tujuh belas (ending)

2.7K 332 77
                                    

- Beberapa bulan kemudian -

"TAE CEPAT TAE! ADUHH WOI CEPAT! " aku menjerit memanggil Taehyung dari ruang tamu bila dia lambat sangat ambil kunci kat bilik kami. Itulah, mengada-ngada letak kunci dalam bilik. Macam tak boleh letak kat ruang tamu je.

"KIM TAEHYUNG! CEPAT SIKIT! AIR KETUMBAN PECAH DAH NI WOI! " laungku lagi dan aku mula menarik nafas dan menghembus nafas banyak kali. Perutku yang besar, aku pegang sambil aku berdiri.

"Fuh, fuh. Taehyung junior, kamu sabar ya. Jangan keluar dulu. Kita pergi hospital dulu okay? Sabar ye, sabar... TAE SAKITTT! " mataku mula terasa berair. Ya tuhan, sakit ini memang tidak dapat diungkapkan. Terasa rahimku ditumbuk dengan kuat.

"Sekejap sayang! " Taehyung dari tingkat atas mula berlari ke bawah dengan kunci di tangan. Dia dekati aku dan belum sempat dia nak mengangkatku, rambutnya aku tarik dengan kuat.

"TAE SAKIT TAE FUH FUH! TAE ERGHH SAKIT ARGHH TIDAK JANGAN KATAKAN TIDAK NO!!! " rambutnya aku tarik ke depan dan ke belakang banyak kali. Berkerut wajah Taehyung seraya memegang tanganku yang menarik rambutnya. Sakit!

"Ya, ya. Saya tahu sakit. Lepas, andwae sakit! " raung Taehyung bila kali ini aku gigit pula rambutnya. Oleh kerana tidak tahan dengan kesakitan, Taehyung pantas mencempung tubuhku ke kereta dengan rambutnya aku gigit dan lehernya aku cubit-cubit.

"Auch! Auch! Yah! Yah! Hajima! " marahnya dengan muka menahan sakit. Aku mula meraung. Dia cakap senanglah! Aku yang paling sakit dekat sini! Amboi, dulu buat anak aku juga yang sakit, ini nak beranak pun aku yang sakit. Heh!

"TAE ERGH USLRKWKDMMAS! " Taehyung masukkan aku ke dalam kereta dan dia sedaya-upaya melepaskan genggaman tanganku pada rambutnya. Kemudian,dia masuk ke bahagian pemandu.

Sepanjang pemanduannya ke hospital, kereta kami tidak berhenti dengan bunyi jeritan. Bunyi jeritan aku yang kesakitan mahu beranak dan bunyi kesakitan Taehyung yang rambutnya serta segala tubuh badannya yang berkulit menjadi mangsa cubitan aku.

+++

"

Erm erm erm... " tidak lepas Taehyung bersenandung kecil dengan rentak irama lagu 4 o'clock sambil tangannya ligat menepuk lembut punggung bayi kecil yang baru sahaja dilahirkan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman semasa mendukung bayi kecil itu. Tampak bahagia wajah miliknya bila memandang bayi perempuan itu.

"Comelnya anak ayah ni. " perlahan suaranya berkata-kata bagi tidak menyedarkan anaknya itu. Pipi gebu anaknya diusap dengan jari telunjuknya yang runcing itu dengan perlahan.

"Mata dia ikut ayah, hidung dia ikut ayah... Mulut dia ikut ibu. " tidak lepas raut wajah bayinya dikaji satu-satu. Terasa dirinya bahagia bila seorang insan yang baharu hadir di dalam keluarga Kim.

"Mesti dia lawa macam ibu dia kan? Hee. " dahi anaknya dicium lembut dan hidung anaknya turut dikucup. Dia kembali bersenandung kecil tetapi kali ini dengan rentak lagu korus Spring Day.

"Tae... " suara aku mula memanggilnya bila terasa bosan. Sudah dekat dua jam Taehyung melayan anak kami sampaikan aku terabai. Kesian aku, sudah lah bertarung nyawa mahu melahirkan anaknya.

"Iya, sayang? " tengok tu, dia menyahut tetapi mana pandang aku. Sibuk dodoikan anak padahal anak sudahpun tidur dekat satu jam yang lepas. Macam dodoi patung aku tengok. Aku mencebik.

"Letaklah baby dulu. Biarkan dia tidur. Awak marilah sini layan saya sekejap. Saya bosan. " rengekku. Taehyung tergelak kecil dan dia pandang aku. Aku geleng perlahan seraya mendekati katil bayi yang berada di sebelahku dan perlahan-lahan dia meletakkan bayi di dalamnya. Nyenyak betul anak aku tidur dalam hospital ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now