tujuh

2.5K 369 62
                                    

"Tae. " aku palingkan wajah aku pada Yeojung. Dia hampiri aku dan memeluk aku dari tepi. Pinggang aku, dia peluk dengan kemas.

"Kenapa, sayang? " aku usap perlahan rambut dia. Yeojung geselkan kepala dia pada dada aku dan dia dongakkan kepala dia untuk pandang aku.

"Erm jawatan kosong untuk jadi PA awak tu masih ada tak? " soalnya. Dahi aku berkerut. Kenapa dia tanya? Dia nak kerja dengan aku ke?

"Ya, masih kosong. Kenapa? Awak nak kerja dengan saya? " tanyaku lagi. Yeojung lantas menggeleng dan dia kini duduk sambil pandang aku. Aku balas pandangan dia.

"Taklah. Saya nak awak ambil Nayeon bekerja dengan awak. " jawabnya. Kening aku ternaik. Nayeon? Itu bukankah kawan baik Yeojung yang selalu bersama dengan Yeojung sewaktu dia kebosanan?

"Kenapa pulak? " aku menagih kepastian. Yeojung hembus nafas berat.

"Saya kesian dekat Nayeon. Yelah, dia dahlah tak ada keluarga dah. Ayah dia pula jarang balik. Bila balik selalu minta duit kat dia. Kalau dia jawab takde, mesti dia kena pukul. Pendapatan dia pun tak tetap. Saya cuma kesian je kat dia. Sekurang-kurangnya bila dia kerja dengan awak, pendapatan dia tu tetap. Dapatlah jugak dia tampung kehidupan dia. " terang Yeojung panjang lebar. Ternganga aku dibuatnya. Tidak sangka pula aku yang Nayeon hidup sebegitu rupa selama ini.

"Iyelah. Demi awak, semuanya boleh. " jawabku seraya mencuit dagunya. Yeojung tersengih dan dia kembali memeluk aku. Aku balas pelukan dia.

Aku tidak sangka permintaan dia yang kalini, mampu mengubah segalanya.

+++

Bunga ros berwarna putih aku letakkan pada makam sahabat baikku, Jungkook. Satu lagi bunga ros yang lain, aku letakkan pada makam yang berada disebelahnya iaitu makam Hanbyul. Aku ukir senyuman sayu.

"Kook, kalaulah kau hidup lagi. Mesti kau dah nasihat aku macam-macam kan? Aku ni mana matang dalam benda-benda macam ni. Mesti kau akan ketuk kepala aku dengan tangan besar kau tu bila kau tau aku buat keputusan macamni. " luahku seraya mengusap perlahan batu nisan milik Jungkook.

"Kau dengan Hanbyul sama je. Mesti korang marah gila bila tahu semua ni kan? Mesti korang kata aku bodoh. Yelah, aku memang bodoh sebab tu dari dulu lagi aku masih tak dapat tambat hati Hanbyul. " mata aku mula berkaca. Rindu sungguh pada Jungkook dan Hanbyul tika ini. Aku menunduk bila terasa lemah. Airmata tinggal mahu gugur.

Tuk!

"Auw! " aku mengerang kesakitan sedikit bila terasa kepala aku diketuk seseorang. Aku mendongak dengan tangan yang berada di kepala. Sebaik sahaja aku mendongak, mata aku membuntang besar.

"J-Jungkook? "

"Haish, kau ni bodohkan V? Dah tahu tak mampu, nak pasang dua tiga. Eii budak alien ni, aku cepuk nanti. " amarah Jungkook. Wajah dia sedikit mencebik dengan dia bercekak pinggang di depan aku sambil berdiri. Baju dia dari atas sampai bawah, semuanya putih bersih.

Aku berdiri dan pandang figura Jungkook di depan aku. Takkanlah. Jungkook sudah tiada. Apa yang aku nampak ini cuma imaginasi? Atau apa? Aku dekati Jungkook dan aku cuba memegang bahunya.

Terasa. Aku dapat rasa sentuhan diantara aku dan Jungkook. Mata aku kembali memerah. Aku tersenyum lebar. Ya tuhan, ini benar-benar Jungkook. Aku dapat rasakan sentuhan dia.

"Kau kenapa V? Sentuh-sentuh aku. Macam tak pernah sentuh je. " Jungkook tayang muka pelik dia. Dia tepis tangan aku dengan bongkak. Aku tergelak kecil. Tak pernah berubah.

"Yah V! " laungan seseorang buatkan aku dan Jungkook menoleh serentak. Bayangan seorang gadis yang rambutnya dilepaskan parat bahu dengan baju putih bersih yang sama seperti Jungkook mula mendekati kami.

Tuk!

"Yah paboya! " marahnya dengan wajah yang marah. Aku pegang kepala aku yang diluku buat kali kedua dan aku pandang manusia di hadapan aku ni. "Hanbyul. "

"Kau ni kan! Aku tak tau lah kenapa aku ni bodoh sangat! Aduh, V kenapa bengap sangat ni?! Nak kena rendam dalam asid baru nak bijak ke? Aku geram betul mamat petak ni. Karang ada yang masuk paper Lelaki Senyuman Petak Mati Di Tanah Perkuburan. " bebel Hanbyul. Aku tergelak lagi. Dorang ni bising je kerja.

"Hanbyul, sudahlah. " Jungkook peluk Hanbyul dari belakang untuk hentikan amarah Hanbyul pada aku. Hanbyul hembus nafas berat dan akur dengan Jungkook.

"Yelah, aku memang bodoh. Memang patut aku kena tinggal. Dulu bila ada tak reti nak jaga elok-elok, bila dah hilang barulah aku terhegeh-hegeh nak cari balik. " luahku sambil pandang rumput di tanah. Aku tidaj sedar yang mata aku berkaca. Airmata pun hampir jatuh. Bila nak jatuh je airmata aku, aku terkedu dengan kehadiran satu tangan lembut yang sejuk menyentuh pipi aku untuk mengelap airmata aku.

"Janganlah menangis. V kami tak lemah macamni. Kan? " pujuk Hanbyul. Aku tatap mata dia dan dia balas tatapan aku. Wajah Hanbyul sayu je bila tengok keadaan aku yang macamni.

"V kami ceria, periang orangnya. Dia tak murung macamni. Dia selalu jumpa jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dia dan kami hadapi. Sebab tu, BTS sayang kat V. " sampuk Jungkook sambil dia pegang bahu aku. Aku pandang dia pula. Bersilih ganti aku pandang antara dia dan Hanbyul.

"Hik, aku rindukan korang. " serentak itu terus mereka berdua menarik tubuhku untuk dipeluk. Airmata aku jatuh di dalam dakapan mereka. Kami bertiga saling berpelukan. Mereka berdua menepuk perlahan belakang badan aku.

"Shhh, uljima. Kami tau kau boleh hadap V. Cuma perlukan masa. " kata Hanbyul dengan nada lembut. Dia usap perlahan rambut lebat milikku. Aku sudah tersedu.

"Macam mana aku nak dapatkan dia balik? Dia dah tak nak aku. Dia dah lari dari aku. Aku rindukan dia. Hikk aku sayangkan dia. " luahku lagi. Jungkook tidak lepas mengeratkan perlukan untuk berikan aku ketenangan.

"Aku bodoh dan terlampau muda masa tu. Aku tak boleh berfikir dengan baik. Aku dah buat langkah yang salah. Aku tak terfikir pun padahnya dulu. Aku buta antara perasaan aku pada Nayeon. Aku sayangkan dua-dua. Macam mana ni Byul, Kook? " mata aku pejamkan bila rasa dada sesak. Aku tak boleh. Fikirkan yang Yeojung sudah tinggalkan aku pun sudah buat aku rasa nak mati.

"Kalau kau rasa kau tak boleh hidup tanpa Yeojung, kejar dia Tae. Chase her. Jangan lepaskan dia lagi. " kata Jungkook berikan aku semangat.

"Dia tak nak Kook. Dia dah tolak aku mentah-mentah. Dia memang dah betul-betul tawar hati dengan aku. " ujarku sebagai balasan.

"V, perempuan ni kalau dah suka pada seseorang, kau sakitkan hati dia macam mana pun dia masih sayangkan kau. Mulut memang dia kata benci tapi hati dia berlawanan dengan tu. Kau ingat perempuan ni dua tiga hari dah move on ke? Berbulan dia perlukan masa. Kau pergi pada dia, pujuk dia, goda dia, capai dia semula. Aku jamin dia akan terpujuk dengan kau balik. Senang je nak cairkan hati perempuan. Bukannya susah. " nasihat Hanbyul panjang lebar. Aku leraikan pelukan dan pandang mereka berdua dengan sayu.

"Kenapa korang bantu aku? Sedangkan ni semua salah aku. " soalku sambil menunduk. Mereka tersenyum dan Hanbyul memegang tangan kiri aku manakala Jungkook memegang tangan kanan aku. Aku mendongak untuk pandang mereka bila mereka pegang tangan aku.

"Sebab kami sayangkan kau. Kami tak boleh tenang tengok kau terluka dan menangis macamni, V. Aku nak V yang dulu. Jadilah V yang dulu untuk aku, Hanbyul dan BTS. Ya? " kata Jungkook dengan lembut sekali. Aku senyum dan lap airmata aku.

"Aku cuba. "

V yang dahulu, yang hati kering, tak dengar cakap, degil, periang, selalu ceria dan selalu berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak...akan aku cuba untuk menjadi dirinya semula demi mendiang Jungkook dan Hanbyul.

Gomawo, friend.

© [S1-S2] SONGS | BTSDove le storie prendono vita. Scoprilo ora