Tujuh

62 14 1
                                    

"Hey Tasya kau okay tak?" Nik bertanya setelah dia duduk di kerusinya. Hari ini kami akan bertolak pulang tetapi demamku tidak surut juga.

Aku mengangguk. "Hmm ye aku okay. Thanks Nik tolong naikkan beg aku." Ujarku padanya.

"Its okay kitorang kan kawan kau mestilah kena tolong." Giliran Sara pula menjawab.

Aku tersenyum memandang mereka. "Hehehe thanks korang! Sayang korang lebih ni." Kataku sambil menepuk bahu mereka berdua.

Bas perlahan lahan meninggalkan kawasan kem dan kerusi di sebelahku diduduki seseorang. Aku menoleh untuk melihatnya. Oh Amin...

"Tasya kau dah okay? Nah aku bawakan gula-gula berangin untuk kau, nanti tak ada lah sakit kepala." Amin menghulurkan beberapa biji gula-gula.

Baru sahaja aku hendak mengambilnya terdapat satu tangan yang lagi pantas dari aku. Aku mendongak ke atas dan ku lihat Adam tersengih memandang Amin.

"Sorry bro tapi boleh kau duduk tempat lain? Ni tempat aku." Adam menghalau Amin. Aku menggelengkan kepala melihat karenahnya. Apa-apa sahaja lah.

"Ohhh yeke? Sorry sorry aku cuma nak bagi Natasya gula-gula je." Ujar Amin kemudian terus bangun dari tempatnya.

Adam menayangkan gula-gula yang diambilnya sebentar tadi. "Takpe ni aku dah amikkan nanti aku bagi dia okay?" Ujarnya.

Amin hanya mengangguk dan terus berlalu. Adam segera mengambil tempat disebelahku.

"Hai Mel. Nah amik satu gula-gula ni." Adam menghulurkan kepadaku sebiji.

Aku menggelengkan kepala. "Aku tak suka makan gula-gula pedas." Terangku padanya.

"Ohhhh.... takpe lah aku makan sendiri jela." Ujarnya kemudian terus membuka plastik gula-gula dan memasukkannya ke dalam mulutnya.

Geez. Aku hanya mampu memandangnya kemudian menutup kepalaku dengan hoodie. Tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan pandangan ku buang ke luar tingkap. Sesekali aku mengerling ke arah Adam.

Dia sedang seronok tidur sambil menganga. Haih dia ni, tak faham faham lagi kah yang aku ni meminatinya? Kenapa sibuk juga kejarkan Sara yang sudah berpunya tu.

////////////
ADAM NUQMAN.

Aku memerhatikan Natasya yang menutup mukanya dengan hoodie di sebelahku. Perempuan ni tak baik lagi ke demamnya ni?

Mataku ditala pula ke kerusi hadapanku. Sara dan Nik bergelak ketawa menyakitkan hatiku. Sara ni tidak faham ke yang aku ini meminatinya?

Mataku kemudian menangkap kelibat Amin yang dari tadi asyik memandang ke arah Natasya. Apa kena dia ni? Nak kena cucuk ke matanya tu. Sakit juga hatiku melihat kemesraan mereka semalam yang aku sendiri tidak tahu mengapa.

Kerusi di sebelahku asyik bergerak-gerak dari tadi. Natasya sekejap berpusing ke kiri, sekejap berpusing ke kanan. Mungkin tidak selesa kerana demam.

Aku memegang dahinya. "Hei Natasya kau okay tak ni?" Soalku padanya.

Dia menggelengkan kepalanya lemah. Aku tanpa membuang masa terus mengambil minyak cap kapak dan mengurut kepalanya seperti semalam.

Setelah sekian lama barulah dia kelihatan lega dan terus tidur.

Aku memerhatikan wajahnya yang sedang tidur itu. Cantik memang cantik tetapi seperti ada sesuatu yang kurang daripadanya membuatkan aku lebih tertarik pada Sara.

Aku mengusap rambutnya yang ditutup hoodie. "Tasya.. Tasya, kau ni cantik tapi tak buat aku tertarik macam Sara." Tanpa sedar bibirku menuturkan perlahan.

Ops. Nasib baik tak ada sesiapa dengar kalau tak habis aku.

Aku terus menepuk-nepuk bahunya supaya tidurnya lebih lena.

Get well soon Natasya.

///////////
NATASYA DAMIA.

"Tasya.. Tasya, kau ni cantik tapi tak buat aku tertarik macam Sara." Perlahan Adam menuturkan sambil menepuk bahuku.

Setiap apa yang dikeluarkan dari mulutnya mesti perlu ada nama Sara.
Perlukah membandingkan aku dengannya?

Perlahan-lahan aku mengiring menghadap ke tingkap kerana sedikit terasa dengan kata-katanya. Tolong lah abang driver bawa laju sikit, saya dah terseksa dah ni duduk sini.

Entah berapa lama aku tertidur, aku juga tidak pasti tetapi tiba-tiba sahaja kami sudah sampai ke perkarangan universiti kami.

"Natasya.. bangun jom kita dah sampai." Sara menggerakkan aku supaya bangkit dari tidur.

"Hah? ye okay... aku dah bangun." Balasku kemudian ingin mengangkat beg galasku tetapi begku tiada.

"Weh Sara mana beg aku?" Soalku cemas. Mata meliar di sekeliling mencari beg.

"Adam bawa turun tadi dia inform kat aku." Ujar Sara menunjuk ke arah luar bas.

Phew. Nasib baik ingatkan tertinggal tadi. Tapi kenapa Adam bawakan??! Perlukah dia menambah lagi rasa sayang aku dekat dia?

"Jomlah turun. Tinggal kita berdua je ni dalam bas ni." Sara menarik tanganku menuruni bas.

Kami berjalan turun daripada bas dan aku segera mencari kelibat Adam. Dia sedang berteduh di bawah pokok sambil memakai begku yang berwarna pink. Awww... so cute!

Dia melambai ke arahku. "Tasya sini Tasya!" Adam memanggil.

Aku berlari-lari anak ke arahnya. Dia menghulurkan begku dan aku segera menggalasnya.

"Thanks Adam. Tak sangka kau nak bawakan." Aku memujinya.

"Sara cakap apa-apa tak dekat kau yang aku bawakkan beg kau ni?" Soal Adam tidak menghiraukan pujianku.

"Tak ada pun."

"Ishh dia ni penat je aku tunjukkan keprihatinan aku dekat depan dia." Adam mengeluh di hadapanku.

Aku tersenyum hambar di hadapannya.  Ada udang disebalik batu rupanya. Hmm... Rupanya dia mengambil berat padaku sepanjang kem ni cuma mahu membuat Sara memujinya. Terluka sedikit hatiku bila terbayang bahawa semua pertolongan Adam rupanya tidak ikhlas dan mahu menarik perhatian Sara semata-mata. 

"Tak apa lah nanti aku puji kau depan dia eh? Aku akan make sure dia puji kau melambung-lambung.." janjiku padanya. Aku menghadiahkan senyuman plastik.

"Wahhh okay Sya cantik Sya. Jangan lupa okay?" Teruja Adam setelah mendengar kata-kataku.

"Okay no problem. Thanks angkatkan beg aku." Ujarku hambar.

Walaupun kau tak ikhlas.

Sebenarnya lah.

/////////////

Oh My AdamWhere stories live. Discover now