tiga

2.3K 339 55
                                    

"Yeojung, saya cintakan awak. Dah lama saya sukakan awak. Sejak first time awak tegur saya dekat kelas. " luah Taehyung. Dia ni budak baru di dalam kelas aku. Aku pandang dia yang sedang kelihatan gementar.

"Err Taehyung, saya... " aku keputusan kata-kata. Tak tahu nak balas apa sebab takut akan lukakan perasaan dia.

"Yeojung, saya janji saya akan hargai awak. Saya akan cintakan awak sepenuh hati saya. Saya takkan tinggalkan awak walau macam mana keadaan sekalipun. Saya janji. " dia kelihatan bersungguh. Dia tatap mata aku dan aku turut balas tatapan mata dia. Aku jadi kelu lidah.

"Taehyung, bukan saya taknak tapi... "

"Tolong, Yeojung. Saya janji akan cintakan awak sepenuh hati dan akan hargai awak. Sampai bila-bila. " dia pintas aku. Aku terdiam sejenak sebelum ukirkan senyuman kecil.

"Arraseo. Saya terima awak. " jawabku. Taehyung tersenyum lebar dan dia terus meluru ke arah aku untuk memeluk tubuh genit milikku.

"Terima Yeojung-ah. Saranghae. "

Dulu kau menumpang kasih, lalu ku berimu harapan...

+++

Tengoklah, dah seminggu Taehyung tak balik rumah. Tak payah beritahu, aku dah dapat agak. Dia selalu bermalam di rumah aku selama sehari je. Esoknya, dia menghilang sampai berminggu-minggu. Tinggalkan aku seorang diri.

"Nayeon. " aku telefon Nayeon untuk mengadu masalahku. Lagi.

"Ya, Yeojung? " jawab Nayeon di hujung talian.

"Taehyung tengah buat apa? " soalku. Ingin tahu keadaan Taehyung. Nayeon diam sekejap sebelum menjawab.

"Kami dekat tempat projek ni. Dia tengah bercakap dengan klien Vietnam dia. " jawab Nayeon. Aku hembus nafas lega. Sekurang-kurangnya dia selamat dan sihat.

"Dia busy ke? " tanyaku lagi. "Maybe. "

Aku diam. Aku tahu kalau aku telefon dia, dia akan marah sebab kacau masa kerja dia. Jadi aku ambil keputusan untuk menelefon Nayeon. Aku rindukan suami aku.

"Kau okay Yeojung? " soal Nayeon dengan prihatin. Sejenak itu, aku mula teresak. Airmata keluar lagi. Lagi sekali menangis kerana rindukan Kim Taehyung.

"A-aku okay. " aku tekup mulut aku supaya Nayeon tak dengar esakan aku. Aku tak nak dia risau. Dia dah banyak nasihatkan aku.

"Kojitmal. Aku tahu kau menangis, Yeojung. Uljima. " pujuk Nayeon. Aku tersenyum lemah. Nayeon memang dah cukup faham aku. Sebab tu aku sayangkan dia.

"Aku cuma perlu tenangkan diri aku. Sebab tu aku menangis. Kau jangan risau. " jawabku dengan niat tidak mahu dia risau.

"Pastikan kau tenang. Okay, dear? " dia masih cuba memujuk. Aku ketawa. Pembetulan, ketawa palsu.

"Aku dah okay lah. Okaylah Yeon. Kau mesti sibuk. Sorry kacau waktu kerja kau. " pamitku.

"Takpe. Bercakap pun dengan sahabat sendiri. " balas Nayeon. Selepas itu kami berdua mematikan panggilan.

Aku letakkan iphone milikku di atas meja televisyen. Aku pandang gambar perkahwinan aku dan Taehyung yang tergantung di dinding atas televisyen. Gambar itu besar. Jelas terlihat senyuman bahagia kami berdua. Aku tersenyum.

© [S1-S2] SONGS | BTSWhere stories live. Discover now