Enam

89 16 4
                                    

Aktiviti pagi kami dimulakan dengan senaman ringkas kemudian kami mulakan perkhemahan kami dengan survival game. Setiap kumpulan haruslah mencari kayu api dan menghidupkan api. Kumpulan yang terpantas boleh membuat misi seterusnya.

Ahli kumpulan aku yang terdiri daripada aku, Amin, Naina dan Fakrul berbincang dan akhirnya kami bersetuju bahawa aku dan Amin mencari kayu manakala dua lagi menghidupkan api.

Aku berjalan seiring dengan Amin ke pokok berdekatan. Ternyata sangkaanku kepada Amin selama ini silap. Dia merupakan seorang lelaki yang baik dan kelakar. Sungguh menepati citarasaku! Sepanjang kami mengutip kayu, ada sahaja lawaknya yang membuat aku ketawa.

Ada juga aku perasan bahawa Adam asyik memandang kami dengan pandangan tidak puas hati. Apa kena entah dengannya tu, ada sahaja yang tidak puas hati.

Sedang asyik aku bergelak ketawa dengan Amin, tiba-tiba Adam datang dan memijak kayu api yang telah kami kutip.

"Ops sorry tak perasan." Ujarnya sengaja menaikkan darahku.

"Heiii!!! Kenapa kau pijak hah?" Aku memarahinya. Hilang sabar aku dengan sikapnya.

"Tak perasan lah. Yang kau pun letak situ buat apa lepastu gelak-gelak pulak." Balas Adam sambil menjelingku.

"Whatt??? Hello tak ada pun papan tanda dilarang ketawa dekat sini." Aku membalas kata-katanya.

"And tak ada pun papan tanda dilarang memijak kayu jugak dekat sini." Balas Adam tidak mahu kalah.

"Whats your problem?" Aku menengkingnya. Kini kami berdua menjadi tumpuan di situ.

"What is yourrrrr problem?" Soalnya kembali padaku.

Ini dah lebih ni. Baru sahaja aku hendak memukul Adam tiba-tiba tangan Sara menghentikan perbuatan aku.

"Dahlah Tasya semua orang tengok ni..." Sara menenangkanku manakala Nik menepuk-nepuk belakangku supaya aku bersabar.

Tanpa membuang masa Adam terus berlalu tanpa berkata apa-apa. Aku juga turut berlalu daripada situ dan pergi ke arah kumpulanku. Hilang terus mood aku untuk membuat aktiviti pada hari tersebut. Adam seperti biasa menjeling dari jauh. Apa kena entah dia tu.

////////////

"Tasya okay?" Soal Amin sebaik sahaja kami selesai membuat segala aktiviti pada hari ini.

"Hmm okay." Sepatah sahaja aku menjawab. Tidak ada mood untukku bercakap sebenarnya selepas kejadian tadi.

"Amin jalan lah dulu, aku nak amik mood sekejap sorang-sorang." Sambungku. Bersendirian ialah apa yang ku perlukan waktu ini.

"Okay Tasya take care." Ujar Amin kemudian terus berlalu.

Aku meneruskan berjalan menuju ke arah khemah sebelum tiba-tiba tanganku ditarik dari belakang.

Baru sahaja aku hendak menjerit terus terdiam apabila melihat Adam yang menarik tanganku.

"Sorry." Sepatah sahaja Adam berkata sebelum aku menarik kembali tanganku.

Wow. First time ni Adam meminta maaf.

"Sorry not sorry. Apahal kau tetiba angin sangat hah?" Aku memarahinya.

"Aku... aku.. aku pun taktau kenapa aku jadi macamtu." Jelasnya padaku.

Aku hanya menjongket bahu sebelum berpaling untuk meneruskan perjalanan.

"Whatever."

"Sya sorry la. Aku cuma tak boleh tengok kau gelak-gelak macamtu dengan Amin." Jawab Adam jujur. Apakah?

Aku mengangkat kening memandangnya.

"Aku pun taktau kenapa aku rasa macam tu." Sambungnya lagi.

"Kau cemburu?" Soalku padanya.
Hatiku sudah agak kembang apabila dia mengaku sakit hati.
Adakah ini merupakan tanda-tanda bahawa Adam menyukai aku?

"Aku taktau tapi aku rasa bukan." Balasnya.

"Kenapa pulak bukan?" Tanyaku lagi. Tidak puas hati dengan jawapannya.

"Sebab hati aku dekat Sara, bukan kau takkan lah aku nak jealous." Balasnya yakin.

Aku hanya tersenyum hambar dan perlahan berpusing kemudian berlalu meninggalkannya. Adam hanya berdiri di tempatnya tanpa ada sedikit pun rasa untuk menahanku daripada pergi.

Terima kasih Adam, sekali lagi hati aku hancur disebabkan kau.

////////////

"Kau okay ke tak ni? Asyik monyok je dari semalam?" Sara menghampiriku dan mengusap rambutku.

Aku hanya mengangguk perlahan kemudian menundukkan lagi kepalaku.

"Nik, i rasa kita patut jaga Tasya je lah tak payah buat aktiviti." Ujar Sara kepada Nik.

"Haah lah. I rasa Tasya demam ni.. nanti i bagitahu fasi." Balas Nik kemudian terus berlalu meninggalkan kami.

Aku sudah tidak terdaya untuk mengangkat kepala hanya diam sahaja tidak membalas apa-apa.

"U, i dah bagitahu fasi but dia suruh kita join aktiviti. Tasya ni Ajib suruh duduk sini je rehat and kita teruskan aktiviti." Ku dengar suara Nik memberitahu Sara.

"Tasya.... sorry aku tak dapat temankan kau. Tapi tak apa nanti aku datang balik ye Tasya." Sara meminta maaf kepadaku.

Aku mengangguk. "Its okay Sara kau pergi je. Aku okay boleh jaga diri."

"Take care Tasya nanti kitorang datang lagi." Ujar Nik kemudian mereka berlalu meninggalkan khemah rawatan.

Agak lama aku duduk sendirian di sini dan aku tertidur kemudian terjaga disebabkan ada tangan yang meletakkan tuala basah di kepalaku.

"Sara... aku boleh buat sendiri." Aku memegang tangan tersebut supaya berhenti mengurut dahiku.

Wait. Kasarnya tangan Sara?

Tangan tersebut terus sahaja mengurut kepalaku. Aku terkaku sendiri di situ. Kalau bukan Sara habistu siapa?

"Aku dah janji dekat kau kan aku akan jaga kau dekat sini." Tegur suara itu.

Ya aku kenal. Suara itu milik Adam.
Tidak mahu aku berlama-lamaan dengannya, takut semakin dalam pula rasa hatiku padanya.

"Dah boleh stop dah. Aku okay." Aku menolak tangannya yang masih menari di kepala.

"Stay Natasya. Kan aku dah janji..."

Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya aku sudah memotong.

"Kau akan jaga aku dekat sini."

Dapatku lihat dia tersenyum memandangku. Ikhlas seperti dia selalu berikan kepada Sara.

Senyuman yang selalu aku inginkan daripadanya. Tidak lah dia asyik menjelingku sahaja.
Dapatku rasakan panahan-panahan cinta daripada senyumannya dan percikan api cinta daripada matanya. Ceh cinta lah sangat. Perasan nombor satu kau ni.

Abang bomba tolong padamkan api cinta dekat hati saya.

Please...

/////////////

Oh My AdamWhere stories live. Discover now