lima

2.7K 372 150
                                    

HAhahhaha sorry gais sbb prank korang hahahha tak end lagi senarnya. Hohohoho. Saje buat sparkkk... Cuak gak korang ekk? Hahahahahhaha cuak tak cuak cuak 😂 ahhahahaahhaha

+++

Aku tak kira. Aku nak keluar dari dunia penipuan ni. Tak guna aku bertahan lagi kalau ini balasan yang aku dapat. Dia dah ada Nayeon. Dia tak perlukan aku lagi.

Bagasi milikku, aku tarik dan aku turun dari tangga. Aku keluar dari rumah dan tutup pintu tanpa kunci. Lantak kat dia, barang hilang guna duit dia. Bukannya aku.

Teksi yang sedang tunggu aku, aku naik. Aku berikan dia alamat tempat yang aku tuju. Kemudian aku bersandar untuk tenangkan fikiran. Cuba bersabar. Lihatlah, Taehyung langsung tidak menelefon aku untuk memujuk. Heh, tak perlu kisah. Suka hati dialah. Lagi senang aku nak benci dia.

+++

"Tae, ni air awak. " Nayeon hulurkan air kosong buat Taehyung. Dia duduk di sebelah Taehyung yang kelihatan sedikit serabut.

"Terima kasih sayang. " Taehyung cuba senyum dan usap perlahan kepala Nayeon. Nayeon senyum.

"Takpe ke kalau Yeojung tahu? Saya rasa bersalah. " Nayeon menundukkan kepala dia seraya menggenggam tangannya. Taehyung pandang Nayeon dan dia pegang tangan Nayeon. Nayeon mendongak memandang Taehyung.

"Tak guna kalau kita rahsiakan benda ni dari dia lama-lama sayang. Lambat laun dia akan tahu juga. Kan? Sudah, tak perlu rasa bersalah. Saya yang pilih awak dan saya tau apa yang saya buat. " ujarnya lembut dengan lembut. Nayeon balas senyuman dia. Taehyung ukirkan senyuman yang paling manis buat Nayeon walaupun dia tahu dia tak boleh.

Risau dihati jikalau Yeojung tinggalkan dia. Dia tak mahu. Sungguh, dia masih cintakan gadis pertama yang mampu buatkan dia tidak keruan dahulu.

+++

"Yeo, kenapa balik sini? Taehyung tahu? " omma ikuti aku dari belakang sebaik sahaja aku melangkah memasuki bilik aku dahulu. Bilik sewaktu aku masih belum menjadi isteri Taehyung.

Mendengarkan nama Taehyung saja sudah buatkan aku naik angin. Nafas aku jadi berat dan hati aku kembali sakit. Bayangan dimana dia melakukan menyentuh Nayeon tadi, kembali menerjah pemikiran aku.

"Yeo rindu omma. " aku jawab seraya meletakkan bagasi aku di tepi almari. Bilik aku masih belum berubah. Masih sama dengan susunan yang tidak berubah sama sekali.

"Kenapa Taehyung tak ikut? Dia sibuk ya? " omma duduk di sebelah aku. Aku duduk di birai katil sambil pandang lantai. Fikiran aku kosong.

"Erm, ya. Dia sibuk. Dia tak dapat balik sekali dengan Yeojung. Biarkanlah dia. Yeojung nak luangkan masa dengan omma. " aku pandang wajah tua omma dengan senyuman sayu. Omma balas dengan senyuman lembut. Aku tak sampai hati nak beritahu pasal pergaduhan aku dengan Taehyung kepada omma. Dia sudah terlampau berusia untuk semua ini. Dengan keadaan dia yang tiada suami. Dia tiada tempat bergantung selain aku setelah appa meninggal dunia setahun yang lepas.

"Luangkan masa, luangkan juga. Suami jangan lupa. Karang takde kamu, dia rindu. Taehyung tu mana boleh takde kamu sangat. Dia tu dulu angau sungguh kat kamu. " omma tergelak kecil bila teringatkan kembali waktu-waktu aku dikejar oleh Taehyung. Aku cuma ukirkan wajah sayu dengan senyuman hambar. Lihatlah, bagaiman aku mahu cerita pada dia? Dia terlampau sukakan Taehyung sebagai menantu dia.

"Omma... " panggilku. Omma pandang aku dan dia kelihatan terkejut bila aku mengalirkan airmata.

"Yeo, kenapa menangis ni sayang? " badan aku terus omma peluk ke dalam dakapan hangat dia. Aku balas dan aku sembamkan wajah aku pada bahu dia.

"Takde apa omma. Yeo cuma terlampau rindukan omma. " balasku. Omma usap belakang badan aku dengan lembut dan dia cium ubun-ubun aku.

"Sudah sayang. Omma ada kat sini. Omma ada waktu kamu susah atau senang. Sudah, jangan menangis. " pujuk omma. Aku cuma angguk dan mengeratkan lagi pelukan.

Betul, cuma omma yang ada waktu aku susah. Omma ada untuk tenangkan aku. Cuma omma yang aku boleh bergantung sekarang.

+++

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi... "

Telefon dicampak ke atas sofa seraya dia meraup kasar rambutnya. Wajahnya sebal dan dia sudahpun merindukan gadis setia itu.

"Yeojung, mana awak pergi ni sayang? "

Gambar perkahwinan yang elok tergantung di dinding, dia tatap. Hatinya tidak tenteram bila mendapati pakaian isteri sudah tiada. Tanpa khabar berita, gadis itu pergi meninggalkan dia tanpa jejak.

© [S1-S2] SONGS | BTSKde žijí příběhy. Začni objevovat