Empat

63 14 2
                                    

Adam 7.08 a.m.
Where are you?..

                                Natasya 7.09 a.m.
                                Rumah.. asal?

Lama aku menunggu balasan, barulah Adam manjawab.

Adam 7.45 a.m.
Jumpa aku dekat kafe pukul 2.30 sharp okay jangan lambat..

Aku mengeluh sebaik sahaja membacanya. Apa lagi lah yang dia mahu ni?

Tanpa membuang masa, terus sahaja aku bersiap untuk ke kelas hari ini. Seperti biasa, jeans ketat dan baju kemeja paras punggung ku pakai. Rambut pula hari ini aku terlebih rajin menyimpulkannya menjadi siput. Ikutkan kampusku tidak boleh memakai jeans tapi pelajarnya disini semua baik-baik belaka jadi langgar sahaja peraturan.

Mata ku pakai sedikit mascara dan pipi ku calit sedikit bedak. Bibir pula ku calitkan matte kegemaranku dan siap. Ku tatap wajah ke cermin. Ok perfect!

Beg sandang ku pakai dan aku berjalan lenggang kangkung ke bilik Sara. Kelihatan dia sedang memakai tudung bawal yang baru dibelinya kelmarin. Cantik betul Sara ni apa sahaja yang dipakainya semuanya cantik.

"Dah siap belum?" Aku berbasa basi menegurnya.

"Waitttt.... kejap je tunggu tau Sya." Tergesa-gesa Sara memakai tudungnya.

"Okay aku tunggu bawah lah eh." Aku segera berjalan dan memakai kasutku.

Sara berlari-lari anak mengejar langkahku yang laju.

"Babe! Harini aku lunch dengan Nik tau." Ujar Sara memberitahuku.

Phewww nasib baik. Hari ni bolehlah aku lunch berdua dengan Adam.

"Okay...." balasku pendek.

Kami berjalan ke kawasan kampus menuju ke kelas. Dari jauh lagi mataku menangkap kelibat Adam yang sedang berlari mengejarku. Ok tipu je, dia kejar Sara.

"Hai Sara." Tegur Adam tercungap-cungap. Sara hanya menjeling Adam. Aku tertunggu-tunggu juga hai daripada Adam namun hampa, Adam hanya menegur pujaan hatinya sahaja.

Adam menjelingku supaya aku berjalan jauh sedikit daripada mereka. Aku memperlahankan langkahku seakan mengetahui maksudnya itu. Aku berjalan di belakang mereka dan aku lihat betapa cerianya muka Adam dapat berbual dan berjalan seiring dengan Sara.

"Tasya kenapa kau jalan belakang ni? Sorrylah Adam, ada hal penting ke ni? Kitorang ada hal ni dah lambat, pergi dulu ye bye." Sara segera menarikku menjauhi Adam.

Sempat aku menoleh kearahnya dan Adam memberi isyarat agarku tidak lupa tentang janji hari ini.

Haih.

////////////

Aku berlari terkedek-kedek menuju ke arah Adam yang sedang marah di bahagian hujung kafe. Aku terlambat kerana menemani Sara menunggu Nik di lobi. Sempat sekilas aku memandang Adam dan wajahnya sangat - emm marah?

"Sorry weh aku tak sengaja sangat-sangat." Aku segera meminta maaf sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi.

"Aku paling benci orang lembab ni?" Adam mula membebel.

"Aku lambat bersebab okay!" Aku mempertahankan diriku. Please lah ingat aku saja-saja je ke?

"Asal kau lambat?" Marahnya. Muka nya tak perlu aku describe, memang bengis habis.

"Aku tunggu Sara tadi. Dia tengah tunggu Nik datang." Jelasku padanya.

Mendengar sahaja nama Sara bangkit, wajahnya mulai ceria. Bengisnya sudah surut dan marahnya lega.

"Ohhhhh..... okay takpe kali ni aku maafkan." Ujarnya.

Whattt? Semudah tu je dia maafkan aku setelah dengar nama Sara. Dasar Adam. 

"Ada apa ni ajak aku makan ni? Tak pernah-pernah pun." Soalku padanya.

"Aku perlukan pertolongan kau." Adam menjawab sambil mengacau-ngacau air di cawannya.

"Okay tapi bukan ke sekarang ni pun aku tengah tolong kau?" Tanya ku tidak pasti dengan kemahuannya.

"Aku nak kau pergi kem hari Sabtu ni." Jawabnya selamba.

What the hell?

"Apa?" Aku terjerit sedikit kemudian cepat-cepat menutup mulut tersedar dengan tindakanku.

Mamat ni dah kenapa? Dah tau aku tak suka pergi kem dipaksanya pula aku?

"And lagi satu, bawak Sara sekali." Ujarnya lagi.

Sekarang ini aku terasa seperti hendak menyiramnya dengan teh o aisku ini. Sesuka hati mak nenek dia sahaja mengarahku itu dan ini?

Aku tidak menjawab sebaliknya terus bangun dan berlalu daripada situ. Terbantut seleraku akibat permintaan Adam.

Belum sempat aku berlalu, Adam menarik tanganku supaya aku berhenti. Please Adam, ni bukan drama hindustan okay?

Dia menarik tanganku untuk duduk kembali di hadapannya.

Adam memandangku penuh pengharapan. "Pleaseeeeeeee tolong la aku. Kau je harapan aku Tasya." Adam mula merayu.

Ni yang aku lemah ni, tengok dia merayu sambil membuat muka comelnya itu. 

Aku mengeluh sebelum memandangnya. "Kau pun tahu kan aku tak suka pergi tempat-tempat macam tu?"

"Please Tasya....." rayu Adam lagi. "Ini je peluang aku untuk lagi rapat dengan Sara." Sambungnya. "Aku boleh cari can nak rapat dengan dia kalau aku satu kumpulan dengan dia nanti."

"And aku janji nanti kat sana aku jaga kau. Jangan risau lah takde pape." Ujarnya lagi membuatkan aku yakin dengan kata-katanya.

Aku mengeluh. Haih.....

Aku berfikir panjang sebelum bersetuju dengan cadangannya. Gila kau ni Tasya, gila! Betul lah orang kata, kalau kita sukakan orang, mesti jadi bodoh. Pak Sanggup kau ni Tasya!

"Hmmm.... okay."

"Thanks Tasya! Ni aku sayang kau ni...." Adam segera bangun dan memelukku.

Aku terkaku sendiri di tempat dudukku memandangnya. Perlahan-lahan aku memegang dadaku yang sudah berdetak seperti baru berlari 200m!

Hati, jangan jatuh please!

//////////////

Oh My AdamWhere stories live. Discover now