Sebelas

89 2 0
                                    

"Plastik kau cakap aku Tasya!" Adam mencubit lenganku perlahan.

"Adoiii, sakitlah!" aku menampar semula tangannya yang mencubitku. Aku menggosok-gosok lengan yang dicubitnya.

Kami membuntuti Sara dan Nik memilih kasut Sara. Adam sesekali menyibuk menyampuk Nik dan Sara berbual. Orang sibuk pilih, dia pun sibuk juga menyibuk. Dasar couple breaker. Aku hanya sekadar berdiam diri dan membuat hal ku sendiri. Tidak mahu menyibuk seperti Adam. Lagi pula dia suka lah tu dapat berborak dengan Sara secara rapat dan baik. Kalau tidak, Sara itu selalu saja mengelak daripada Adam.

Aku membelek belek kasut di rak display. Aku ingin membongkok untuk membuka kasutku. Ishh tersangkut pulak dah susah mahu buka. Kerusi pula tiada di sekelilingku. Baru saja aku ingin membongkok membuka tali kasut, muncul pula sosok tubuh yang melutut di hadapanku dan membantu membuka tali kasutku.

Cuba teka siapa? 

Ya, bukan Adam.

Tetapi Amin.

Alangkah terkejutnya aku melihat Amin melutut membantuku membuka tali kasut dan kemudian mencabut kasutku dan menyarungkan kasut yang ingin aku cuba tadi.

"Ehhhh, Amin. Apa kau buat ni." aku menegurnya. Terkejut dengan sosok tubuhnya yang tiba-tiba sahaja datang. Apa memang harini hari terserempak sedunia ke? Tadi terserempak dengan Adam, ni Amin pula????!!!

Malu apabila diperlakukan sebegitu. Tidak pernah ada orang melutut di hadapanky seperti ini, apatah lagi membantu membuka kasut seperti ini.

"Tolong Tasya bukak kasut ni la. Kebetulan aku lalu tadi. Nampak macam Tasya terkial-kial nak jatuh bukak kasut. Datang dekat rupanya memang Tasya." Jelasnya panjang lebar menjelaskan perkara yang terjadi.

"Susah-susah je lah Amin." aku berbasa basi. Malu masih terasa. Jika boleh tengok mukaku ini, memang merah kerana menahan malu.

"Ehhh takde susah lah." balasnya.

Baru saja aku mahu menyuruh Amin bangun, Adam datang menghampiri kami berdua.

"Wow, cerita Puteri apa ni. Untung betul siap ada orang bukakkan dan pakaikan kasut" Adam berbicara sinis.

Aku hanya menjeling Adam. Malas mahu bertengkar dengannya. Sejak bila entah dia ada dekat sini. Rasanya tadi mereka bertiga dah berjalan ke tempat lain. 

"Eh Adam ada sekali. Korang keluar sama-sama ke?" Amin menegur Adam. 

"Haah, dating." Selamba Adam menjawab. 

Aku membuntangkan mata ke arah Adam dan mencerlung ke arahnya menandakan bahawa aku tidak suka gurauannya itu. Boleh membuat Amin salah faham ni. 

"Ehhh, takde-takde. Aku datang dengan Sara dengan Nik tapi mamat ni tiba-tiba muncul dan ikut kami bertiga. Soooo,,,, no dating. Hehehe..." aku menjelaskan pada Amin.

Terpancar riak lega di wajahnya. "Ohhhh.... Ingatkan dating betul-betul." Ujar Amin.

Aku tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Adam sudah mem buat muka menyampah memandangku. 

"Eh ni Sara dengan Niknya mana? Tak ada pun." Soal Amin. Dia memanjangkan lehernya mencari-cari di sekeliling kami. 

"Diorang pergi tengok handbag." Jawab Adam.

"Lahhh, dah naik tingkat atas ke? Tinggalkan aku macamtu je diorang ni." Rungutku.

"Dah kau lembab. Kena tinggal lah." Ujar Adam bersahaja.

"Kau datang naik kereta dengan Sara ke drive sendiri Tasya?" Soal Amin. 

"Dengan Sara."

"Kalau macamtu kau inform Sara lah, kau ikut aku. Kita lunch ke tengok wayang ke? Nak tak?" Amin memberikan cadangan. Aku pula yang sudah bosan menemani Sara dan Nik berasa tergoda dengan ajakan itu. Yelah bosan kot dah berapa jam jalan ni, aku pun dah lapar. 

Belum sempat aku bersetuju, Adam terlebih dahulu menjawab. "Eh tak boleh. Natasya dah janji nak ikut aku tadi. Kitorang nak pergi satu tempat. Kan Tasya?" Adam memandangku dan mengangkat keningnya. 

Aku mengerutkan dahi dan menggaru dahiku yang tidak gatal. 

"Bila?" 

:////////////////////

Awkward. 

Itulah yang kami bertiga rasakan waktu ini. Sunyi kereta ini tiada siapa pun yang bersuara. Setelah kantoi menipu dengan Amin tadi, Adam cepat-cepat mencadangkan agar kami bertiga makan sekali. 

 Kini kami bertiga di dalam kereta Adam. Amin tadi balik dan tinggalkan keretanya di rumah sewanya dan naik sekali bersama kami. Aku ambil keputusan untuk duduk di belakang dan mereka berdua duduk di hadapan. Ha nak bertekak ke apa ke lantak korang lah. Aku melayan perasaan sendiri di belakang ini. 

"Tasya nak makan kat mana?" Amin dan Adam menyoalku serentak. Dah macam coral speaking. 

Aku tertawa kecil melihat karenah mereka berdua. 

"I don't mind."

"Inilah perempuan, bila tanya nak makan kat mana semuanya tak tahu." Adam mengomel. 

"Banyak pengalaman nampak." Amin berseloroh. 

Aku dan Amin kemudiannya ketawa bersama-sama setelah mendengar komen Amin terhadap Adam. 

"Kannnn...." aku mengiyakan kata-kata Amin. 

:////////////////////////

Akhirnya kami makan di Chicken Rice Shop di IOI Putrajaya. Katanya Adam dia mahu main ice skating. Kami iyakan sajalah. Walaupun aku tidak tahu untuk bermain ice skating tapi dah dibawa, ikut sajalah. Pertama kali dalam sejarah hidupku keluar dengan dua orang lelaki seperti ini. Kacak pula tu dua-dua. Aku cuba sedaya upaya untuk buat biasa-biasa sahaja. Tidaklah nampak macam aku ini orang yang beria pula. 

Setelah selesai membeli tiket dan menyewa kasut kami bertiga duduk untuk memakai kasut. Aku pula tersangatlah kekok dan terkial-kial untuk memakai kasut skate tersebut. Al-maklumlah first time. Nebessss!!

"Sini, aku pakaikan." Amin datang mendekatiku dan mengambil kasut yang berada di tanganku. Mungkin nampak aku kekok untuk pakai. 

"Ehhh, takpe. Aku pakai sendiri. Biasalah first time hehe..." aku menolak dengan sopan. 

"Ehhh takpe, takpe nyenyenye..." Adam mengejekku dan menjeling di sebelah Amin.

Dah kenapa mamat ni. Gila. 

"Okay jom. Aku dah siap pakai dah ni." aku mengajak mereka. Terkedek-kedek aku berjalan. 

Masuk je di ice rink dadaku sudah berdebar. Aku takut kalau terjatuh, atau dilanggar orang atau kedua-duanya sekali. Kalau aku pengsan macam mana? Takut sungguh aku.

Aku memegang palang ice rink tersebut dan berjalan disepanjang palang. Adam sudah ceria meluncur di sana sini, Amin juga meluncur sendiri dan tinggal lah aku sendirian terkial-kial mahu belajar meluncur ais. 

Amin sesekali datang kepadaku dan memimpin aku supaya aku boleh belajar meluncur tanpa memgang palang. Lama kelamaan aku sudah pandai mengimbangkan badan dan meluncur sendiri tanpa memgang palang di tepi ice rink tersebut. Aku memberanikan diri untuk ke tengah. 

"Tasya..." Adam menjerit padaku. Dia meluncur ke arahku.

"Tasya.." Sekali lagi. 

Aku berpaling ke arahnya. 

"Tasya watch out behind you!" 

Dan gedebuk! Aku dilanggar. 

Yup. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Oh My AdamWhere stories live. Discover now