empat belas

2.2K 310 46
                                    

Aku pandang bungkusan plastik yang berada di sebelah aku sekilas. Stereng aku pegang dan kembali fokus pada jalan. Aku beli makanan kegemaran Yeojung. Aku belikan dia stu ayam pedas untuk dia hirup. Malam-malam macam ni kalau hirup sup memang sedap.

Badan aku terasa sengal akibat penat. Sekarang aku sibuk menguruskan hal penceraian aku dengan Nayeon. Jumpa peguam lah, ke mahkamah lah. Memang penat. Lagi-lagi Nayeon sekarang menetap di Eropah, lagilah lama prosesnya. Fail penceraian yang perlu Nayeon tandatangani telah dihantar ke Eropah oleh peguam aku. Dia jadi lambat sebab perjalanan Korea ke Eropah bukannya sekejap. Nayeon pula sekarang sedang sibuk sebab dia dah ada kerja di sana.

Aku perasan sejak dua menjak ni, Yeojung makin benci pada aku. Dulu takde lah dia benci aku sampai macam ni. Ini siap suruh aku mati lagi. Aku pun pelik. Takkan marah dia makin lama makin teruk kot. Sedangkan sudah hampir sebulan juga kami bertengkar. Tapi setiap apa yang dia buat pada aku, semuanya aku cuba untuk sabar. Cukuplah sekali aku pernah menamparnya. Perkara itu jika diingat kembali memang cukup meninggalkan kesan di hati aku. Aku terlalu marah dan penat ketika itu. Jadi emosi aku tidak terkawal. Bukan aku tidak pernah meminta maaf pada Yeojung, tapi haih entahlah.

Sesampainya aku di rumah, aku memarkirkan keretaku di halaman rumah. Pagar automatik aku tutup setelah kereta aku selamat masuk ke halaman rumah. Kemudian pintu rumah aku buka bersama bungkusan makanan buat Yeojung dan aku. Aku pergi ke dapur dan bukakan bungkusan itu buat Yeojung. Aku letakkan stu ayam pedas itu di mangkuk dan sudu aku capai. Aku letakkan stu ayam pedas itu di dulang bersama dengan air kegemaran Yeojung, air milo.

Aku menatang dulang tersebut dan mula mendaki anak tangga ke bilik kami. Pintu bilik aku buka dan aku lihat Yeojung sedang bersandar di kepala katil sambil bermain dengan telefon pintarnya. Aku tersenyum kecil. Baguslah dia tidak tidur lagi. Aku tutup pintu dan kaki aku mula menghampiri dirinya. Aku duduk di sebelahnya dan dulang tersebut aku letak di meja kecil yang berada di tepi katil.

"Sayang, mari makan. Saya ada beli makanan kegemaran awak ni. Lepas makan, awak rehat okay? " ujarku lembut seraya mengangkat mangkuk tersebut.

"T-Tae... " panggil Yeojung dengan lemah. Aku kalihkan pandangan ke arah dia dan bergumam. Dia tolak dada aku perlahan bila aku dekat sangat dengan dia. Muka dia mula pucat.

"Jauhlah. Awak buat saya rasa nak muntah balik. " katanya. Aku senyum dan angguk. Mangkuk aku serahkan pada dia dan aku bangun dari dudukku lalu aku duduk di lantai sambil memandang dia.

"Makanlah. " kataku sambil perhati dia. Yeojung capai sudu untuk hirup kuah sup itu. Perlahan-lahan dia menghirup makanan kegemaran dia. Sampai sahaja lima kali suap, dia mula meletakkan semula mangkuk itu pada dulang dengan segera dan mulutnya ditekup gaya seperti mahu muntah. Aku sudah cuak dan aku segera menghampiri dia dan gelas air milo aku serahkan pada dia.

Yeojung capai gelas air milo itu lalu dia minum air itu. Tapi malangnya, baru separuh dia minum air itu, dia kembali memuntahkan segala isi yang dia makan tadi ke arah aku. Baju aku sekali lagi kotor disebabkan muntahnya. Aku tersentak tapi aku biarkan. Walaupun baunya kurang menyenangkan, tapi aku menepuk perlahan belakang badan Yeojung supaya dia memuntahkan lagi isi perutnya sehingga puas.

Setelah dia muntahkan segalanya, dia kembali bersandar pada kepala katil dan menarik nafas dalam-dalam sambil pejamkan mata. Dia nampak lemah. Aku jadi kasihan. Yeojung jarang sakit tapi kalini sakit dia memang teruk. Aku pun tidak tahu mengapa. Lemah sungguh dia sampai asyik muntah-muntah. Nampak seksa jika menjadi diri dia.

"Awak okay? " soalku risau. Aku mahu dekat dengan dia lagi, tapi bila teringat yang diri aku makin membuatkan dia sakit jadi aku batalkan niat aku itu. Yeojung diam seketika sebelum bersuara.

"Kenapa stu tu rasa macam dah basi. Air milo tu pula rasa macam payau je. " kritiknya dengan suara lemah. Aku kerutkan dahi dan aku cuba rasa stu ayam pedas serta air milo yang aku bungkus itu. Aik, sedap je. Mana ada basi dan rasa payau.

"Biasa je. Sedap je saya rasa macam selalu. " kataku. Yeojung geleng dan dia kesat mulut dia guna hujung lengan baju dia. Dia picit dahi dia untuk kurangkan pening.

"Tae, saya nak nasi kepal dengan susu. " pintanya. Makin berkerut dahi aku jadinya. Itukan makanan yang paling Yeojung tidak suka. Lagi-lagi susu. Sejak kecil lagi Yeojung tidak suka susu malah dia anti.

"Aik? Bukan awak tak suka makanan tu ke? " pelikku. Yeojung merengek dan dia mula menangis. Panik aku jadinya bila Yeojung meraung kuat.

"Alah beli je lah! Nak nasi kepal dengan susu! Janganlah banyak sogeh hik! " nangisnya sambil pukul-pukul katil kami.

"Okay, okay saya pergi beli. Awak tunggu sini. " aku segera memujuknya dan bangun. Yeojung berhenti menangis. Aku masuk ke dalam tandas dan mula mandi lalu menukar pakaian ke pakaian baru. Kemudian aku bersihkan dulu sisa-sisa muntah yang terkena pada lantai dengan kain basah dan mopkan. Selepas itu, baru aku keluar. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi tapi aku gagahkan juga diri untuk mencari makanan buat Yeojung meskipun aku terasa letih dan mengantuk.

+++

Gais final is around the corner! Yehaaa! HAHAHAHHAHAA

Anggaran author setakat ni, dlm 5 atau 6 chap lgi je sebelum final. Hohohoho dan yeah, author taktau sama ada nak buat special part or tak. Masih fikirkan. Heheheheheh

So, next season adalah suga punya. Korang masih nak baca season suga punya or tidak? Hahahahahahah saja tanya.

Dan macam yg author kata, suga punya lain sikit drpd yg lain. Sebab suga punya pasal dracula. Hehehhe lain tak? Wuuu~~~author byk sgt tgk anime-anime hisap darah ni 🌚

Hahahahahha harap-harap korang bacalah season 3 pulak ye. Hoho saranghae!

© [S1-S2] SONGS | BTSWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu