sensitif lah. Haih baru feeling nyanyi lagu broken, dia dah spoil. Takpe, takpe. Demi Yeojung, Taehyung nyanyi lagu lain ya? " Taehyung cuit dagu aku diikuti dengan nada yang sengaja dia comelkan. Aku tersenyum. Ada-ada je dia ni.

"Despacito
Quiero respirar tu cuello despacito
Deja que te diga cosas al oido
Para que te acuerdes si no estas conmigo
Despacito
Quiero desnudarte a besos despacito
Firmo en las paredes de tu laberinto
Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito. "

Malam itu, penuh dengan nyanyian merdu Taehyung bersama alunan gitar yang dia petik di dalam bilik kami berdua.

+++

Aku selubung di dalam selimut. Keadaan bilik aku gelap. Dah berapa jam aku tidak keluar daripada bilik. Lagi 3 jam, genap 24 jam aku terkurung di dalam bilik dan murung. Otak tidak lepas mengingati kenangan aku bersama Taehyung yang dulu. Tak, aku kena lupakan. Aku tidak boleh begini.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembua perlahan. Berharap jika aku berbuat sedemikian, aku akan rasa sedikit tenang. Berharap aku akan dapat buang segala kenangan yang bagi aku mungkin dah tiada guna untuk disimpan lagi. Kenapa aku perlu sanjungkan sangat kenangan dahulu sedangkan Taehyung tidak pernah langsung? Tidak adil jika begitu.

Tok tok!

Ketukan di pintu bilik aku membuatkan aku mengeluarkan kepala aku dari dalam selimut dan aku pandang ke arah pintu. Aku lap airmata aku dengan kadar segera dan aku bangun dari katil.

"Yeo, ni omma. "

Aku kemaskan sedikit katil aku yang agak berselerak dan aku pergi ke arah suis lampu lampu dibuka bagi menerangi bilik aku. Langsir tingkap juga turut aku singkap ke tepi.

"Sekejap, omma. " balasku. Aku berdiri depan pintu dan aku memastikan bahawa tiada satupun airmata yang melekat di tubir mataku ataupun pipi.

Klik!

Aku buka pintu bilik dan terpapar figura omma di depan aku. Aku hadiahkan dia senyuman manis sebelum membuka luas pintu bilik aku. Omma balas senyuman aku dan dia lihat keadaan bilik aku sekejap.

"Kenapa tak keluar bilik? Yeo tak lapar ke? Omma ada buat kek ikan dengan kuih beras kegemaran Yeo. Marilah turun makan. " katanya dengan lembut. Aku garu belakang leher aku yang tidak gatal. Rasa bersalah pula sebab tak tolong omma di dapur.

"Nanti Yeo turun. Yeo nak mandi dulu. Omma turunlah dulu. " balasku. Omma angguk dan dia terus berpaling untuk ke ruangan makan semula. Aku menutup pintu bilik aku dan masuk semula ke dalam bilik.

Ting!

Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku mencapai telefonku dan peti mesej dibuka. Daripada Taehyung. Aku mendengus perlahan. Banyak kali dia cuba berhubung dengan aku, tapi aku tolak. Kalini dia mencuba nasib dengan mesej pula. Apa kena dengan lelaki ini? Nak pujuk aku? Hipokrit betul.

Sayang, awak kat mana? Jangan buat saya macamni. Saya minta maaf sebab tipu awak. Tapi, saya buat semua ni bersebab. Bukan saja-saja. - Taehyung.

"Tch. " senyuman sinis terukis di hujung bibir aku. Ayat dia tidak pernah berubah sejak dulu lagi untuk memujuk aku. Sehinggakan aku muak mendengar ayatnya yang sama sahaja.

Jadi aku juga tinggalkan kau bersebab. Semoga berbahagia dengan Nayeon. Tahniah sebab bina rumahtangga di atas penderitaan aku.

Cukup sedas aku membalas. Tidak terfikir langsung untuk menjaga hati lelaki ini. Biarkanlah dia. Buat apa perlu jaga hati dia sedangkan dia tidak pernah menjaga hati aku. Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku menolak sahaja lamaran dia. Tiada guna juga kami bercinta semenjak dari bangku sekolah dulu. Semuanya dusta dan hancur begitu sahaja.

Lelaki kalau dah jumpa perempuan yang lebih cantik, semuanya dia lupakan. Terlalu kejarkan kesempurnaan paras rupa daripada hati yang ikhlas dalam percintaan. Heh, aku tak patut percayakan Kim Taehyung.

+++

Jadi aku juga tinggalkan kau bersebab. Semoga berbahagia dengan Nayeon. Tahniah sebab bina rumahtangga di atas penderitaan aku. - Sayang.

Tipulah kalau aku kata aku tidak tersentap. Ayat Yeojung pedas buatku. Tapi aku patut menerima cemuhan dari dia. Hati siapa yang tidak terluka bila ditipu. Aku tahu dia terluka. Aku bodoh sebab salah langkah.

Kenapa susah sungguh mahu memujuk hati gadis ini pada waktu ini? Keras sungguh hati dia.

"Tae, buat apa tu? " suara Nayeon yang menyapa aku dari belakang terus membuatkan aku memasukkan telefon ke dalam poket. Aku pusingkan badan dan pandang dia.

"Tak, tak buat apa pun. " balasku. Aku senyum dan aku kembali memusingkan badan aku membelakangi dia. Langit mendung aku pandang dengan sayu. Seolah-olah dia mengerti akan perasaan aku ketika ini.

"Saya rindukan awak. " belakang badanku Nayeon peluk dan dia sandarkan kepala dia pada bahu aku. Lihatlah, baru sehari tidak berjumpa dia sudah rindu. Bagaimana aku mahu tinggalkan dia berminggu-minggu lamanya jika begini? Dia terlampau manja dan itu kelihatan comel di mata aku.

"Baru sehari tak jumpa, dah rindu? " sengaja aku mengusik. Nayeon merengek dan dia menggeselkan badan dia pada belakang badan aku. Aku tersenyum kecil. Haih, manja sungguh. Sampaikan aku tidak sampai hati mahu meninggalkan dia lama-lama.

Tapi senyuman aku mati bila mula teringatkan sesuatu. Bukankah dulu Yeojung pernah memeluk aku juga dan melafazkan kata rindu pada aku? Tetapi ketika itu aku dengan mudahnya menolak pelukan dia akibat rimas. Entah kenapa aku rasa rimas waktu itu. Sebab tu aku menolaknya. Tidak membalas rindu dia langsung sedangkan seminggu juga aku tinggalkan dia.

Hati aku kini diulit rasa serba salah semula. Dahulu aku dengan mudah menolak pelukan hangat dia, dan sekarang aku terlalu inginkan pelukan dia semula. Inikah rasanya membina rumah tangga di atas penderitaan seseorang? Lebih-lebih lagi isteri sendiri? Rasa serba salah sering datang menghantui diri. Aku tidak suka perasaan ini. Kejam sangatkah aku?

Bila difikirkan semula, ya aku kejam. Kejam kerana tidak memikirkan perasaan Yeojung. Wanita yang betul-betul aku cintai selama ini tetapi buta disebabkan belas kasihan terhadap isteri kedua. Aku tidak adil. Melebihkan isteri kedua daripada isteri pertama. Itu salah aku. Aku tidak matang untuk semua ini. Memang patut Yeojung tinggalkan aku. Sudah pasti dia terlampau terluka dan terkejut.

Tidak apa, aku akan cuba dapatkan dia semula. Selepas ini, tidak akan sesekali aku mudah melepaskan dia dari genggaman aku lagi. Aku bersumpah.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now