Prolog

93 15 0
                                    

Tiada siapa dapat menyangka bahawa satu pertolongan mampu menghadirkan seribu perasaan.

Aku hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada sifat cemburu, iri hati, sayang dan sedih. Aku impikan permata, kau balas dengan kaca. Aku impikan bahagia kau hadirkan seribu luka.

---------------------

"Janji dulu dengan aku." Ujar lelaki itu.

"Janji apa?" Aku berkerut. Janji apa pulak dah dia ni. Tak pernah-pernah suruh aku berjanji.

"Janji dengan aku kau tolong aku?" Soal lelaki itu sambil memandang penuh harapan.

"Iye" balasku malas.

"Janji dengan aku pujuk aku kalau kena reject?"

"Iye"

"Janji dengan aku takkan tinggalkan aku?" Soal lelaki itu lagi.

"Tak akan dan tak mungkin." Aku mengangkat tangan tanda bersumpah.

"Akhir sekali, janji dengan aku kau akan ada dengan aku walau apa pun jadi?"

"Hmmm yang itu ek? Yang itu tak janji. Hahahaha..." aku bergurau dengannya.

"Eiii sengal lah kau ni. Okay kita deal eh?" Ujar lelaki itu menghulurkan jadi kelingkingnya.

"Deal."

---------------------

"So Tasya... harini hari last kau tolong aku." Ujar Adam kepadaku. Dia sedang menguis-nguis pasir dengan kakinya. Habis kotor kasutnya diselaputi pasir.

"Hmmm ya." Aku membalas sambil mengikutnya menguis pasir.

Sedih ku rasakan saat ini. Seperti tidak mahu saat ini berlalu.

"Harini aku akan cakap lagi sekali dekat Sara and walaupun aku tau aku kena reject sekalipun aku tetap akan bagitau." Tekad Adam.

"Kenapa kau yakin sangat nak bagitau Sara ni?" Soalku padanya. Tidak faham aku dengan sikapnya itu.

Adam tersenyum memandangku. "Sebab aku tau... kalau aku kena reject sekalipun, kau tetap ada nak pujuk aku." Ujar Adam kemudian terus bangun dan berlalu meninggalkan aku sendirian di tasik ini.

://///////////

2016.

Oh My AdamHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin