Tiga

64 12 0
                                    

Aku memerhati Sara yang sedang melilit tudungnya di hadapan cermin. Sudah lah cantik, menutup aurat pula tu. Aku melihat pula diriku, hanya baju separas punggung dan seluar jeans ketat berserta rambut yang ku ikat tocang lipan. Tudung pun pakai bila ada kelas sahaja. Sungguh berbeza dengan Sara.

"Asal kau tengok aku macam tu?" Sara menegurku yang ralit memerhatikannya. Dia duduk dihadapanku sambul tangannya masih lagi melilit tudungnya dengan kemas. 

Aku berdehem menutup malu. "Takde pape... Sara, aku nak tanya something ni." 

"Tanya je la. Macam tak biasa pulak."

Aku menarik nafas panjang. "Kau dengan Nik kan bercinta, kalau ada orang suka kau kan apa yang kau buat?" Soalku padanya.

Tanpa berfikir panjang Sara terus menjawab. "Sorry to say, takkan ada sesape boleh gantikan Nik okay. Lagipun kitorang dah plan nak kahwin."

"Ohhh....." aku mengangguk-angukkan kepala. Entah kenapa jawapannya membuatkan aku lega.

"Asal kau ni tiba-tiba je tanya macam ni.." Sara memandangku pelik.

"Tak ada apa... tanya je." Aku tersengih membalas pandangannya.

////////////

"Hai.. kerusi ni kosong ke?" Adam muncul secara tiba-tiba dari belakangku.

Aku yang baru sahaja hendak minum tersentak mendengar suaranya.

Aku menarik beg tanganku dari kerusi dan mempelawanya duduk. "Eh tak lah.. kosong. Meh la duduk." Aku menepuk-nepuk kerusi.

Menjeling Sara memandangku. Tidak suka agaknya Adam ada bersama kami. Aku hanya menunjukkan muka tak bersalahku.

"Baru sampai ke Sara?" Adam bertanya pada Sara.

"Hmm dah nampak air penuh lagi, mestilah baru sampai. Soalan jenis apa lah." Sara menjawab dengan nada tidak suka.

"Ohhh..." perlahan Adam menjawab. Matanya sesekali memandang Sara yang sedang duduk di hadapannya.

Aku hanya tersengih memandang Sara sambil memberi isyarat bahawa bukan aku yang mengajak Adam ke sini.

"Babe.. Aku pergi jumpa Nik sekejap dekat library, kau makanlah dulu ye Tasya." Ujar Sara kemudian terus bangun. Tidak sempat aku hendak bertanya lebih lanjut dia sudah pergi meninggalkan kami.

And now memang awkward. Hanya tinggal aku dan Adam.

Aku menepuk-nepuk bahunya. "Sabarlah Dam... maybe dia tak selesa dengan kau lagi ni." Ujarku memujuknya.

Adam mengeluh kemudian meraup wajahnya dengan kasar. "Susah sangat ke Sya dia nak terima cinta aku?" Soal Adam.

Erk.

"Sebab dia dah ada boyfriend kot?" Jawabku. Apa punya soalan lah Adam ni. Sah sahlah Sara tu dah ada Nik. Lain lah aku, masih kosong, single dan available. Hahahahaha. Aku tersengih sendirian.

Adam menunjal dahiku dengan kuat. "Kau dah kenapa nak sengih-sengih? Buang tebiat ke?" Katanya memarahiku.

Emo.

"Hah? Sorry sorry aku tak sengaja. Aku tak gelakkan kau pun." Aku meminta maaf kepadanya. Tangan menggosok dahi yang ditunjal oleh Adam. Sakit ohh mamat ni tunjal kepala aku. Dia ingat aku member lelaki dia kot.

Tidak lama kemudian makanan yang dipesan tiba dan Adam berkemas-kemas hendak pergi. Kelibat Sara juga tidak kulihat.

"Eh Adam meh la makan sekali." Pelawaku. Takkanlah aku hendak makan sendirian kan?

"Ah taknak aku. Makan dengan kau buat apa? Aku nak makan dengan Sara." Ujar Adam selamba tanpa menyedari kata-katanya telah mengguris hatiku.

Zzapp! Macam kena tusuk sembilu beb.

Aku memberinya senyuman. "Ohhh tak apa lah macam tu. Makan sorang pun takpe." Aku menjawab kata-katanya. Sambil ketawa dan mengangkat cawan ke udara menutup malu. 

"Ha baguslah macam tu. Ok chaw!" Adam berlalu meninggalkan aku sendirian di situ.

Tidak lama kemudian Sara muncul membawa plastik berisi roti dan air milo.

"Fuh penat Tasya aku menyorok dekat kedai Pak Ali tu." Sara mengelap peluh di dahinya.

Terangkat keningku memandangnya. "Kata jumpa Nik?" Aku sudah blur melihat dia kembali ke meja. Kelibat Adam juga sudah tidak kelihatan. Sudah jauh pergi meninggalkan kafe. 

"Nik mana ada. Saja nak lari dari Adam. Ni ha dah sedia dah kalau dia tak nak blah tadi." Ujarnya kemudian ketawa. Dia duduk kembali di hadapanku.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Ada-ada sahajalah Sara ni punya idea. Tapi nasib baik juga Sara datang balik, kalau tidak nampak gayanya aku makan seoranglah tengahari ni. Malu juga. 

"Natasya Damia kalau aku tau kau tolong dia untuk pikat hati aku, nahas kau aku kerjakan Tasya." Ugut Sara sambil mengangkat garfu di hadapan mukaku.

Aku hanya tersengih seperti kerang busuk di hadapannya. Sara kalau dia dah sebut nama penuh aku, maknanya dia memang betul-betul serius dengan kata-katanya. 

Gulp. Takut. 

Oh My AdamWhere stories live. Discover now