sepuluh

2.4K 368 110
                                    

Aku rebahkan badan aku di katil. Baru hari ni aku balik ke rumah Yeojung dan harini juga sudah genap seminggu aku bergelar suami kepada Nayeon.

"Tae, awak nak kopi atau teh? " suara Yeojung buatkan mata aku terbuka semula. Badannya yang berada di muka pintu, aku pandang dengan senyuman. Ahh, aku rindukan dia.

"Air kosong je. " jawabku lembut. Yeojung angguk dan dia berlalu pergi ke dapur semula. Baru sahaja aku mahu melelapkan mata semula, telefon milikku bergetar. Aku ambilnya dari poket dan angkat tanpa melihat nama pemanggil.

"T-Tae... " suara lirih seseorang dari talian buatkan mata aku segar bugar. Ini suara Nayeon.

"Nayeon, kenapa ni? " aku terus duduk dari pembaringan aku dengan segera. Risau pula aku bila dia sebegini.

"T-Tae hikkk b-balik Tae. S-saya takut. " tangisnya. Aku makin risau.

"Saya baru je balik sini. Awak kenapa, Yeon? " soalku. Esakan Nayeon makin jelas di pendengaran aku.

"A-appa saya... Dia datang hikk. Balik Tae, tolong saya. Saya s-sakit. " ujarnya gagap dengan tangisan. Aku terus berdiri tanpa meletakkan panggilan.

"Awak tunggu. Saya datang. " aku matikan panggilan dan terus aku turun ke tingkat bawah. Kunci kereta aku capai di kabinet televisyen.

"Tae, awak nak kemana? " langkah aku terhenti bila suara Yeojung menyapa aku. Aku berpaling ke belakang dan aku telan liur.

"S-saya nak ke office. " bohongku. Bawah bibir aku ketap. Di tangan Yeojung ada air kosong buatku. Dia menghampiri aku dengan wajah sedih.

"Awak baru balik sini tak sampai sejam. Nak keluar lagi? " nadanya seperti memujuk aku. Berat pula hati aku mahu tinggalkan dia.

"Saya ada hal emergency di office. Maaf, nanti saya balik okay? " aku cium dahi dia dan bibir dia sekilas. Selepas itu, aku terus berlalu keluar tanpa berpaling. Rumah Nayeon aku tuju.

Bermula dari sinilah, dimana aku selalu meninggalkan Yeojung keseorang di rumah.

+++

Bagasi milikku, Yeojung letak di tepi almari. Kemudian dia buka almari dia dan dia susun satu persatu baju milikku. Badanku, aku rebahkan di katil. Belakang badan Yeojung, aku pandang.

Selepas selesai, dia tutup almari baju dan dia buka almari bawah pula. Dia keluarkan toto dan selimut dari situ. Aku cuma perhatikan gelagat dia dengan curiga. Dia hampiri aku dengan toto dan selimut di tangan lalu dicampakkan ke muka aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Ambil tu dan bentang kat bawah. Jangan mimpi nak tidur sekatil dengan aku. " bidasnya kasar. Aku alihkan toto dan selimut daripada muka aku dan aku pandang Yeojung yang berdiri di depan aku.

"Kenapa pula? Saya nak tidur dengan awak atas katil ni. " ujarku dengan cuba mengawal nada manja walhal hatiku sudah kecewa dengan perubahan dia.

"Kau fikir aku hamak nak tidur dengan kau? Berambus kau sana. Dah, kau pergi mandi lepastu turun makan. " katanya dengan dingin lalu dia berlalu pergi. Belum sempat dia nak pergi, aku pegang tangan dia.

"Sekejap, Yeo. " aku bangun dan berdiri di belakangnya. Dia langsung tak berpaling untuk pandang aku.

"Walau benci mana pun awak pada saya tapi saya nak awak tahu yang perasaan saya pada awak tak pernah berubah walau sedikit pun. Saya masih cintakan awak sama macam dahulu. Go Yeojung, masih yang pertama dalam hati saya. Saya tau sukar untuk awak maafkan saya, takpe saya beri awak masa. Pasal perkahwinan saya dengan Nayeon...biar saya seorang saja yang tau sebabnya kenapa. Sumpah, bersebab saya berkahwin dengan dia. Awak masih yang saya cinta dan sayang Yeo. Bukan orang lain. Awak pun masih isteri saya. Susah ke saya nakkan isteri saya yang dulu? " nadaku rendah dan tenang. Perasaan sebak cuba aku kawal. Aku tidak mahu dia nampak aku lemah. Ingat, V yang BTS kenal adalah hati kering dan tabah!

Tanpa balasan, Yeojung lepaskan pegangan dia pada aku secara kasar dan terus di berlalu pergi untuk keluar dari bilik. Wajah dia sedikit pun tidak menunjukkan riak rasa bersalah. Dia langsung tidak pandang aku malahan dia seperti menolak kata maaf dan penjelasan yang cuba aku berikan. Aku tersenyum tawar.

"Takpe Taehyung, dia masih cintakan kau tu. " mataku, aku kesat guna hujung baju kemeja aku. Jangan risau, aku kuat untuk tempuh semua ini.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now