dua

2.2K 339 11
                                    

"Sayang. " pinggang rampingku dipeluk kemas oleh Taehyung dari belakang. Aku yang sedang duduk di balkoni sambil memandang langit cuma membiarkan.

"Lapar ke? " aku soal sambil mengusap pipi kanan dia dari depan. Taehyung geleng.

"Taklah. Saja nak bermanja. " ujarnya. Aku cuma angguk. Pelukan makin dieratkan oleh Taehyung sampai senak aku jadinya.

"Tae sakitlah! Janganlah kuat sangat. Nak saya mati ke sebab tak bernafas? " tangan dua yang berada di perut aku, aku pukul lembut. Taehyung tersengih.

"Alah peluk kuat sikit marah. " Taehyung cium belakang kepala aku dan dia sembamkan dagu dia pada bahu aku.

"Sayang. " dia panggil aku.

"Ya, awak. " aku menajwab tanda aku dengar.

"Janji jangan tinggalkan saya? " pintanya sambil pandang sisi wajah aku. Aku tergelak kecil.

"Ya Tae. Saya janji. " aku toleh untuk tatap mata dia dan bibir dia aku kucup dengan lembut.

+++

Kreak!

Pintu bilik aku buka. Kelihatan Taehyung sedang berdiri di balkoni bilik kami berdua. Briefcase miliknya aku letakkan di atas meja solek.

"Taehyung. " panggilku. Taehyung bergumam. Aku senyum bila dia dengar.

Aku dekati Taehyung dan tubuh dia aku peluk dari belakang. Rindu yang teramat pada lelaki ini. Sudah dua hari dia tidak pulang kerumah. Katanya outstation. Tapi entah kenapa, aku merasakan yang berlawanan. Adakah outstation tanpa membawa pakaian? Takkan dua hari ni dia pakai baju yang sama?

"Saya rindukan awak. " ujarku. Pelukan aku eratkan. Tapi aku tersentak bila Taehyung genggam tangan aku dan dia lepaskan pelukan.

Taehyung pusingkan badan dia menghadap aku dan dia tenung aku dengan wajah kosong. Tiada perasaan. Tangan aku dia lepaskan.

"Saya penat. Nak mandi. " dia terus berlalu pergi meninggalkan aku berseorangan di balkoni. Dia masuk ke dalam tandas setelah mencapai tuala. Aku terkaku.

Aku pandang lantai dan ukirkan senyuman kecil. Lama-lama bahu aku jadi terhinjut sedikit. Akibat menangis. Airmata aku gugur lagi disebabkan perubahan dia. Aku lap airmata aku guna lengan baju tapi tidak berhasil. Aku masih cuba untuk mengelap airmata gunakan lengan baju walaupun aku tahu itu adalah mustahil kerana hati aku betul-betul sakit.

"Hikk uljima Yeojung, uljima... " sekali lagi, aku cuba memujuk hati aku sendiri.

+++

Awal pagi lagi aku dah bangun untuk sediakan sarapan buat Taehyung. Sepanjang aku membuat sarapan, senyuman tak lekang di bibir aku. Aku gembira Taehyung berada di rumah. Aku tidak rasa kesunyian.

Tok tok!

Bunyi ketukan di pintu rumahku mematikan aktiviti aku. Aku menuju ke arah pintu dan pintu utama dibuka. Figura Nayeon memenuhi ruangan mata aku. Dia senyum lantas tubuh aku dia peluk erat sambil melagakan pipi.

"Eh, Yeon. Kenapa datang? Tak bagitau pun. " aku pandang dia dan tangan dia aku genggam sambil menuju ke dapur semula dengan dia.

Nayeon duduk di meja makan sambil pandang aku yang menyambung kembali aktiviti memasak aku. Dia pandang sekeliling rumah aku sebelum bersuara.

"Akukan PA suami kau. Harini ada meeting dengan klien dari Vietnam. Tu aku datang sini nak bawa dia pergi tempat meeting tu. " jawabnya petah. Aku cuma angguk. Selama ini Nayeon yang uruskan jadual kerja Taehyung. Aku faham kerja dia.

"Taehyung tengah mandi lagi. Kejap lagi dia turunlah tu. " jawabku.

"Kau dengan Taehyung macam mana? Okay? " soal Nayeon prihatin.

"Okay je. Semalam dia balik dapat jugaklah aku lepaskan rindu. " aku tersengih semasa bercakap dan aku pandang Nayeon. Nayeon tersenyum bahagia bila tengok aku gembira.

"Baguslah tu, Yeojung. " jawabnya.

"Oh, Nayeon? " Taehyung yang sedang menuruni tangga bersuara bila ternampak kelibat Nayeon. Kami berdua pandang ke arah Taehyung.

"Bos. "

"Awak, sarapan dulu? " aku dah hidangkan nasi goreng kimchi di atas pinggan dan aku letak di atas meja. Taehyung berdiri di meja makan sambil memakai jam tangan dia.

"Tak apalah. Saya dah lambat. " ujarnya. Senyuman aku mati perlahan-lahan.

"Bos, you need to breakfast first. Lepastu baru kita pergi. " kata Nayeon. Aku tahu dia tak nak kecewakan aku sebab aku dah siap masak.

"It's okay. Kita breakfast kat luar. Jom. " Taehyung terus berjalan keluar dari rumah. Nayeon terkial-kial mencapai beg tangan dia.

"Yeojung, sorry okay? Kesian kau. " simpati Nayeon. Aku geleng.

"Tak.. Takpe. " jawabku. Nayeon peluk aku dan lagakan pipi kami berdua sebagai tanda perpisahan. Kemudian dia terus berlari ke arah pintu untuk mengejar Taehyung.

Aku pandang masakan aku dengan pandangan kosong. Banyak ni aku masak. Haih, nampaknya kena buang lagi lah ni.

Takpe Yeojung, mungkin dia tak ada selera nak makan nasi harini. Fikir positif. Dia suami kau. Taat pada dia.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now