Lapan

80 15 5
                                    

Aku berjalan sendirian kerana hari ini Sara akan keluar dating dengan Nik.

Sedang aku berjalan tiba-tiba earphone aku ditarik seseorang. Aku sudah dapat mengagak siapakah yang menariknya kerana hanya seorang manusia sahaja yang berani buat begitu kepadaku.

"Apa kau nak hah?" Soalku sebaik sahaja aku berpusing menghadap Adam.

"Nak Sara. Mana dia hah?" Soal Adam pula kepadaku.

Aku hanya menjongket bahu tanda tidak tahu kemudian meneruskan perjalananku.

Adam menarik tanganku. "Cepatlah bagitahu. Sara mana?" Desak Adam.

"Eh eh apa ni pegang-pegang?" Aku menarik kembali tanganku.

"Eleh macam tak biasa." Perli Adam kepadaku. Amboi tersentap hati aku nyah!

Aku hanya menjelingnya. "Whatever."

"Tasya jom lunch dengan aku." Pelawa Adam. Terhenti langkahku apabila mendengar pelawaannya. Bukan senang ni Adam nak mengajakku makan bersama.

"Arrrr... aku tak boleh kot." Aku menolak pelawaannya. Sengaja menjual mahal.

"Alah jom lah! Aku belanja harini." Ujarnya.

Aku sengaja membuat-buat berfikir panjang padahal hatiku sudah melompat-lompat menggedik mahu pergi.

"Okay lah. Jom." Aku bersetuju akhirnya setelah pura-pura berfikir.

"Jomlah..."

Kami berjalan beriringan ke kafe dan memilih tempat yang agak jauh daripada orang ramai.

Baru sahaja aku melabuhkan punggungku Adam sudah mula menyoalku seperti polis pencen.

"Ceritalah Sara pergi mana..." desak Adam padaku.

Aku mengeluh memandangnya. "Haih kau ni.... Sara pergi pilih barang-barang tunang dengan Nik." Aku berterus terang padanya.

"Apa???? Tunang?" Adam menghentak tangannya ke meja. Aku terus memegang tangannya supaya berhenti menghentaknya.

"Wei Adam rileks lah.." aku menenangkannya. Memaksa dia untuk bertenang.

"Kau ni la Tasya. Tak pantas langsung buat kerja sampai Sara dah nak kahwin." Adam mempersalahkan aku.

Aik? Aku pula yang dipersalahkan?

"Dah memang jodoh diorang takkan aku nak halang pulak?" Aku membalas kata-katanya.

"Hmmm apalah nasib aku ni...." Adam mengeluh lemah.

Aku bangun dan mengambil tempat di sebelahnya. Tanganku membuat kerja menepuk-nepuk bahunya.

"Sabarlah Adam... bunga bukannya sekuntum." Aku cuba memujuknya.

"Memanglah bukan sekuntum tapi nak jumpa yang macam Sara tu susah." Adam mengeluh lagi.

"Sabarlah ye.... aku kan ada?" Aku mengusap bahunya pula. Cuba memancing perhatiannya.

"Engkau Tasya?" Adam ketawa sinis.

"Kau nak samakan diri kau dengan Sara? Macam langit dengan bumi lah Tasya." Ujar Adam.

Aku hanya diam menantikan apa lagi yang akan keluar dari mulutnya.

"Sara tu.... dahlah cantik, tutup aurat. Kau? Memang lah cantik tapi ni ha rambut karat, baju? Sampai nak terkeluar punggung kau aku tengok. Seluar ketat macam sarung nangka." Ujarnya lagi seolah-olah memperlekehkan diriku.

Aku terasa sungguh terhina dengan kata-katanya dan tanpa membuang masa aku terus mengangkat begku dan pergi meninggalkannya.

Aku menahan air mataku dari tumpah kerana ayatnya yang begitu pedas sekali ku rasa di telingaku.

"Tasya, kau nak pergi mana? Aku gurau jelah." Adam menjerit memanggilku.

Ah! Pergi lantak sana aku sudah malas hendak menolongnya lagi. Tidak puas lagi kah dia menghinaku sebegitu rupa.

Aku terus berlalu tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.

Dan seperti yang aku jangka, Adam langsung tiada effort untuk mengejar dan meminta maaf. Mungkin dia sudah terbiasa apabila aku merajuk nanti dengan sendirinya aku baik.

Sorry Adam bukan kali ni. Aku rasa terhina sangat dengan ayat kau.

/////////////
ADAM NUQMAN.

Aku memerhati Natasya yang berlalu pergi meninggalkan aku di sini sendirian. Bukan ini yang aku pinta.

Aku menampar-nampar pipiku atas keceluparan mulutku berkata-kata tadi.  Bukan itu yang aku mahu katakan tetapi lain pula yang keluar. Sudahnya aku membuat hatinya terluka.

Inginku kejarnya tetapi kakiku seperti di gam di atas tanah ini. Dapat aku lihat dia mengesat air mata di pipinya. Timbul rasa kasihan di hatiku melihatnya begitu kerana Tasya sahaja lah yang sanggup menolongku dan memberiku semangat ketika aku patah hati dengan Sara.

Ah! Bukan ini yang aku pinta.
Aku juga tidak mempunyai ilmu untuk memujuk wanita kerana Natasya lah satu-satunya perempuan yang agak rapat denganku.

Aha! Luqman kan pandai. Tiba-tiba sahaja aku teringatkan kawan baikku.

Aku segera mendail nombor kawan baikku, Luqman. Agak lama aku menunggu barulah dia mengangkat panggilanku.

"Asal bro?" Soal Luqman di hujung talian.

"Hello bro, macam mana nak pujuk perempuan?"

//////////////

Oh My AdamOnde histórias criam vida. Descubra agora