enam belas

2K 312 75
                                    

"Tae, nak cium. "

"Tae, nak peluk. "

"Tae, nak dukung. "

"Tae, nak Tae. "

Segala arahan Yeojung, semua aku turutkan. Walaupun ada sesetengah arahan dia pelik, tapi aku tetap turutkan. Nanti kalau tak ikut, dia menangis. Cakap aku tak sayang dia lah, ada perempuan lainlah. Rimas tu adalah juga, tapi omma pesan orang mengandung ni memang banyak ragamnya. Kena ikut je lah.

"Tae, tolong ambilkan serbuk kunyit kat dapur sekejap. " pinta Yeojung yang sedang duduk di sebelah aku sambil menonton televisyen. Aku cuma ikut dan pergi ke dapur kemudian datang ke arah dia semula.

"Awak nak buat apa? " aku serahkan dia bekas yang diisi dengan serbuk kunyit kepadanya. Yeojung tersenyum lebar seraya mengambil bekas itu dari tangan aku. Dia nak buat apa?

Yeojung buka bekas itu dan penutupnya diserahkan kepada aku. Aku ambil dan tidak lepas aku perhatikan tingkah lakunya terhadap serbuk kunyit itu. Dia ambil serbuk kunyit itu menggunakan sudu yang berada di dalam bekas itu lalu disuakan ke mulutnya perlahan-lahan. Mata aku membuntang.

Pak!

Aku rampas bekas serbuk kunyit itu darinya sehingga sudu yang dia pegang terjatuh ke lantai. Yeojung terkejut. Dia pandang aku dengan terpinga-pinga. Mata dia mula berair. Ah, sudah.

"Sayang, kenapa gatal sangat nak makan kunyit ni haa? " soalku dengan kerutkan dahi. Bibir Yeojung mula bergetar. Tanda mahu menangis.

"Tae, bagi balik! Yeo nak! Kunyit sedap! " bentaknya. Aku geleng. Wajah dia aku tatap dengan tajam.

"Tak boleh! Gila ke nak makan kunyit? Nanti effect baby macam mana? " nadaku sedikit mengeras. Serentak itu airmata Yeojung mula jatuh beserta dengan esakan dia yang kuat. Sensitif betul isteri aku ni.

"Tae marah Yeo! Bencilah! Taknak kawan Tae! Tae dah tak sayang Yeo! Mentang-mentang Yeo dah gemuk, berisi, tak lawa, Tae suka-suka je marah Yeo! Benci Tae hikk! " tangisnya sambil pejam mata. Nampak macam sedih betul. Padahal kunyit je pun.

"Hey sayang, uljima. " aku letakkan bekas serbuk kunyit di sebelah aku kemudian tubuh Yeojung aku tarik rapat ke arah aku. Badannya aku peluk dengan erat. Belakang kepalanya aku usap lembut. Esakan dia kedengaran di gegendang telinga aku.

"Awak yang buat saya nangis. Pujuk balik. " katanya dengan nada merajuk. Berkali-kali dia sedut hingus dia dan bahu dia terhinjut-hinjut akibat menangis teresak-esak.

"Okay, okay. Sorry ya? Saya bukan tak kasi awak makan serbuk kunyit tu sayang. Tapi memang tak boleh makan. Mana ada orang makan serbuk kunyit. Lagipun awak pregnant kan? Awak kena jaga kesihatan awak sebab sekarang awak bawa lagi satu nyawa. Tak kesian ke dekat baby kita ni? Ibu dia mengidam benda pelik-pelik. Tak elok tau. " pujukku dengan nada yang amat lembut sambil mengusap kepala dia. Tangisan Yeojung reda sedikit.

"T-Tapi... Kunyit sedap. " katanya gagap dengan cuba sedaya-upaya untuk berhenti menangis. Aku geleng. Aku cium telinga dia sekilas.

"Mana ada sedap. Saya lagi sedap tau. Sudah, jangan menangis ya? Nanti baby pun suka nangis. " aku tepuk belakang badan dia berkali-kali dengan lembut. Yeojung letakkan muka dia pada dada aku dan dia kesat mata dia guna fabrik bajuku di dada. Aku cuma biarkan.

"Taetae, nak tidur. " ujar Yeojung sambil pandang aku. Mata dan hidung dia merah. Aku tersenyum kecil. Comel. Aku selitkan rambut dia ke belakang telinga.

"Nak tidur sorang ke nak Tae teman? " soalku sengaja mengusik. Bukan aku tidak tahu dia tidak boleh berenggang dengan aku. Sengaja mahu dia merengek kerana bagi aku perkara itu comel. Dan ya, betul tekaan aku. Yeojung muncungkan mulut dia dan dia sedang merengek. Alolo, kesian isteri saya.

"Nak Taetae teman. " rengeknya. Aku tergelak dan aku angguk. Aku bersihkan kawasan ruang tamu yang bersepah dan simpan bekas serbuk kunyit tadi di tempat asal. Kemudian kami berdua menuju ke bilik kami.

Yeojung melabuhkan badan dia ke atas katil. Perut dia yang sedikit membesar itu kelihatan comel dengannya. Iyalah, badan dia kecil sahaja. Nampak seperti budak sekolah menengah yang tengah mengandung. Usia kandungan dia kini sudah mencecah lima bulan. Tidak sabar rasanya mahu menimang anak sulung.

"Tae, baring sini. " Yeojung menepuk sebelah katilnya yang kosong itu. Aku angguk dan buka jam tangan aku dulu sebelum mendekati katil. Aku baring di sebelah Yeojung yang kosong. Baru saja aku baring, terus tubuhku didakap olehnya.

"Erm, Tae wangi. " katanya dengan menyembamkan wajah pada bahu aku. Tangannya kemas melilit pinggang aku. Aku kalihkan badan berhadapan dengannya dan pinggang dia, aku peluk juga. Aku rapatkan badan dia ke arahku.

"Jinjja? Haa baulah puas-puas. " selorohku dengan ketawa kecil. Keadaan jadi senyap seketika sebelum Yeojung membuka mulutnya semula. Dia pandang aku dengan menarik-narik baju di bahagian dada aku. Mukanya turut dicomelkan. Haa sudah, apa lagi permintaan peliknya kali ini?

"Tae, bukaklah baju. " pintanya. Terbuntang mataku dibuatnya. Raut wajahnya dipandang seakan tidak percaya. Apa yang mintakan sebentar tadi? Buka baju?

"Kenapa nak saya buka baju? " soalku dengan sedikit pipi yang membahang. Yeojung tidak lepas menarik-narik fabrik bajuku dengan manja.

"Alaa bukaklah Tae. Bolehlah, bolehlah. " matanya dibulatkan dan bibirnya dimuncungkan tanda memujuk. Aku gigit bawah bibir dan mengeluh perlahan.

"Haih yelah yelah. " aku duduk dari pembaringan aku dan bajuku dibuka kemudian diletakkan di bawak katil. Aku baring semula dan peluk badan Yeojung semula. Dia balas pelukan aku semula dengan gembira.

"Baru selesa. Wanginya Tae. Yeo suka bau badan Tae. " dia geselkan muka dia pada dada aku dan aku tahan malu aku bila diperlakukan begitu. Ya tuhan, nasib baik si Yeojung ini sedang mengandung. Boleh pula dia goda aku.

"Tae, kenapa sixpack Tae makin nampak ni? Tae pergi gym ke? " soal Yeojung dengan memegang sixpack aku. Dia pandang aku dan aku tepis perlahan tangan dia. Geli.

"Kenapa? Tak suka ke? Tak seksi? " soalku lalu bibir dia aku cium sekilas. Yeojung geleng. Dia cium bibir aku sekilas pula lalu rehatkan kepala pada bahu aku.

"Taklah. Makin seksi. Yeo suka. Jangan tunjuk dekat perempuan lain tau. Sebab sixpack ni seksi sangat. Nanti dorang tergoda. " omel Yeojung. Aku tergelak kecil. Kami berdua mengeratkan lagi pelukan masing-masing.

"Nasib baik awak mengandung Yeo, kalau tak dah lama kena terkam. " kataku. Yeojung pandang aku semula dan mata kami bertembung. Dapat aku kesan debaran jantung Yeojung disebabkan badan kami berdua amat rapat.

"Awak ingat awak sorang je ke? Saya pun samalah. Cuma saya fikirkan anak kita je, kalau tak dah lama awak kena rogol dengan saya. Heh! " balas Yeojung yang mampu buatkan aku terkejut. Lama-lama aku terdengar dengkuran halus daripada dia dan aku tersenyum kecil. Macam-macam betul isteri aku ni.

+++

Saya pendekkan chap sbb x sbr nk tulis part suga HAHAHAHAHAHAHHAHA

So gais, next chap dahh ending! Hahahahahahahah

Suga~~~i'm coming aummm

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now